Sebarkan Bahagia

Sebarkan Bahagia

Watching My Video Clip

Jumaat, 18 Julai 2014

Waspada Hadith Daif,Palsu

I
Slam merupakan agama yang benar dan ilmiah. Setiap amalan, keyakinan atau ajaran yang disandarkan kepada Islam memiliki dasar daripada Al – Quran & hadith Nabi SAW. Islam tidak memberi ruang kepada mereka yang beriktikad buruk yang cuba untuk menyusupkan pemikiran – pemikiran atau ajaran lain ke dalam ajaran Islam yang syumul.

         Justeru akan kepentingan hal itu, tidak hairanlah apabila Abdullah bin Mubarak R.A menyatakan ungkapan yang terkenal :”Sanad adalah bahagian daripada agama. Jika tidak ada sanad, maka orang akan berkata sekehendak hatinya.”

        Dengan adanya sanad, suatu perkataan tentang ajaran Islam dapat dipandukan asal usulnya dengan betul. Oleh itu, penting bagi umat Islam untuk memilih hadith – hadith antara yang sahih dan yang daif, agar diketahui amalan mana yang seharusnya dipraktikkan.

       Dalam suasana kita yang sedang berada dalam bulan Ramadhan, pastilah kita akan kerap disajikan dengan tazkirah dan ceramah sebagai halwa telinga. Dengan harapan ia dapat memberi motivasi serta keinsafan dalam mengharungi bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan itu.

        Malah pada zaman yang serba moden ini, kita turut dari masa ke semasa menerima e-mel mahupun sistem pesanan ringkas (SMS) yang berbaur nasihat. Walaubagaimanapun, perkongsian nasihat dan peringatan yang dihantarkan itu, terkadang tanpa kita sedari terselit beberapa hadith yang kita sendiri tidak pasti akan kesahihannya.

        Natijahnya, ada di antara kita yang menyebarkan ia tanpa menyelidiki terlebih dahulu akan kesahihan perkara yang disebarkan, sekali gus menjadi pendorong kepada maraknya hadith-hadith lemah dan palsu di sekitar masyarakat.

        Di sini akan disampaikan beberapa hadith daif (lemah) dan hadith palsu mengenai ibadat puasa yang banyak tersebar dalam kalangan masyarakat. Untuk mengikuti hal tersebut mengenai kelemahan hadith, dapatlah merujuk pada kitab para ulama yang berkenaan.
Wallahua’lam…




Tiada ulasan:

Catat Ulasan