Sebarkan Bahagia

Sebarkan Bahagia

Watching My Video Clip

Jumaat, 18 Julai 2014

JAWABLAH SENDIRI

Mengapa apabila diminta untuk mengajak kebaikan,
Kita malu dan segan ?
Takut dikata macam bagus ?
Tetapi apabila diasak dengan keburukan,
Kita menambah tanpa dipinta,
Supaya nampak sangat setia kawan.

Kenapa ketika kita diseru ke arah kebaikan,
Cepat-cepat kita terfikir ini betul atau tidak ?
Tetapi waktu kita diasak dengan keburukan
Tanpa berfikir lantas kita pun menyahut.

Adakah apabila kita diajak ke tempat yang baik
Banyak sungguh urusan kita yang belum selesai ?
Namun apabila diajak ke tempat yang buruk,
Cepat-cepat urusan lain ditangguhkan.

Adakah bila suatu ketika kita ditimpa ujian
Maka cepat-cepat kita melatah ?
Tapi apabila kita memperoleh anugerah,
Lambat sekali kita mengucap syukur.

Begitulah soalan yang mudah untuk dijawab.
Tidak perlu dijawab di atas kertas.
Tidak perlu diumumkan kepada khalayak.
Cukuplah sekadar Jawablah Sendiri….

Nukilan => Ismi Nik Hayati


Tiada ulasan:

Catat Ulasan