Sebarkan Bahagia

Sebarkan Bahagia

Watching My Video Clip

Jumaat, 18 Julai 2014

Realiti Kehidupan
Assalamualaikum W.B.T
      Hari ini saya nak berkongsi kepada kalian semua tentang satu kisah yang saya kira inilah realiti kehidupan kita yang bergelar manusia mukmin.
“Bila kita kejar dunia, dunia itu akan lari. Tapi, apabila kita kejar Allah, dunia tu sibuk – sibuk nak kejar kita”. Jadi, apa sebenarnya yang saya cuba nak sampaikan di sini. Sebagai contoh, apabila kita sedang menunaikan solat, masa itu akan datanglah macam – macam yang berkaitan dengan hal – hal keduniaan. Misalnya,: eh, assignment, aku tak siap lagi. Macam mana ni… Esok dah kena hantar… harini puasa, buka apa ya petang ni ??? Masa itu juga kita baru teringat akan dosa masa lalu kita dan amal kebaikan yang telah kita kerjakan. Haaa…Nampak tak, diri kita ni sedang berkata – kata. Maka, hilanglah kekhusyukkan dalam bersolat.

        Sebab itulah kita disarankan supaya sebelum solat, bacalah surah an-Nas atau 3 Qul. Tujuannya adalah untuk menghindarkan rasa was – was atau ragu – ragu.

       Itulah yang dapat saya jelaskan mengenai ayat yang mula – mula saya sebutkan tadi. Apa yang kurang datangnya dari saya. Apa yang baik itu datangnya dari Allah SWT. In Shaa Allah… Mudah-mudahan…
Sekian, ma’assalama J


Hasil buah fikiran bersama => Nik Mohamad Asyraf & Norhayati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan