HILANGNYA KASIH SAYANGMU, DIA NUR HIDUPKU~
|
I
|
ndah nian suasana pada malam ini. Angin sejuk sesekali menyapa tubuhku.
Sesekali kurasakan angin ini memecah kesunyian tika dinihari. Entah mengapa di
kala ini aku merasa teramat rindu akan seseorang. Allahu Rabb… Hendak ku
tangisi, hampir dah tak ada lagi air mata yang hendak dikeluarkan. Kehilangan
dia membuatkan aku menjadi lemah suatu ketika dulu. Umpama tiada tempat
bergantung walhal aku masih lagi mempunyai insan – insan lain yang tinggal
bersamaku.
Dia yang kukatakan ialah ibonda
tercintaku. Dialah insan yang mengandungkanku selama sembilan bulan sepuluh
hari dengan menanggung jerih perih kesakitan ketika melahirkan seorang insan
seperti ku ke dunia nyata. Ya Rabb !!! Betapa aku amat merindui wajahnya, sinar
matanya melihatku dan belaiannya terhadapku. Cuma waktu itu, kebersamaanku
dengan dia cukup singkat. Ibonda telah pulang dijemput Ilahi ketika usiaku 3
tahun. Tidak ada seorang pun yang dapat melawan kehendak Takdir. Semua sudah
terprogram di Luh Mahfuz. Tarikh, hari, minit dan detiknya.
Mahu sahaja aku
menjerit sekuat hati kerana rasa rindu yang teramat sangat pada ibonda
tercinta. Ketika usiaku 3 tahun itu, aku memang menangis semahu-mahunya, tiada
henti. Seakan tidak mengerti bahawa ibonda telah tiada. Makkkkkkkkkkk !!!!!!!!!
Rindu ku ini umpama air empangan yang mahu pecah pada bila – bila masa sahaja.
Namun, dia tetap tidak akan kembali
lagi.
Kini usiaku sudah
menginjak 21 tahun. Jerih perih kehidupan yang ku tanggung sedari dulu hingga
sekarang membuatkan aku sudah terbiasa tanpa belaian manja seorang ‘ibu’.
Bagiku, tak mengapalah. Asalkan ibu yang kini menggantikan posisi arwah ibonda
ku menjagaku dengan baik dan mendidikku sehinggalah aku menjadi seperti yang
dilihat sekarang. 21 tahun ke belakang, cerita hidupku penuh dengan air mata
dan konflik yang seumpama tiada kesudahan. Tapi, untuk 21 ke hadapan,
wallahua’lam…. Aku tidak mampu menduga apa-apa kerana setiap apa yang berlaku
sudah pun tertulis di Luh Mahfuz Allah.
Boleh ku katakan hidup
ini umpama roda yang sedang berpusing ketika ini. Sekejap aku berada di atas
dan sekejap lagi aku berada di bawah. Dan begitulah kehidupan manusia hari ini.
Ketika usiaku 16 tahun, aku mulai belajar tentang erti kehidupan sebagai
manusia di muka bumi ini. Ternyata ia bukan sesuatu yang mudah untuk
pelajarinya. Pertemuanku dengan seorang hamba Allah membawa titik permulaan aku
mengenali dunia yang sebenar-benarnya. Siapa dia ??? Jawapan yang mampu kuberikan,
‘biarlah rahsia’…. Bagiku dialah seorang sahabat yang baik, motivator terbaik,
penasihat terbaik dan in shaa Allah anak yang baik untuk keluarganya.
Di saat aku hilang
arah, dia hadir memberikanku sinar cahaya yang mampu menerangi kehidupan aku
yang kian kelam. Di saat rinduku bertandang pada almarhumah ibonda tercinta,
dengan spontan dia berkata kepadaku, “Selalulah hadiahkan bacaan surah Yasiin
dan al-Fatihah”. Itu yang aku amalkan sehinggalah sekarang. Sakitnya jiwa
ibarat hampir separuh nyawaku menghilang. Tapi untuk apa aku terus-terusan
begitu... Menangisi orang yang telah lama tiada. Kehidupanku perlu diteruskan
dan aku harus menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang anak perempuan,
seorang mahasiswi, dan in shaa Allah menjadi seorang wanita yang membela
agamanya sendiri.
