Seuntai Kata Untuk Dirasa J
Dahulukan Mana Yang Penting
Dari Yusuf Al Qardawi telah
mencipta satu formula melalui Feqh Aulawiyat (Feqh Keutamaan), ia boleh diambil
sebagai panduan kita bagaimana cara & kaedah hendak menyelesaikan sesuatu masalah.
Di dalam kitab ini, ia menggariskan panduan cara memilih sesuatu yang mempunyai
kepentingan masing-masing tetapi ingin memilih mana yang lebih penting dari
yang penting.
Kalau patah hati berpunca dari
percintaan, maka ingatlah bahawa ia adalah cabang kecil sahaja dari kehidupan
itu. Ada yang lebih penting dari percintaan kerana kegagalan dalam percintaan
bukanlah bermakna kita akan gagal selama - lamanya. Mungkin kita akan bertemu
dengan seseorang yang lebih baik pada masa akan datang. In Shaa Allah J Kita lihat ya bagaimana Imam An Nawawi tidak
menjadikan perkahwinan sebagai suatu perkara yang penting tetapi menjadikan
ibadah kepada Allah SWT adalah segala – galanya. Rabiatul Adawiyah juga pernah
menolak cinta Hasan Al - Basri semata – mata mengutamakan hubungan &
ibadahnya kepada Allah SWT. Orang – orang seperti merekalah inilah yang boleh kita jadikan contoh. Bila mana
seseorang meletakkan suatu sasaran pasti dia bersungguh - sungguh untuk mencapainya walau dengan apa
cara sekali pun. Begitu juga dengan ancaman, risiko & halangan yang bakal
ditempuhi di sepanjang perjalanannya untuk mencapai sasaran tersebut pasti
tidak dipedulikan kerana apa yang penting ialah matlamat & sasarannya
berjaya J in Shaa Allah !!!
Itu Semua Ranjau Dalam
Perjalanan & Semua Pasti Melaluinya
Kekecewaan ini lumrah hidup yang
bernama manusia, setiap orang pasti akan melaluinya. Jika hidup ini dipenuhi
dengan kemanisan sahaja tiada juga indahnya. Kekecewaan & patah hati adalah
asam garam di dalam resipi kehidupan. Jika hidup tanpa ujian & kesakitan,
nanti kita boleh lupa diri seperti Firaun yang hidup selama 500 tahun tanpa
pernah sakit sehingga dia boleh mendakwa dirinya sebagai tuhan. Nauzubillah !!!
Ujian ini merupakan cubitan
sayang dari Allah SWT. Cubitan ini hakikatnya sakit & pasti seseorang tidak
suka dicubit namun bila cubitan itu datangnya dari seorang yang dikasihi pasti
cubitan yang tadi itu sakit menjadi keseronokan. Seorang suami dicubit oleh
isterinya pasti suka kepada cubitan tersebut sebab orang yang mencubitnya ialah
orang yang disayangi, tetapi bagaimana pula jika dicubit oleh orang yang tidak
dia sayang ??? Sudah pastinya benci dengan cubitan tersebut. Betul atau tidak
???
Begitulah juga bila Allah SWT
menurunkan ujian kepada hambaNya, ia adalah umpama cubitan sayang dari Allah
SWT. Tetapi kerana cubitan itu bukan datang dari orang yang kita sayang &
bila seseorang marah apabila diuji maka dia tidak menyayangi Allah SWT.
Ujian Itu Ibarat Kemuncup
Ujian itu adalah ibarat kemuncup yang
melekat di seluar ketika kita melalui padang yang luas. Adakah kita akan
berpatah balik atau meneruskan perjalanan setelah kita terkena kemuncup ?
Sepatutnya kita meneruskan perjalanan walaupun kemuncup penuh di seluar kerana di akhir perjalanan
nanti kita akan membuang kemuncup tadi. Begitulah ujian sama ada kegagalan atau
kekecewaan yang dihadapi sepanjang perjalanan hidup kita, kita memikirkan
tentang kemuncup pasti kita tidak akan berhenti berjalan & bagaimana
destinasi tujuan kita ? Teruskanlah perjalanan & biarkan kemuncup itu
melekat, kita boleh menanggalkannya bila tiba di destinasi. Semoga kemuncup itu
boleh menjadi kenangan & sejarah di dalam kehidupan kita apabila kejayaan
sudah berada di tangan kita nanti… In Shaa Allah J
Kenikmatan Dunia
Telah kita ketahui bahawa di
dunia beserta kenikmatannya adalah merupakan bekal & cara untuk mendapatkan
kenikmatan akhirat. Oleh kerana itu dunia diciptakan. Sebagaimana sabda
Rasulullah SAW, “Sesungguhnya dunia adalah perhiasan & sebaik-baik
perhiasannya adalah wanita solehah”.
(Hadith Riwayat Muslim)
Wallahua’lam …
Hasil Tinta :> Ismi, Norhayati

Tiada ulasan:
Catat Ulasan