MANISNYA CINTA~
Epilog Cerita : (Mula-mula berkenalan di hadapan Library UM)
ISNIN
Asyraf : Assalamualaikum.. Hai awak, minta
maaf lah. Saya nak berkenalan dengan awak boleh tak...?
Zarazia : Wa’alaikumussalam… Boleh, tapi kena
jumpa mak bapak aku dulu. Minta izin mereka. Kalau mak bapak aku bagi, aku on
je…
Asyraf : Waaaa… Boleh tahan ek awak ni… Ok,
saya jumpa mak bapak awak… Bagi alamat rumah awak…
Zarazia : Ni i/c aku, cepat la salin alamat
aku…
Asyraf : Tangan menyalin sambil
tersenyum-senyum (dalam hati : ceh malas betul punya minah… Takpe2… Waaa nama
NUR ZARAZIA IMANI.. Lembut je nama tapi perangai brutal benar…)
SELASA (saat si Asyraf
jumpa mak bapak Zarazia)
Asyraf :
Assalamualaikum pak cik mak cik… Sihat…?
Pak cik &
Mak cik : Wa’alaikumussalam w.b.t …
Alhamdulillah kami sihat… Tapi, anak ni
siapa…?
Asyraf : Saya Muhammad Asyraf…
Saya datang nak jumpa pak cik dengan mak cik ni sebab nak minta izin nak
berkenalan dengan anak pak cik yang bernama NUR ZARAZIA IMANI…
Pak cik : Alhamdulillah… Ada lagi
pemuda yang gentleman macam kamu ni ye zaman sekarang ni… Sebenarnya,
kamu la pemuda yang pertama datang minta izin sebelum nak berkenalan dengan
anak pak cik NUR ZARAZIA IMANI tu.
Asyraf : (Dalam hati : Waaa
bangganya aku sebagai seorang lelaki sejati…)
Mak cik : Sebelum – sebelum ni tak
de siape yang berani datang… katanya si NUR ZARAZIA tu garang sangat orang nya…
Sebenarnya tak… Si ZARAZIA tu orangnya lembut sangat, sopan, budi bahasa, rajin
dan agama nya pun baik…
Asyraf : Sambil angguk-angguk
kepala dan tersenyum mendengar cerita mak bapak Zara (Dalam hati : Ceh… Lembut
ke…? Sopan ke…? Budi Bahasa ke…? Takde gaya langsung… Takpe2… Wait and see
Zara…)
Pak cik : Pak cik izinkan anak
berkenalan dengan anak pak cik ZARAZIA…
Asyraf : Terima kasih pak cik…
Terima kasih mak cik…
RABU (APABILA
DAH DAPAT KEIZINAN)
Asyraf : Awak
parents awak dah izinkan saya berkenalan dengan awak..
Zarazia :
So what…? Do I care…
Asyraf :
Tersenyum dalam kebengangan (Dalam hati : Eh2… Sabarlah wahai hati… Sabar…)
Zarazia :
Wei aku nak jumpa mak bapak ko pulak… Ni fon aku, ko salin kan alamat ko… Pastu
save message…
Asyraf :
Awak nak buat apa jumpa ibu ayah saya…? (Sambil tangan laju menaip alamat rumah
dan save message)
Zarazia :
Yang ko sibuk sangat kenapa..? Macam mak nenek.. Banyak tanye.. Esok ko jangan
ade dekat rumah dari jam 11 a.m sampai jam 12 p.m, ko merayap la kemane2 pun…
Kalau ade gak kat rumah, aku bakar ko hidup2 depan mak bapak ko.. Paham..?
Asyraf :
Ok2.. Awak, saya nak no. tepon awak..? Mane lah tau kalau rindu2 nanti boleh
calling2..
Zarazia :
Ooiiitt.. Geli aku.. Rindu2 ingat aku ni bini ko ke..? Nak termuntah aku dengar
tau.. Ko call je 999 mintak no. tepon aku kat diorang.. Kompem dapat.. Dapat
pelempang.. Hahahahaha..
Asyraf :
Senyum je la (Dalam hati : Eieieieieieieieieeieiieieie… Geram nye aku..
