Sebarkan Bahagia

Sebarkan Bahagia

Watching My Video Clip

Jumaat, 11 Julai 2014

IRTIHAL


SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN MERASAI MATI

Walaupun kita menjaga hayat kita, walaupun kita berusaha untuk menjaga diri dari sebarang bencana, ingatlah, bahawa kita semua pasti juga akan menemui kematian. Sepertimana firman Allah SWT, 

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati” (Ali Imran: 185)

Cuma yang membezakannya hanyalah masa, tempat dan keadaan yang berbeza. Ada orang yang matinya, mulia pada pandangan kita, dan ada pula yang matinya, kita sendiri pun tidak mahu bercakap tentangnya, malu! Tapi, apakah kita akan mempersoalkannya? Tidak! Kerana semuanya pasti ada hikmah. Kerana semua perancangan Allah, pasti ada rahsia disebaliknya.

“Dimanapun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu berada di dalam benteng yang tinggi dan kukuh” (An-Nisa: 78).

Kematian adalah rahsia Allah SWT. Allah SWT merahsiakan kematian dari kita supaya kita sentiasa bersedia menghadapinya, yang apabila sudah sampai masanya, tidak akan dilewatkan sesaat pun, dan tidak akan dicepatkan juga walau sesaat. 

“Apabila telah sampai ajal seseorang, maka sesaat pun tidak dapat ditangguhkan, dan sesaat pun tidak dapat didahulukan.” (Al-A’raf: 34)

Namun, bagi mereka yang sudah bersedia, hanyalah taqwa yang akan dibawanya. 
“Bawalah bekal, kerana sesungguhnya sebaik-baiknya bekal adalah taqwa” (Al-Baqarah: 197)

BAWALAH 3 PERKARA SEBELUM PERGI

Kalau kita hendak ke sesuatu tempat atau destinasi, kita mesti menyediakan sebuah bekalan, tidak kiralah bekalan apa pun, makanan, pakaian, mahupun duit. Ini semua untuk memudahkan perjalanan kita dan persediaan di kala ada sebarang kecemasan. Kenderaan yang kita akan naiki juga perlu untuk diservis sebaiknya supaya kita dapat tiba ke destinasi dengan selamat, tanpa sebarang masalah.

Begitu jugalah dengan kehidupan kita di dunia ini. kita akan menuju ke sebuah destinasi yang di sana adanya kebahagiaan dan kesengsaraan. Kebahagiaan bagi mereka yang mempunyai bekalan yang banyak semasa di dunia, dan kesengsaraan adalah untuk orang yang tidak bersedia menghadapinya.
Apa yang perlu kita ada? 3 perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan