Cinta Alat atau Cinta Matlamat ???
Mana satu yang kita
mahukan, jatuh cinta kpd sesama makhluk atau jatuh cinta kepada Allah ??? Cinta
ni sangat luas maknanya. Jika kita fahami betul-betul akan makna cinta itu,
alangkah indahnya hidup kita. Subhanallah !!! Maha Suci Allah !!!
Kadangkala pengalaman pada masa lalu boleh mengajar kita, memberi
iktibar kepada kita bahawa setiap apa yang berlaku sama ada ujian mahupun
dugaan pasti akan ada hikmahnya. Cuma cepat atau lambat sahaja kita sedar akan
hikmah tersebut. Tersedar dari lamunan duniawi kita.
Allah itu Maha Pengasih,
Maha Penyayang, Maha Mengetahui setiap apa yang ada di dalam hati
hamba-hambaNya. Letakkanlah dan sematkanlah dalam hati bahawa Allah itu di
tempat yang paling utama. Tak rugi kalau kita meletakkan Allah di tempat yang
paling tinggi, paling mulia. Kerana apa ??? Kerana Allah jualah yang
menciptakan kita dan sekalian alam.
Cintailah Allah melebihi
cinta kita pada sesama makhluk. Sebelum kita mahu mencintai pasangan kita atau
cinta fitrah, cintailah Allah terlebih dahulu. Belajarlah mencintai DIA. Kita
akan sentiasa merasa bebas pabila kita sentiasa cintakan DIA. Mesej lah, dating
lah dengan Allah J tak salah pun J bukan tak boleh mesej dgn pasangan kita. Bolehhhhh….
Cuma ada had dan batas J jadi, rajin-rajinlah dating dengan Allah J
Berjihadlah melawan
nafsu… in Shaa Allah, hidup kita akan dipelihara oleh Allah dari sebarang
perbuatan munkar J manusia ni hati nya rapuh… sangat rapuh… mudah sekali
tergoda dengan kehidupan duniawi. Itulah
lumrah kehidupan manusia. Tapi, kita ada iman. Islam mengajarkan kita erti
sifat sabar. Jika kita flashback semula,
Allah bagi kita macam-macam jenis dugaan, musibah mahupun cabaran terhadap kita
semua. Sebab apa ??? Sebab Allah nak tengok kita ni ada tak sifat sabar, cekal,
bersyukur,… Allah ni Maha Penyayang, Maha Pengasih, Allah nak kita ni sentiasa
ingat kepadaNya, dekatkan diri kita kepadaNya, buat apa yang disuruhNya dan
tinggalkan apa yang dilarangNya.
Memang bukan sesuatu
yang mudah untuk kita berbuat amal kebaikan. Sebab ada sahaja perkara yang akan
menghalang kita untuk berbuat baik. Fitnah dunia ??? Ada seorang hamba Allah ni
berpesan pada saya. Kenapa awk nak takut pada fitnah dunia ??? Tak payah nak takut, lebih baik awk takut
pada kemurkaan Allah. Orang yang memfitnah kita tu tak takut dosa ke ???
Suka-suka hati je nak fitnah orang. Biarkanlah mereka dengan urusan duniawi.
Saya sentiasa ingat akan pesanan dia. Persepsi orang lain terhadap kita ni
berbagai-bagai. Ada yang suka pada kita dan ada yang tak suka pada kita. Tapi,
kita ni manusia biasa. Masing-masing punya kelemahan dan kelebihan yang
tersendiri. Bersyukurlah apa yang ada pada diri kita J
Sayangkah Allah pada
kita ??? Siapa kata Allah tak sayangkan kita. Allah amat sayangkan kita semua.
Sbb itu lah Allah bagi kita macam-macam jenis petunjuk atau ‘clues’ .
Allah nak kita alert dengan petunjuk yang DIA dah bagi kat kita. Cuba
kita lihat zaman sekarang, gagal cinta je, ada yang bunuh diri, minum racun
dsb. Itu salah. Bunuh diri itu adalah HARAM hukumnya. Itu juga tanda bagi
orang-orang yang imannya lemah. Manusia ni sentiasa perlukan bimbingan untuk
terus tegak menuju ke arah NUR Ilahi. Supaya kita tak terpesong dari aqidah
sebenar islam.
