Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang
memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya
adalah di kalangan bidadari-bidadari kurniaan Allah dan dia (isteri solehah
merupakan ketua kepada segala bidadari-bidadari).
Berjihad / berdakwah untuk
agama Allah SWT merupakan satu amalan yang akan menjadi kesukaan Allah dan ini
merupakan sunnah besar Nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat r.hum. Setiap
manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya di manakah masa
mudanya dihabiskan.
Rasulullah saw bersabda,
Tidak akan berganjak kaki anak Adam
di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara: tentang usianya pada apa
dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang
hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang
ilmunya apa yang telah dibuatnya.
– (Hadith sahih riwayat Tirmizi).
Ainul Mardhiah (bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama
Allah swt.
Seakan-akan bidadari itu permata yakut
dan marjan. -QS.
ar-Rahman (55):58
Di dalam surga-surga itu ada
bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik. - QS. ar-Rahman (55):70
(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih
bersih dipingit dalam rumah. - QS. ar-Rahman (55):72
Mereka tidak pernah disentuh oleh
manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan
tidak pula oleh jin. QS. ar-Rahman (55):74
‘Ainul Mardhiah merupakan
seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain
(bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi
memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk
berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan
Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang
paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari syurga.
Mendengar berita itu
seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana
cantiknya bidadari tersebut, tetapi disebabkan sahabat ini malu hendak
bertanyakan kepada Nabi saw,kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain. Namun
dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah.
Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka
sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi
tidur bersama-sama sekejap.
Tiba-tiba dalam tidur
sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia
bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang
berseri-seri, lalu di tanya sahabat ini, di manakah beliau berada, lalu ada
suara yang menjawab,inilah syurga,tiba-tiba dia menyatakan hasrat untuk
berjumpa dengan ‘Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi saw bagitahu tadi), lalu
ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau
mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan yang
sebegitu,tak pernah dilihat di dunia ini, lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya,
andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab ehh tidakk(lebih kurang macam tu
la dalam bahasa kita), saya penjaganya, Ainul Mardiah ada di dalam singgahsana
di sana.
Lalu dia berjalan dan
memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita
yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya,
sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan
di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya
hanya penjagaya di dalam mahligai ini, Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana,
lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikannya sungguh
mengagumkan, lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang
wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda
cantiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi, dan tidak pernah di lihat di
dunia, lalu wanita itu berkata, akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk
kamu dan kamu diciptakan untuk aku, bila lelaki itu mendekatinya wanita itu
menjawab,nanti kamu belum syahid lagi,tersentak daripada itu pemuda itu pun
terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain,
namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW,
tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi saw.
Petang itu pemuda itu
bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi saw di dalamnya telah keluar
berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut
ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka
mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah
nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi saw
dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.
Sahabat pemuda yang syahid
tadi, dalam menceritakan kepada nabi saw, Nabi saw menjawab benar, benar, benar
sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita
sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di
syurga…
Subhanallah, begitulah alkisah tentang Ainul Mardiah, seorang bidadari
syurga…. Wallahua’lam…

Tiada ulasan:
Catat Ulasan