Takpe2.. Sabar hati.. Sabar)
KHAMIS (APABILA ASYRAF BALIK KE RUMAH SELEPAS JAM
12 pm)
Ibu :
MUHAMMAD ASYRAF.. Sampai hati senyap2 ye.. Tak nak kongsi langsung kat ibu ngan
ayah ye..
Asyraf :
Apa ibu cakap ni..? Asyraf tak paham la..(Dalam kepala sambil memikir apa
sebenarnya yang telah terjadi)
Ayah :
MUHAMMAD ASYRAF… Jangan nak main nyorok-nyorok lah kami dah tahu… Tadi jam 11, GIRLFRIEND
kamu datang. Ayah berkenan lah kalau dia jadi menantu ayah.
Ibu :
Ibu pun setuju… Sudah la cantik, sopan pulak orangnya, berbudi Bahasa, pandai
masak, pandai ambil hati orang tua… Seronok ibu kalau dapat menantu yang boleh
jadi kawan ibu… Kalau kami masuk meminang NUR ZARAZIA IMANI minggu depan macam
mana Muhammad Asyraf… Kamu setuju…?
Asyraf :
Kalau ayah dengan ibu setuju dan suka, terus kan je la niat nak masuk minang
NUR ZARAZIA tu… (dalam kebingungan : Sejak bile pulak aku ade GF ni..
GIRLFRIEND yang dicakapkan oleh ayah dan ibu adalah zara a.k.a NUR ZARAZIA..
peerrrrrr.. Gila la aku dah lah tak kenal sape zara tu.. Brutal pulak tu tetiba
je ibu ayah nak wat menantu.. Tak pe.. Jalan je.. Ade sesuatu kat NUR ZARAZIA
tu sampai ibu dengan ayah pun suka.. Hihihi)
JUMAAT (HALAL
& HARAM)
Asyraf : Awak,
minggu depan ibu ayah saya nak masuk meminang awak.. Takpe ke awak..?
Zarazia :
Ko setuju ke mak bapak ko minang aku..?
Asyraf :
Setuju lah zara hoiiii….
Zarazia :
Dah ko setuju, wat pe tanye aku lagi.. Ape la.. Cume aku nak kalau kita
bertunang aku cuma nak barang hantaran telekung, sejadah dan al – quran yang ko
khatam kan je.. Duit hantaran ikut suka ko lah nak bagi berape.. Aku tak
kisah.. 10 sen pun aku terima.. Pastu 2 minggu je bertunang dan pastu kawin..
Dah kita tutup kes ni..
Asyraf :
Amboi dasyat benar awak ni.. Awak ni garang la tapi sweettt..(Sambil tangan
Asyraf nak pegang tangan zara)
Zarazia :
Oooiiittttttttt setan.. Kuar la ko dari badan Asyraf ni.. Ko tau tak HARAM
sentuh orang yang bukan mahram selagi ko tak lafaz “AKU TERIMA NIKAHNYA” selagi
tu ko HARAM nak sentuh aku.. Ko ade wudu’ tak..?
Asyraf :
Takde.. Nak wat pe..?
Zarazia :
Ko pergi amik sekarang.. Cepat la..
Asyraf :
Merungut dalam hati sambil kaki melangkah mencari paip untuk berwudu’ (eiei
minah ni cuba la cakap sopan sikit ngan aku.. Garang macam singa.. Singa pun
tak macam dia..) Uiiissssshhhh
SEKEMBALI MAMAT DARI MENGAMBIL WUDU’
Asyraf :
Awak, saya dah amik wudu’.. Awak nak saya buat ape..?
Zarazia :
Diam la.. Banyak bunyi la ko ni.. Nah amik ni AL-QURAN.. Ni HALAL untuk ko
pegang 24 jam pun, cium, pelok pun boleh.. Pahala berganda 1000x kalau ko baca..
Ha… Aku nak ko hafaz juzu’ 30..
JUMAAT (SEMINGGU SELEPAS BERTUNANG)
Asyraf :
Awak ape kata kita tukar panggilan.. Saya panggil awak SAYANG dan awak panggil
saya ABANG..
Zarazia :
Ooiiiittt.. Geli aku nak panggil ko abang.. ABANG tu hanya SUAMI aku je.. Ko tu
bukan suami aku lagi.. Baru tunang nak gempak2.. Bla la wei… Ha daripada ko dok
ngarot yang bukan2, ko da hafaz lom juzu’ 30..?
Asyraf :
Emmmmmmm.. Dah2.. Nape..?
Zarazia :
Ha.. cuba baca kat aku ape yang ko hafaz..
Asyraf :
(Dengan mulai dengan surah al – fatihah dan seterusnya membaca semua surah
juzu’ 30 tu sampai habis..)
Zarazia :
Alhamdulillah.. Pas ni ko baca pulak makna2 surah dalam juzu’ amma tu.. Minggu
depan aku nak dengar ko bercerita depan aku…
Asyraf :
Daa macam peserta pertandingan hafazan dan bercerita pulak (Cakap dalam nada
slow)
Zarazia :
Ooiitt ko kutuk aku ek..? Takpe2..
Asyraf :
Mana ada.. Awak memang cantik. Comel plak tu..
Zarazia :
Dah2.. Jangan nak cakap lagi.. Aku tau dah aku memang cantik comel.. Sebab tu
ko soh mak bapak ko minang aku kan..?
Asyraf :
Tersenyum (Dalam hati : Ceh masuk troli sorong sendiri la weii..)
JUMAAT (2 MINGGU SELEPAS BERTUNANG)
Asyraf :
Awak2.. Awak tak rasa ke apa yang saya rasa..? Saye rasa macam ada sesuatu yang
indah antara kite berdua la.. Setiap kali ingat awak mesti terasa yang awak
dekat sangat dalam hati saya..
Zarazia :
Ooiitt yang ko nak berjiwang karat sangat ni nape..? Bengkak telinga aku
dengar.. Ko ingat ko berjiwang2 ni aku cair ngan ko.. Jangan harap la weii..
Dah2.. Sekarang ko cerita kan dekat aku kisah2 dalam juzu’ amma tu..
Asyraf :
(Dalam hati : Dia ni memang takde perasaan langsung.. Baru nak jiwang2 dah tak
boleh.. Takpe.. Sabar hati.. Sabar..)
Zarazia :
Ooiitt berangan plak.. Aku soh cerite bukan berangan.. Cepat la cite aku nak
dengar..
Asyraf :
Sabar la.. Ngah susun ayat ni.. (Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang.. Dia memulakan kisah dari 1 surah ke surah yang lain hingga khatam
dalam juzu’ amma tu)
Zarazia :
Alhamdulillah.. Minggu depan kita nikah.. Aku nak sehari sebelum kite nikah ko
wat qiamulllaill.. Allah tu Maha Melihat.. Kalau ko tak wat, ko tunggu la mase
ko lafaz aku terime nikahnya mesti ko tersangkot2..
Asyraf :
Taknak la la saya.. Malu la tersangkut2.. Ok2.. InsyaAllah saya wat..
Zarazia :
Tau pulak malu.. Ok.. Lagi 1, hari nikah tu aku nak ko senyum je sepanjang
majlis.. Tak kisah la waktu tu ko sedih ke kecewa ke.. Yang aku nak tengok, ko
senyum je.. Paham..?
Asyraf :
Faham.. Awak saya teringin nak tengok awak senyum.. Senyum la awak.. Mesti
manis kan.. Selalu tengok muka garang awak je.. Senyum la sikit wak..
Zarazia :
Ade.. Ada aku kisah.. Tak boleh.. Kalau nak tengok sangat aku senyum, tunggu
hari kite nikah nanti.. Mesti ko tak boleh tidur lepas tengok senyuman aku yang
menggoda sangat ni tau.. Hahahahahahahaha..
Asyraf :
Emmmmmm.. Yelaaaaa..
JUMAAT (HARI PERNIKAHAN)
Asyraf :
Dengan sekali lafaz.. “AKU TERIMA NIKAHNYA NUR ZARAZIA IMANI BINTI AHMAD
AKASHAH DENGAN MAS KAWIN 80 RINGGIT TUNAI..”
Tok Kadi :
Sah3..
Zarazia :
Alhamdulillah (Terus dia sujud syukur tanpa menghiraukan orang sekeliling dia)
SAAT MEMBATALKAN AIR SEMBAHYANG
Zarazia :
Terima kasih ABANG kerana sudi mengambil NURUL IMAN sebagai isteri abang.
Bimbinglah AYANG menjadi isteri yang solehah..(Sambil tangan terketar-ketar
ketika hendak menyalam dan mencium tangan suci suaminya)
Asyraf :
Subhanallah.. Terima kasih SAYANG kerana sudi terima ABANG sebagai suami mu..
(sambil mengucup dahi isteri tercinta)
MALAM PERTAMA
Asyraf :
Sayang , abang tak sangka pulak rasanya belum sebulan kita kenal.. Tetiba je
dah kawin.. Ajaib betul..
Zarazia :
Tu namanya jodoh.. Kekuasaan Allah bang.. Kita hanya merancang tapi Allah juga
yang menentukan segalanya..
Asyraf :
Sayang boleh abang tanya sesuatu..?
Zarazia :
Tanya la abang,. (Dengan nada suara yang manja)
Asyraf :
Nape sayang dulu garang sangat ngan abang..? Tapi bile dengan orang tua abang n
orang tua sayang cakap sopan..?
Zarazia :
Maafkan sayang abang.. Ayang bukan sengaja nak berkasar dengan abang.. Ayang
wat semua tu sebab nak uji sama ada abang sabar tak dengan karenah ayang..
Ayang nak abang terima ayang dengan seadanya.. Sebab sayang taknak kita hilang
kemanisan cinta selepas berkahwin gara2 abang dah sentuh ayang sebelum kahwin..
Ni sekarang kita dah kahwin.. Ayang milik abang.. Abang boleh sentuh ayang
tanpa kena sound ngan ayang lagi.. Hihihi.. Abang pulak nape abang kawin dengan
ayang..?
Asyraf :
Subhanallah… Terima kasih sayang ku kerana menjaga batasan kita selama ini..
Abang pilih sayang kerana Allah.. Lepas abang wat qiamullail yang sayang suruh
wat sehari sebelum nikah baru la abang dapat jawapan bagi perasaan yang
tersembunyi antara kita berdua iaitu perasaan cinta.. I LOVE U SAYANG.. Waktu
tu juga abang baru sedar ape hikmah nye kenape sayang suruh abang menghafal
juzu’ amma dan membaca terjemahan nya.. Semuanya indah sayang.. Terima kasih
sayang.. Sekarang pun abang sedang berusaha menghafal juzu’2 yang lain…
Zarazia :
Alhamdulillah Ya Allah kau kurniakan aku suami yang soleh (sambil tangannya
menadah doa) Abang, nape abang bagi ayang banyak sangat duit hantaran RM 20
ribu dengan kereta ALPHARD ROMEO sebijik..? Kan ayang dah cakap kalau abang
bagi 10 sen pun ayang terima..
Asyraf :
Sayang.. Anggap la tu hadiah daripada abang.. Berapa sangat la nilai nya jika
nak dibandingkan dengan nilai seorang isteri solehah macam ayang.. I LOVE U
SAYANG UNTIL JANNAH..
Zarazia :
I LOVE U TOOO ABANG.. UNTILLLL JANNATUL FIRDAUS.. AAMINNNNN J
Alhamdulillah, selamat sudah bernikah…. Haaa
kawan-kawan nak tahu… itulah betapa manisnya cinta selepas nikah. Kerana
selepas sah halal bergelar suami & isteri, semuanya halal untuk disentuh.
Yang tidak molek eloklah dijadikan sempadan, mudah2an
kita tidak mengulanginya lagi. Manakala yang baik haruslah dijadikan teladan,
mudah2an kehidupan kita sentiasa diberkati Allah. In Shaa Allah~
Wallahua’lam~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan