Sebarkan Bahagia

Sebarkan Bahagia

Watching My Video Clip

Jumaat, 11 Julai 2014

Fikrah Insaniah ~

Sebenarnya manusia memerlukan rangsangan yang berterusan untuk lebih aktif dan efektif di dalam sesuatu usaha melibatkan tanggungjawab yang besar. Apatah lagi apabila berhadapan dengan cabaran & rintangan yang kadang-kadang menjadi penghalang untuk mencapai hasrat & cita-cita.
Bukan saja manusia itu memerlukan pengetahuan yang seimbang, daya kreatif yang cemerlang tetapi kemantapan jiwa yang sedia terjana dalam pengisian hidup di alaf baru ini.

Ertinya, manusia itu memerlukan kepimpinan & didikan yang berterusan & berjadual. Barulah nanti kita akan lihat satu generasi yang berwibawa di dalam mewarnai masyarakatnya ke puncak kecemerlangan jasmani & rohani. In Shaa Allah J

Wallahua’lam….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan