Sebarkan Bahagia

Sebarkan Bahagia

Watching My Video Clip

Jumaat, 11 Julai 2014

Kenali Diri Anda Sendiri

C
ita – cita adalah merupakan salah satu kelengkapan dasar watak manusia, itu fitrah. Tak banyak beza dengan istilah lain yang tak kalah popularnya, iaitu “nafsu”. Keduanya mempunyai pengertian yang boleh dikatakan sama iaitu hasrat, kehendak atau kemahuan. Katakan sebagai                                        janakuasa rohani. Tanpa itu, manusia tak ubah bagaikan robot – robot mati, beku tak berghairah.

         Usah sementara manusia untuk membunuh nafsu atau cita – cita adalah sebahagian kepada pemerkosaan kepada diri sendiri dengan menentang kudratnya. Antara sedar atau tidak ya , itu bererti merosak & menghancurkan diri sendiri. Allahuakbar !!!

         Cita – cita adalah sebuah kelengkapan dasar bagi kehidupan manusia. Merupakan kurniaan besar dari Allah S.W.T . Mempunyai tujuan yang paling utama, menunjang keberhasilan misi manusia di muka Bumi ini iaitu sebagai khalifah Allah sebagaimana disebut dalam firman-Nya dari Surah al – Baqarah, ayat 30. “Mengatur tata kehidupan dunia demi keserasian & sejalan akan perintah-Nya.”

         Yang patut & harus dimengerti adalah tabiat – tabiat cita – cita  tersebut. Yang menurut pengamatan para ahli jiwa adalah tidak pernah puas & memang tak akan terpuaskan.

         Cita – cita selalu ada pada setiap diri betapapun kecilnya & itulah yang seringkali disebut dengan istilah kepentingan peribadi. Tabiatnya tak pernah diam, tak pernah puas walaupun manusia telah mencapai kemajuan tertentu, cita – citanya tetap tak pernah merasa puas menuntut yang lain & demikianlah seterusnya.


Kita bersanadkan sebuah hadith ya…
“Kalau seandainya diberikan kepada anak cucu Adam dua relong yang berisikan emas & permata, nescaya dicarinya lagi relong yang kedua & seterusnya. Dan tidaklah cita – cita manusia akan merasa kenyang, tak akan berhenti, kecuali jika sudah ditimbus tanah,”
(HR Bukhari & Muslim dari Ibnu Abbas)
Demikianlah sabda junjungan besar kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W . dan demikianlah realitinya, cita – cita tak kan pernah puas & tak bakal terpuaskan.

Sekian, WALLAHUA’LAM…


Tiada ulasan:

Catat Ulasan