Ketika usiaku hendak
meningkat remaja, memang lazimnya akan wujud tabiat nak try try . Dan
tika itulah juga aku hilang arah sekali lagi. Namun, sahabat itu tidak pernah
jenuh memberi nasihat dan teguran kepadaku. Sehinggalah mencari jalan
penyelesaian untukku. Dia ada berkata sesuatu padaku yang mengatakan, cubalah
sematkan dalam hati kita bahawa Allah di tempat yang pertama. Dan belajar
istiqamah. Alhamdulillah, akhirnya aku mendapat ketenangan yang sangat luar
biasa. Jiwaku yang sebelum ini kosong dan resah tiba-tiba menjadi tenang
seperti tenangnya air laut. Begitulah yang dapat kugambarkan.
Puas aku bermuhasabah
diriku, alangkah berdosanya aku kerana melanggar perintah-Nya. Dalam diam perlahan-lahan
aku cuba memperbaiki kesilapanku. Dengan pertolongan dia dan seorang lagi hamba
Allah, Alhamdulillah hidupku yang sebelum-sebelum ini kian kelam dengan kisah
silam yang suram bertukar menjadi ria. Aku tidak mahu kerana tingkah laku aku
di sini , almarhumah di sana menderita kerana terseksa akibat perbuatanku yang
tidak elok di dunia ini. Allahu Rabb… Jauhkanlah…
Siapa kata Allah tak
sayangkan kita ??? Allah tu sayang sangat kat kita. Allah tu nak sangat dengar
suara rintihan kita. Allah tu nak sangat dengar esakan tangisan kita. Kerana
apa ??? Kerana Allah rindu. Oleh sebab sayangnya Allah pada kitalah, DIA
turunkan macam-macam jenis ujian @ dugaan pada kita termasuklah diriku yang
tidak pernah terlepas daripada diuji. Jikalau dahulu aku sering mempersoalkan
kenapa Allah ambil nyawa ibonda tercintaku… Tapi, kini kusedari akan satu hal.
Jadilah hamba Allah yang sentiasa bersyukur dan menerima qada’ dan qadar Allah
dengan hati yang rela dan ikhlas. Allah nak bagi ujian ni hanya kepada hamba-hambaNya
yang terpilih sahaja sesuai dengan kemampuan seseorang.
Kata orang, ujian ni nak
jadikan kita ni matang. Iya, memang benar kata-kata itu. Ujian hidup yang
diberikan oleh Allah adalah untuk mematangkan lagi gaya pemikiran dan kehidupan
kita. Sebenarnya, Allah bukannya saja-saja nak uji kita. DIA nak tahu tahap
keimanan kita, kesabaran kita, cara kita menerima ujian… Dan sebenarnya Allah
nak kita berfikir kenapa Allah bagi ujian macam-macam kat kita. Mesti ada
sebab. Kita kena cari tahu sendiri. Pokok pangkalnya, aku berpegang pada 1
prinsip iaitu setiap perkara yang berlaku ke atas diriku pasti akan ada
hikmahnya sama ada yang tersurat mahupun tersirat. Cuma cepat atau lambat
sahaja kesedaran tu akan muncul jua.
Bukan mudah untuk menjadi
seorang manusia yang baik di atas muka bumi Allah ni. Terlalu banyak ranjau
yang berduri di hadapanku. Dan aku harus menempuhinya untuk mendapatkan
keredhaan Yang Maha Esa. Godaan di sekeliling membawa pengaruh yang sangat
besar dalam kehidupan ku sebagai seorang wanita. Bukan suatu perkara yang mudah
untuk mendidik diri agar mengikuti suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Nafsu
gemar memberontak.
Sepanjang hidupku kini,
hanya doaku sebagai anak yang kuutuskan untuk almarhumah ibonda tercinta.
Mudah-mudahan ibonda ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. In
shaa Allah… Doakan kejayaan anakmu ini di dunia mahupun di akhirat bonda.
Anakmu amat mencintai bonda. Sangat cinta. Rindu akan kasih dan sayangmu.
Namun, aku akur jua akan ketentuan Allah bahawasanya ibonda adalah hak milik
Allah dan DIA berhak mengambil kembali hak-Nya.
Salam sayang nan kudus dari anakandamu… Mak tetap dihatiku hingga ke
hujung nafasku.
~Wallahua’lam~
~Istimewa untukmu Bonda~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan