Dakwah Seorang Pemuda
Dia
pemuda harapan bangsa & agama. Dialah yang memperjuangkan syiar Islam.
Mempunyai cita-cita yang bagiku sangat besar iaitu menjadi seorang ‘pendakwah’.
Dia tahu bahawa tugas sbg seorang pendakwah bukanlah semudah yang disangkakan.
Tanggungjawabnya besar dalam menyebarkan ajaran Islam. Itulah dia, pemuda yang
santun pekertinya.
Namun, di sebalik raut wajah dan keperibadian unggul yang dimilikinya,
sebenarnya dia punya sejarah lampau. Penuh dengan titik noda. Dia hanya manusia
biasa, tiada siapa yang dapat terlepas daripada berbuat khilaf. Tapi, Allah itu
Maha Pengampun. Allah akan memaafkan dosa hamba-hambaNya jika kita bertaubat J Allah itu Maha Adil J Subhanallah !!!
Setelah
dia kembali kepada kehidupan yang diredhai Allah, dia telah diuji dengan
berbagai jenis dugaan. Ada yang pahit & ada yang manis. Dia pernah merasai
derita kesakitan. Dia menanggung segala jerih perih seorang diri dengan hanya
berbekalkan kekuatan & semangat yang Allah pinjamkan kepadanya. Tapi,
sebagai hamba Allah, dia redha dengan ketentuan Ilahi. Itulah juga kehidupan
yang harus dilaluinya walau getir sekalipun…
Tanggungjawab dia bukan sembarangan. Dialah seorang lelaki, seorang
anak, seorang hamba Allah, seorang mahasiswa bahkan dialah juga bakal
pendakwah. In Shaa Allah… J Dia banyak belajar tentang kehidupan. Tiada insan
suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tiada insan yang berdosa yang tidak
mempunyai masa depan. Dan dia sedar bahawa dirinya hanyalah hamba yang mengemis
kasih sayang daripada Sang Pencipta-Nya.
Hari
berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun… Alhamdulillah, dia
kini telah menjadi seorang lelaki yang mempunyai wawasan dalam hidupnya. Banyak
hal yang dipelajarinya serta menjadikannya dewasa & berfikiran matang
dengan mengambil iktibar atas apa yang telah dia lakukan suatu ketika dahulu.
Iya, dahulu memang dia jahil dalam agama. Tapi, dengan izin Allah, dia berjaya
merubah diri dia menjadi insan yang baik dan berpegang teguh pada ajaran Nabi
Muhammad S.A.W …Alhamdulillah !!!
Pernah dengar tak perkataan “dai’e” ??? Dai’e ni bermaksud
dakwah. Zaman sekarang ni ada isu yang berbangkit iaitu ‘Dakwah Millenia’.
Kesimpulan daripada isu tersebut adalah, berdakwahlah dengan cara yang terbaik.
Manusia zaman sekarang ni seperti sudah kembali ke zaman jahiliah dahulu. Tapi,
kita panggil ‘Zaman Jahiliah Moden’. Orang yang berdakwah ni mestilah seorang
yang berjiwa kental. Fahami sedalam-dalamnya akan dakwah yang hendak
disampaikannya. Dan beri contoh sirah Nabi-nabi terdahulu. Ibarat ‘role model’ J
Ada
sesetengah orang yang boleh menerima apa yang pendakwah hendak sampaikan. Dan
ada juga sesetengahnya tak dapat nak menerima. Mungkin ada yang kata, susahlah
nak ikut atau yang seumpama dengannya. Orang yang berdakwah ni umpama berjihad.
Berjuang melawan kebatilan dan berusaha menegakkan hukum Allah. Dia mesti
bersungguh-sungguh mendakwahkan ilmu yang telah dipelajarinya dan diamalkannya,
jika tidak mendakwahkannya maka termasuklah dalam golongan orang-orang yang
menyembunyikan ilmu.
Sesiapa
sahaja boleh menjadi pendakwah. Tetapi, nak jadi seorang pendakwah yang terhebat
dan jadi role model bukanlah suatu perkara yang mudah. Banyak cabaran yang
perlu kita tempuhi. Nak berdakwah bukan sebab nak menunjuk-nunjuk. Itu riak !!!
berbalik pada tujuan asal kita, berdakwah dengan niat kerana Allah Ta’ala.
Mudah-mudahan tujuan kita tercapai dan orang-orang yang mendengar dakwah kita
akan mendapat kesedaran. In Shaa Allah J “Innamal a’malu binniyat” yang bermaksud setiap apa
yang kita lakukan hendaklah dimulakan dengan niat…
Kepada dia, doaku selalu
mengiringimu mudah-mudahan dengan izin Allah suatu hari nanti kamu menjadi
seorang pendakwah yang berjaya menarik ramai orang untuk berbuat amal makruf.
In Shaa Allah J Ingatlah, tugas seorang pendakwah bukan suatu tugas
yang mudah. Perlu ada jalan wahyu J perlu ada konsep yang sesuai J
“Apabila
manusia mula berubah menjadi hamba yang baik,
dia
tidak akan dapat terus jadi baik.
Dia
harus melalui proses yang panjang,
sedikit
demi sedikit,
Perubahan
akan berlaku…
Istiqamah
pula akan menyusul…” J
Semoga hasratmu tercapai J In Shaa Allah !!!
Kita dai’e bukan mufti. Dunia kita, dakwah kita J
Ma’assalama J
Tiada ulasan:
Catat Ulasan