~HIDAYAH ALLAH
MENERUSI PERANTARAAN INSAN~
Bismillah~
Ingin saya bertanyakan kepada kalian, adakah manusia yang berperangai
baik akan selamanya baik manakala manusia yang berperangai jahat akan selamanya
jahat ??? Mungkin soalan ni dah biasa kita dengar,.. Cuba kita flashback
semula diri kita yang dahulu. Mungkin ada dalam kalangan kita yang
masing-masingnya ada kisah silam. Mungkin juga penuh dengan titik noda hitam.
Baiklah, di sini saya akan kaitkan dengan pepatah arab yang mengatakan, “Nahnu
nahkum bizzawahir” yang membawa maksud kita ni manusia yang hanya mampu menilai
apa yang berada di luarannya sahaja secara zahir tapi yang sebenarnya Allah
tahu apa yang ada dalam hati kita. Oleh sebab itulah kita perlu tanamkan dalam
diri kita ni sifat ‘khusnudzon’ iaitu bersangka baik tak kira pasa siapa pun
termasuklah juga pada Allah. Saya faham bukan mudah untuk menanamkan sifat yang
sebegitu kerana kita ini manusia biasa yang ada nafsu.
Tidak semestinya orang yang baik atau alim akan selamanya menjadi baik. Ingin
tahu kenapa saya cakap macam tu ? Sebab hati kita ni bila-bila masa sahaja
Allah akan terbalikkan. DIA nak uji kita. Saya bagi 1 analogi, dunia sekarang
yang serba moden ni, kebanyakan penghidap-penghidap HIV AIDS adalah dari
kalangan orang yang keruntuhan akhlak. Kenapa saya cakap macam tu ? Tu
persoalannya. Kerana suasana di sekeliling. Apa yang saya boleh ringkaskan
ianya umpama ‘kejutan budaya’. Dan ada
persoalannya lagi, kenapa timbul pula isu kejutan budaya ? Baiklah saya akan
ceritakan berdasarkan pengalaman saya sendiri. Apabila seseorang itu dibesarkan
dalam suasana keluarga yang agak religi sejak dari kecil, ada di antara mereka
yang akan rasa terkongkong. Tak dapat kebebasan. Tapi, bila mereka sudah masuk
alam remaja, ada rasa nak try try . Tambahan pula, bila kita
dapat melanjutkan pelajaran. Tentulah jauh daripada ibu bapa terutamanya.
Mereka tidak dapat mengawasi anak-anak mereka kerana mereka menganggap
anak-anak mereka sudah boleh menjaga diri sendiri.
Senario yang sedang berlaku kini adalah keruntuhan akhlak para remaja.
Kerana apa ??? Kerana mereka nak dapatkan kebebasan di luar sana. Setelah
mereka penat rasa terkongkong oleh keluarga. Jadi, apabila keluar sahaja dari
kepompong melihat dunia yang sebenar, mereka akan rasa terkejut. Macam-macam budaya
yang kita boleh nampak. Mustahil kalau kita katakan kita pun tak kan
terpengaruh. Mesti ada, meskipun sedikit. Usah saya katakan apa aktiviti
anak-anak muda zaman sekarang ni sebab kalian pasti tahu. Pendapat saya,
pastilah ada di antara kalian ini terlebih dahulu makan garam daripada saya.
Tentulah banyak pengalaman.
Jika kita lihat ada juga ada manusia yang berperangai tidak baik…
Persoalannya, adakah orang-orang seperti itu akan selamanya begitu ? Pendapat
saya, TIDAK. Suka di sini saya tegaskan sekali lagi, hati kita ni bila-bila
masa sahaja Allah akan terbalikkan. DIA nak uji kita. Cuma bergantung kita kuat
atau tidak. Suka atau tidak kita kena juga lalui. Baiklah, saya bagi contoh ya.
Ada di antara rakan-rakan wanita islam di facebook saya yang upload gambar
tidak memakai tudung dengan baju seksinya. Tapi, saya sedar layakkah saya
menegur perbuatan mereka. Cukuplah dengan kata-kata kiasan atau gurauan dari
saya untuk mereka. Yang selebihnya itu adalah urusan Allah. Kadang-kadang kita sendiri
tak sangka kawan yang dahulunya tak pakai tudung, tak tutup aurat dengan
sempurna, terikut-ikut budaya couple dan sebagainya. Tiba-tiba mungkin 5 tahun
atau 10 tahun akan datang, penampilannya sudah berubah menjadi yang lebih
solehah, anggun, bekerjaya dan macam-macam lagi. Itu namanya hidayah dari Allah
untuk mereka. Jangan kita pandang rendah pada mereka.
Hidayah itu hak mutlak Allah. Jadi, Allah berhak memilih siapa yang mahu
diberikan hidayah-Nya. Orang-orang yang mendapat hidayah Allah merupakan suatu
bonus atau anugerah yang teramat bernilai. Ibarat macam suatu sentuhan kasih
dan sayang dari Allah. Adakala Allah hadirkan insan yang baik dalam hidup kita
sama ada dia yang akan membantu kita untuk mengubah diri kita atau kita sendiri
yang mengubah diri kita ke arah yang lebih baik. Suka saya mengambil ungkapan
dari penceramah dan novelis terkenal Ustazah Fatimah Syarha yang mengatakan,
“kita ini bukan macam komputer yang ada butang DELETE yang boleh delete
kenangan lampau. Tapi, kita boleh berusaha melupakan”. Sebenarnya kisah silam
pada masa lalu memberi pengajaran untuk kita. Itulah yang dinamakan kehidupan
bergelar manusia.
Biarlah waktu kita kecil, umur pun belum matang, rasailah kebebasan tapi
tetap juga perlu pengawasan ibu bapa . Supaya kelak bila kita dah masuk alam
remaja dan seterusnya dewasa, tak adalah kita terpengaruh dengan kejutan
budaya. Baiklah, sekian dari saya. Inilah yang saya dapat coretkan untuk
tatapan para pembaca. In shaa Allah, sesungguhnya apa yang baik itu datangnya
dari Allah dan apa yang kurang itu datangnya dari saya. Jika kalian ada idea yang
ingin dilontarkan, silakanlah…
~WALLAHUA’LAM~

Tiada ulasan:
Catat Ulasan