Sajak
~GAZA ITU MEMANGGILMU~
Bumi Gaza Bumi yang
penuh Rahmat,
Tangisan berleluasa
di mana – mana,
Memanggil-manggilmu
penuh belas kasihan,
Agar mereka tidak
terus dihina dan diseksa,
Di manakah kita
sebagai insan bergelar umat manusia ?
Sama ada menghulurkan bantuan ataupun membiarkan mereka ?
Sesungguhnya
tergolonglah kita
Sebagai manusia
durjana,
Iaitu tentera yang
terlaknat.
Ya Allah… dengarlah suara rintihan ini,
Buat saudara kami yang dikasihi,
Hentikanlah segala kesedihan dan penderitaan,
Kami merayu dengan penuh harapan,
Hancurkanlah kezaliman dan musnahkanlah penindasan,
Hantarkanlah pertolongan pasakkan keyakinan,
Semoga ia berakhir dengan kemenangan….
Hasil Nukilan : Ismi
Hayatie Omar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan