Sebarkan Bahagia

Sebarkan Bahagia

Watching My Video Clip

Jumaat, 18 Julai 2014

Mujahadah Cinta




Ku Ada Rasa Cinta Untukmu


“Jangan melihat dari wajah, itu boleh menipu. Jangan melihat kekayaan, itu boleh menghilang. Datanglah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum kerana senyuman itu dapat membuat hari yang gelap menjadi cerah. Berharaplah supaya kamu dapat menemui seseorang yang dapat membuatmu tersenyum. Dan Alhamdulillah, kini aku telah menemui ‘dia’.” In Shaa Allah… J



Ramuan Kebahagiaan Untuk Sang Pencinta

Cinta adalah unsur yang membahagiakan orang yang melaluinya. Potensi diri & kemampuan dalaman sering berkembang dengan adanya sentuhan cinta dalam kehidupan. Cinta yang dipetik dari dalam jiwa lelaki & wanita memerlukan pendekatan & pengetahuan. Bercinta adalah proses melakukan perkara itu pada waktu & cara yang betul. Memahami dunia cinta menjadikan kita seolah-olah cuba menembusi tembok-tembok tebal, sebelum berjaya menembusi dasarnya. Tembok-tembok ini membuatkan kita tertanya-tanya, sama ada di hadapan kita mempunyai rasa cinta ataupun sebaliknya.

Hasil tinta oleh :>    Ismi, Norhayati Omar


Cinta Itu Milik Allah

           Allahuakbar !!! Alhamdulillah, hari ini ada sesuatu yang benar2 membuatkan hati hawaku terusik. Lelaki itu telah memberitahuku hasrat hatinya. Lidah aku kelu seketika. Adakah ini mimpi ??? “Kun Fayakun… Jika Allah kata jadi, maka jadilah ia.” Begitu juga perasaan aku terhadap dia dan perasaan dia terhadapku. Aku panjatkan kesyukuran padaMu Ya Rabb kerana memberikan rasa nikmat Cinta Fitrah kepada kami berdua. 

Subhanallah… Allah sebenarnya sedang menguji kami sekarang ini. Perasaan rindu bermain – main dalam diri aku dan dia. Apatah lagi aku dan dia masing – masing tinggal berjauhan. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk diri kami. Aku anggap ia sebagai salah satu dugaan. Tinggal berjauhan bukan penghalang perhubungan kami. Tapi, bagiku ia menguatkan lagi rasa nikmat cinta fitrah antara aku dan dia. Juga dugaan supaya aku dan dia tidak lalai drpd terus berada dekat dengan Mu Ya Rabb… Aku & dia tidak tahu apa yang Kau mahu tunjukkan pada kami. Kami hanya mampu merancang. Tapi, segalanya Kau yang menentukan. In Shaa Allah, kami cuba yang terbaik untuk sama – sama menuju ke arah hidayahMu. Jika sebelum2 ini, aku lalai daripada mengingatiMu, tapi, kini Alhamdulillah, sedikit demi sedikit hatiku sudah mula cenderung terhadapMu. Aku mahu berubah secara perlahan – lahan… in Shaa Allah. Segala – galanya dengan izinMu Ya Rabb. Aku bersahabat dengan dia juga atas izinMu. Dia mendekatiku atas izinMu. Kami ada rasa cinta fitrah juga dengan izinMu. Hanya Kau Yang Maha Mengetahui. Allahuakbar…. Mudah – mudahan Kau permudahkanlah urusan kami dalam meraih cinta fitrah yang Kau berikan kepada kami. Kau satukanlah hati kami dalam rahmatMu. Aku tidak mahu kami berhubungan lama – lama tanpa ikatan yang sah. Aku mahu menjadi yang HALAL disisi dia Ya Allah. Aku tak nak ulang kesilapanku yang sebelum – sebelum ini. Aku cukup takut. Apa yang kami boleh buat sekarang ini hanyalah doa disertai dengan usaha dan harapan. In Shaa Allah… J Mudah – mudahan Kau merestui hubungan kami ini Ya Allah… kami tahu masa depan kami masih panjang lagi. In Shaa Allah, aku dan dia sedang berusaha membina masa depan kami agar lebih cerah dan boleh menjamin kehidupan kami pada masa akan datang bila kami dah bersama nanti. In Shaa Allah…

Allah !!! Aku nak menjadi yang HALAL disisi dia. Aku nak menjaga dia. Aku mahu dia terus menjadi pembimbingku dan pendidik. Ternyata aku memang memerlukan dia selain bapaku. Ya Allah !!! Aku berharap agar kami dapat terus menjaga rasa nikmat cinta fitrah ini dengan sebaik – baiknya. Akan kami pelihara cinta suci ini Ya Allah…. In Shaa Allah… Hanya dengan izin Mu Ya Allah…

Ismi, Nik Nur Hayatie

Tiada ulasan:

Catat Ulasan