Lalu untuk apa gunanya
lidah ??? Lidah ni mainkanlah peranan penting iaitu berzikir, berselawat ke
atas Nabi Syafiul Ummah, rajinkanlah diri kita membaca Al-Quran dan
sedekahkanlah suratul Yaasiin kepada orang-orang yang telah meninggal dunia dan
bercakap tentang perkara-perkara kebaikan. Bukan hanya bercakap kosong mengenai
dunia semata-mata. Dunia ni hanyalah sementara sahaja. Tak akan kekal lama pun.
Bukan tak boleh bercakap langsung mengenai dunia, tapi, ada tapinya, ada had
dan batas. Lidah bukan digunakan untuk memfitnah orang lain atau kutuk mengutuk.
Allah tahu apa yang ada
dalam isi hati kita semua. Allah Maha Mengetahui. Nak bercinta dengan pasangan
tu boleh. Tapi, belajarlah mencintai Allah terlebih dahulu. Sematkan dalam hati
kita bahawa Allah yang paling utama. Cinta terhadap sesama manusia itu
dipanggil ‘FITRAH’ sejak dari zaman Nabi Adam Alaihis Salam dan Siti Hawa.
Hanya kerana nafsu dan iman yang digoncang kuat oleh iblis durjana, mereka
tertunduk jua akhirnya. Begitu juga dengan kita. Couple bukanlah tiket untuk
kita terus menuju ke gerbang perkahwinan. Tidak semestinya. Kita ni manusia
hanya mampu merancang, tapi, justeru Allah jualah yang menentukan takdir hidup
kita…. Kita hanya boleh berusaha, berdoa dan tawakal hu alallah… serahkan pada
Allah. Kalau dah memang itu jodoh kita, In Shaa Allah, walau berpisah jauh mana
sekalipun, tetap akan bertemu jua dengan berkat kesabaran kita J
Kata orang, biarlah rupa
kita tak berapa nak cantik, tapi, perangai tu mestilah cantik J kecantikan, kepintaran, kemewahan… itu semua adalah
kurniaan Allah. Nikmat Allah yang harus dijaga dan diurus dengan
sebaik-baiknya. Seseorang wanita yang telah dikurniakan oleh Allah iaitu
kecantikan yang abadi, jagalah ia dengan sebaik-baiknya. Jangan salah gunakan. Janganlah
bangga kerana memiliki wajah yang baginya cukup cantik. Dan bukan dengan cari
populariti semata-mata. Itu semua dunia. Kita diajar supaya sentiasa bersyukur
dengan apa saja kurniaan atau anugerah yang Allah berikan kepada kita.
Apa yang kamu rasakan
pabila cinta kamu yang tulus dan ikhlas itu dikhianati oleh insan yang amat
kamu sayang ??? Marahkah , bencikah , menyesalkah atau kamu redha dengan apa
yang sudah terjadi. Dengan menganggap dan berfikiran positif bahawa ada insan lain yang lebih baik selain
dirinya. Yang benar2 mencintai kamu bukan kerana dunia semata-mata (kecomelan,
kecantikan paras rupa)… Kita adalah manusia biasa. Hanya mampu merancang, tapi
Allah jualah yang menentukan Takdir kita. Cinta adalah satu perkataan yang
sangat indah jika kita faham ertinya yang sedalam-dalamnya. Jadi manusia,
janganlah suka menabur 1001 kata-kata manis dan janji, kerana ditakuti kelak
kita tidak akan dapat menunaikannya. Ingatlah, hati manusia boleh berubah-ubah…
Sesungguhnya dalam banyak-banyak janji, sebenarnya janji Allah itu yang lebih
PASTI…
Biar kita segagah Nabi
Yusuf , seinsaf Zulaikha… Ada seorang hamba Allah ini sentiasa berkata, “Nak
dapat cinta fitrah, cintalah dahulu pada yang di ATAS, iaitu Allah… In Shaa
Allah, awk akan bertemu dengan cinta fitrah awk” J ucapan kata-kata yang penuh hikmah. Sesungguhnya
jodoh kita telah pun tertulis di Luh Mahfuz. Cuma kita tak tahu siapa pasangan
kita. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk diri kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan