Sebarkan Bahagia

Sebarkan Bahagia

Watching My Video Clip

Isnin, 23 Mac 2015

Penampilan Khas Untukmu Hawa



PEREMPUAN BERKALUNG KAIN SERBAN
(CERPEN ISLAMIK MENGANGKAT MARTABAT KAUM WANITA)


7 Tahun Yang Lalu…

  D

eruan ombak yang kuat di pantai Sulawesi memecah kesunyian di kala waktu senja kian hampir. Nur Anisa leka menunggang kuda bersama dengan abang-abangnya di tepi pantai tersebut sehingga tidak sedar yang matahari kian terbenam di ufuk barat. Uminya, Halimatul Sa’diah sibuk mencari anak perempuannya itu di sekitar madrasah. Puas ditanya para pembantunya di mana Anisa namun tiada seorang pun yang tahu. Akhirnya Puan Halimatul mengambil keputusan untuk mencari anaknya di tepi pantai tempat anak-anak lelakinya sering menunggang kuda.

               Akhirnya, Puan Halimatul berjaya menemui Anisa bersama kuda yang ditungganginya tidak jauh dari abangnya, Reza Qalbi. “Nur Anisa !!! Turun sekarang !!!,” jerit Puan Halimatul. Anisa terkejut dengan teriakan uminya lalu dengan rasa berat hati, dia turun dari kudanya. “Anak perempuan tidak boleh menunggang kuda tahu tak Anisa”, kata Puan Halimatul kepada Anisa. “Anisa tidak mahu pulang ke rumah, Umi. Abang Reza dan abang Ziad boleh je bermain dengan kuda mereka. Tapi kenapa Anisa tidak boleh ? Kerana Anisa ni perempuan, adakah begitu Umi,” soal Anisa kepada uminya. Dengan sabar uminya berkata,”Nisa, adakah kamu mahu umi dimarahi oleh walid ?,” tanya Puan Halimatul kepada Anisa sambil memujuk anaknya supaya pulang ke rumah. Lalu, dengan perasaan yang bercampur baur, akhirnya Anisa menurut arahan uminya.

              Para penghuni madrasah menunaikan solat Maghrib secara berjemaah yang sudah pun menjadi kebiasaan di Madrasah Al-Jawahir sejak era awal pembukaannya lagi. Seusai solat Maghrib, keluarga Anisa menikmati makan malam bersama-sama. Anisa tiba-tiba memulakan bicara ketika suasana di meja makan itu sunyi sepi tanpa apa-apa kata. “Anisa mahu belajar menunggang kuda”, ucap Anisa ditujukan kepada walidnya, Kiai Hanan. Namun walidnya tidak melayan sebaliknya terus menikmati juadah. Uminya lantas berkata, “Jangan bercakap ketika sedang makan. Tak elok”. “Anisa nak belajar jugak. Kenapa abang Reza dan abang Ziad boleh ? Kenapa Nisa tak boleh ?,” Anisa tidak mengendahkan suruhan uminya. Lalu walidnya pun bersuara lantang, “Kerana kamu itu perempuan. Sebab itulah walid tidak mengizinkan kamu menunggang kuda seperti abang-abangmu. Mereka boleh sebab mereka lelaki”. Anisa bungkam tidak tahu berkata apa lagi setelah dijerkah oleh walidnya.

                Kudhori Azzam, merupakan sepupu rapat Anisa sejak kecil lagi dan dia kini dalam perancangan melanjutkan pelajarannya ke Mesir. “Ibu saya sampaikan salam untuk Mak Cik. Ibu rindu sangat kat Mak Cik. Katanya bila lagi Mak Cik nak menziarahinya”, ujar Kudhori kepada Puan Halimatul. “Kudhori, mak cik bukan tak mahu menziarahi ibumu. Mak cik pun rindu sangat pada ibumu. Tapi, kalau mak cik pergi, siapa yang akan menguruskan madrasah ini…. Bagaimana perancanganmu ke Mesir ?” tanya Puan Halimatul kepada Kudhori. Belum sempat Kudhori menjawab pertanyaan Puan Halimatul, mereka dikejutkan dengan suara Anisa yang tiba-tiba berlari masuk ke rumah lalu melanggar periuk belanga berisi lauk yang dibawa oleh pembantu Puan Halimatul. “Anisa !!! Di mana Anisa ?,” tanya Kiai Hanan.

               “Nisa !!! Kenapa kamu harus lari dari sekolah sekalipun kamu tidak jadi dilantik sebagai ketua darjah ? Kamu memang mahu malukan walid ya… Dasar anak tak tahu diuntung…Kamu itu perempuan Nisa. Perempuan itu tidak boleh menjadi pemimpin. Yang selayaknya jadi pemimpin itu adalah lelaki. Faham tak…?” Kiai Hanan sudah hilang kesabaran disebabkan kedegilan anaknya itu yang kuat sekali meronta-ronta minta dilepaskan. Lalu dibawanya Nisa masuk ke dalam bilik mandi untuk diberi pengajaran. Anisa menjerit dalam tangisan meminta tolong. Namun, puan Halimatul dan Kudhori tidak dapat berbuat apa-apa selain hanya dapat berteriak dari luar pintu bilik itu.

               Anisa termenung sendirian di atas batu besar sambil menikmati deruan ombak di tepi pantai Sulawesi. Aksinya dilihat oleh sepupunya, Kudhori Azzam dari jauh dan dia berjalan dengan derap langkah yang perlahan untuk mendekati Anisa. “Nis, kenapa ni…? Eh perempuan tu tak boleh bersendirian di tempat yang macam ni. Kalau terjadi apa-apa pada awak. Siapa yang susah..??? Pastilah umi dan walid risaukan awak”, kata-kata Kudhori segera mematikan lamunan Anisa. “Benarkah awak nak tinggalkan Nisa sendirian di sini ? Antara Mesir dan Mekah, mana yang lebih jauh ?,” tanya Anisa tiba-tiba. “Tak jauh mana pun. Yang penting bergantung pada niat Nisa. Seperkara lagi, awak tak bersendirian di sini. Awak masih ada umi, walid, abang Reza, Ziad dan teman-teman awak yang lain. Lagipun saya ke sana untuk melanjutkan pengajian..,” ujar Kudhori perlahan sambil memujuk Anisa.

                Kudhori Azzam merupakan insan yang sangat dekat di hati Anisa. Baginya, cuma Kudhori yang memahami perasaannya. Dalam diam, Anisa menyimpan rasa cintanya pada Kudhori. Begitu juga dengan Kudhori, di hatinya ada rasa cinta pada Anisa. Namun, status dirinya yang bukan anak Kiai menjadi kekangan untuknya menyulam cinta bersama Anisa. Menurut fikirannya, pastilah walid Anisa iaitu Kiai Hanan akan menjodohkan Anisa bersama anak Kiai juga. Kudhori seperti sudah tahu yang dia akan tewas dalam perkara itu. Justeru itu, dia tidak sesekali menolak tawaran pengajiannya ke Mesir. Sulit untuk meninggalkan Anisa namun dia tiada daya. Sebelum berangkat ke Mesir, Kudhori telah berjanji pada Anisa bahawa dia akan selalu mengirimkan surat untuk Anisa.

7 Tahun Kemudian….

                Seperti biasa Anisa menunggu surat dari Kudhori, namun sudah tiada lagi kiriman surat-surat dari si dia. Tanpa pengetahuan umi dan walidnya, Anisa memohon melanjutkan pelajaran ke Mesir dan Jordan. Setelah seminggu kemudian, Anisa telah menerima sepucuk surat. Sangkanya surat itu dari Kudhori namun sangkaannya meleset. Sebaliknya surat itu dari Mesir yang menawarkan pengajian kepada Anisa. Hampir sahaja terlepas beg sekolah yang dibawa oleh Anisa dek kerana terlalu gembira akhirnya dapat juga berpeluang ke Mesir. Sampai di rumah, Anisa menunjukkan surat itu kepada umi dan walidnya. Anisa menanti reaksi walidnya. Lalu satu keluhan terlepas jua dari walidnya. “Kenapa walid ? Walid tak suka Nisa dapat sambung belajar ke Mesir ? Kalau soal kos. Umi dan Walid tidak perlu mengeluarkan duit belanja untuk Nisa. Kan pengajian Nisa ditanggung oleh biasiswa,” terang Anisa kepada umi dan walidnya sambil berharap dalam hati walidnya memberi keizinan.

                Keesokkan harinya, Anisa bertanya lagi kepada walidnya tentang surat itu. Lantas walidnya menjawab, “Nisa, kamu itu perempuan. Walid tak boleh melepaskan kamu sendirian ke sana tanpa muhrim. Kalau kamu sendirian ke sana, boleh jadi fitnah ke atas kamu. Faham tak ?,” Anisa sebal dengan perangai walidnya. Itu tak boleh, ini tak boleh. Dia tidak bebas melakukan apa sahaja yang dia mahukan. “Nisa mahukan kebebasan. Tapi kenapa walid tidak pernah nak faham perasaan Nisa…Nisa tahu jaga batas diri,” gumam Anisa sendirian.

                Sebelah malamnya pula, Anisa diminta oleh uminya memakai pakaian yang cantik dan sopan. Apabila Anisa bertanya kepada uminya mengapa dia perlu memakai pakaian yang begitu, namun uminya tidak banyak bicara lantas menyuruh Anisa segera memakai tudung. Anisa dibawa keluar menuju ke pangkin tempat walid dan sahabatnya berkumpul. Kiai Hanan memperkenalkan Anisa kepada keluarga Kiai Rahman. “Saya kenalkan pada keluarga Kiai, itu Nur Anisa. Satu-satunya anak perempuanku. Dia gadis yang pintar. In Shaa Allah boleh menjadi isteri yang solehah untuk anak lelaki Kiai Rahman, Hisam.” Anisa terpana seketika mendengar kata-kata walidnya. Dunianya serta merta menjadi gelap gelita.

              “Anisa tak mahu dijodohkan dengan Hisam. Muktamad !!!” begitulah keputusan Anisa yang menimbulkan kemarahan pada walidnya. Lalu dengan tidak semena-mena satu tamparan hebat hinggap di pipi kiri Anisa. Anisa terpempan. Air mata sudah bercucuran keluar. Uminya segera menenangkan keadaan suaminya yang sudah hilang pertimbangan. “Istighfar bang,… bukan begini caranya mengajar Anisa. Istighfar…,” Puan Halimatul berusaha memujuk suaminya agar berhenti memarahi Anisa. Sedang asyik melayani perasaan di dalam kamar, uminya mendekati Anisa. “Nis, apa kamu mahu dibenci dengan walid..? Tolong kesian pada umi sayang… Umi faham perasaan kamu Nis. Kamu masih menunggu Kudhori kan… Tapi, tolong Nis. Untuk sekali ini, korbankanlah hatimu sayang. Terimalah pinangan Hisam..” kata uminya separuh merayu pada Anisa. Dia tahu hati anaknya itu lembut. Anisa terpaksa akur dengan keputusan umi dan walidnya.

               Majlis pernikahan Anisa dan Hisam akhirnya dilangsungkan di masjid Madrasah Al-Jawahir ba’da solat maghrib. Anisa terima tanpa rela. Sedih kerana yang menikahinya itu bukan Kudhori, cinta hatinya. Tiada sekelumit perasaan cinta pada lelaki yang dikenali sebagai Hisam. Baginya, Hisam telah meragut segala kebahagiaan Anisa. Dia berjanji pada dirinya bahawa dirinya tidak akan sekali-kali tewas dengan nafsu Hisam. Dia tahu Hisam tidak bersungguh-sungguh mencintai Anisa. Dia juga menikahi Anisa dalam keterpaksaan. Hanya kerana perjanjian kedua belah keluarga untuk membiayai kos memperbesarkan Madrasah Al-Jawahir. Anisa terperangkap dalam pernikahan yang tidak dijangka.

               Setelah 3 hari menjadi isteri kepada Hisam. Anisa seperti hamba sahaya di rumah milik suaminya. Dia yang mengemas rumah, membasuh baju dan memasak. Tiba-tiba suaminya lantang mengarah diminta dibuatkan secawan kopi. “Kopi Nisa”. Anisa terkejut kerana disergah sebegitu lalu cawan yang berada di tangannya terlepas jatuh ke lantai dan pecah berderai. Suaminya pantas menuju ke dapur dan bertindak menjatuhkan pinggan mangkuk ke lantai. Mujurlah kesemuanya bukan kaca. Kalau tidak, sudah pasti kaki Anisa terkena serpihan kaca. “Kau fikir barang-barang dalam rumah ni semuanya percuma haaaa…Orang bodoh macam kau dikatakan pintar oleh walid. Huh…” Hisam pergi meninggalkan Anisa yang terpinga-pinga sendirian.

               Hati Anisa kian membengkak dek kerana perbuatan Hisam ke atasnya malam semalam. Mujurlah dia sempat melarikan diri dari nafsu buas suaminya itu. Dia tidak sesekali menyerahkan ‘mahkota’nya yang berharga untuk suami seperti Hisam. Itu janjinya pada diri sendiri. Sedang asyik melayani perasaan, tiba-tiba pintu rumah diketuk dari luar. Anisa bangun membuka pintu. Terkejut kerana yang berada di hadapannya adalah seorang wanita yang sedang sarat mengandung. “Maaf, awak Anisa kan. Saya Fatimah..” ujar wanita itu seraya memperkenalkan dirinya kepada Anisa. “Iya, betul saya Anisa. Awak ni siapa ya ?,” tanya Anisa pula. Namun pertanyaannya tidak dijawab oleh wanita itu sebaliknya mata wanita itu terus melihat perutnya yang kian sarat.

              Di rumah Kiai Rahman, Anisa dan Hisam membincangkan mengenai wanita yang bernama Fatimah yang tiba-tiba muncul. Semuanya senyap tanpa bicara. Lalu Kiai Rahman memulakan bicaranya, “Tidak salah kalau lelaki berkahwin lebih dari seorang kerana itu memang sunnah Rasulullah. Tapi kamu harus berlaku adil pada Anisa dan Fatimah.” Hisam pun menjawab, “Hisam janji abah akan berlaku adil pada kedua-duanya.” Anisa pula duduk menghadap ibu Hisam dan berkata, “Nisa mahu minta cerai ibu”. Ibu Hisam, Puan Bai’eyah terkejut mendengar permintaan Anisa lalu beristighfar. “Istighfar Anisa… Apa kamu fikir cerai itu perkara yang main-main… Suami tidak akan menikah lagi kalau si isteri pandai memuaskan suami,” Anisa sungguh terpukul dengan kata-kata ibu mertuanya. Apa lagi yang dia harus pertahankan pada waktu ini. Anisa pasrah.

               Suatu malam yang hening, Hisam memaksa Fatimah melayani nafsu serakahnya. Walhal dia tahu Fatimah sedang sarat mengandung. Fatimah tidak dapat menolak tubuh sasa Hisam lalu membiarkan sahaja dirinya diperlakukan sebegitu. Anisa yang berada di kamar luar hanya dapat menangis tanpa dapat berbuat apa-apa. Dia kematian akal. Lewat malamnya pula, Anisa membantu Fatimah membersihkan darah yang keluar dari celah paha Fatimah. Tiba-tiba Fatimah bersuara, “Ini Neraka Nisa. Kali pertama aku berjumpa dengan dia, orangnya sangat sopan. Aku tahu dia ada isteri iaitu kamu. Tapi, dia kata kamu bukan wanita pilihan dia dan kerap memburuk-burukkan kamu.” Dengan tenang Anisa menjawab,”Allah tahu apa yang ada di dalam hati kita.”

              Fatimah sudah berasa yang bayinya akan keluar pada bila-bila masa sahaja. Anisa segera menelefon Hisam untuk membawa Fatimah ke hospital. Setelah beberapa jam berada di dewan bersalin, akhirnya Fatimah selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Fadhilah. Dalam tempoh berpantangnya, Fatimah mahu lagi melayani Hisam. “Nisa, tolong jagakan Fadhilah sebentar ya”, pinta Fatimah tanpa rasa segan silu. Hisam segera menutup pintu biliknya. Anisa berasa sakit hati melihat perangai buruk suaminya bersama Fatimah. Hendak bersuara tapi ditakuti kalau pipinya lebam dek tamparan percuma oleh Hisam. Sekali lagi, Anisa tewas.
               Seperti biasa, Anisa menjalankan rutin hariannya menyapu di luar rumah. Ketika itu, datang seorang pembantu madrasah Al-Jawahir lalu dihulurkan surat yang berada di tangannya kepada Anisa. “Assalamualaikum.. Kak Nisa, ni ada surat untuk kakak dari abang Kudhori.” ujar pembantu itu. Dengan pantas Anisa membuka sampul surat itu lalu dibaca isinya kandungannya.

Kepada Anisa,

Mungkin sudah terlambat untuk mengatakan ini. Tapi, saya tak pernah tinggalkan awak, Nisa. Demi Allah,… Awak membuatkan saya tidak mencintai perempuan lain, Nis. Tapi, semua tu dah Takdir. Jika jalan yang terbaik untukmu terputus kerana saya, maka itu menjadi sesalanku sekarang… Maafkan saya, Nur Anisa Binti Hanan…

Kudhori Azzam…

Anisa meminta izin Hisam untuk pulang ke madrasah Al-Jawahir. Alasannya cuma mahu menziarahi umi dan walid yang sudah lama tidak berjumpa. Namun, sebaliknya dia mahu menemui Kudhori di madrasah itu. Dia yakin bahawa Kudhori berada di situ. Hisam tidak memalingkan mukanya ke arah Anisa yang sedang meminta izin padanya. Dibiarkan sahaja Anisa begitu sambil mendodoi Fadhilah manakala Fatimah duduk di sebelah Hisam. Anisa benci melihat mereka.

              Setelah sampai di madrasah Al-Jawahir, Anisa tidak segera mencari Kudhori kerana hatinya diburu rasa kesedihan kerana ditinggal lama oleh sepupunya itu. Namun, Kudhori sempat melihat wajah itu di hadapan pintu gerbang madrasah tersebut. Lantas Kudhori menjerit memanggil nama Anisa. Ingin sahaja Anisa berlari melarikan diri tetapi kakinya seperti dipaku tidak dapat berganjak walau selangkah pun. Kini, Kudhori Azzam sudah tegak berdiri di hadapannya. “Nis, awak nak ke mana lagi…? Adakah dengan melarikan diri itu boleh menyelesaikan masalah kita berdua…?” tanya Kudhori. Lidah Anisa kelu untuk mengeluarkan kata-kata. Baginya seluruh kehidupannya telah hancur musnah setelah kehilangan Kudhori. Apatah lagi setelah dirinya dipaksa berkahwin dengan Hisam.

              Suatu hari yang hening, Madrasah Al-Jawahir dikejutkan dengan berita kematian walid Anisa, iaitu Kiai Hanan. Sememangnya sebelum kematiannya, Kiai Hanan sering mengalami sakit dada dan tidak mampu lagi mengurus madrasah. Kiai juga telah menyerahkan tanggungjawab menguruskan madrasah kepada anak lelaki sulungnya, Reza Qalbi. Ketika ini, pastilah umi Anisa, Puan Halimatul merasa amat sedih dengan kehilangan suami tercinta. Meskipun suaminya seorang yang tegas, namun hati Hawanya tidak pernah mengeluh. Kini, dia kehilangan tempat bergantung hidup. Namun, kehilangan itu tidak akan sesekali mematahkan semangatnya.

               Setelah diceraikan oleh Hisam, Anisa kini bergelut dengan perasaannya sendiri. Hatinya berbelah bahagi sama ada mahu menerima lamaran dari Kudhori atau menolaknya. Kudhori telah menceritakan segala-galanya mengenai sebab kenapa dia bertindak menghilangkan diri jauh ke Mesir. Dia tidak sanggup lagi ditinggalkan oleh Kudhori. “Nur Anisa Binti Hanan. Demi Allah,… Nikah dengan ku…” Kudhori mengulang ayat yang sama pada Anisa dengan tujuan untuk meyakinkan Anisa bahawa kali ini dia bersungguh-sungguh mahu memperisterikan wanita itu. Anisa tidak segera menjawab. Sebaliknya, wajahnya dibasahi oleh titisan air mata. Anisa terharu.  Di rumah pula, Anisa mengambil masa berfikir dengan lamaran Kudhori. Akhirnya dia terlena di atas katil. Daam lenanya, Anisa bertemu dengan almarhum walidnya, Kiai Hanan. “Walid, adakah orang yang sudah meninggal dunia boleh hidup kembali…?” Walidnya hanya mengangguk sambil tersenyum. Anisa yang berkain telekung berjalan mendekati walidnya kemudian duduk menghadap, “Walid, maafkan Nisa… Selama ini Nisa banyak sekali berbuat dosa pada walid…” Walidnya menepuk lembut bahu anaknya lalu berkata, “tidak mengapa anakku. Walid redha…”

              Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa ke atas segala-galanya di dunia ini. Takdirnya telah menyatukan dua hati, Anisa dan Kudhori dalam sebuah ikatan pernikahan yang suci lagi diredhai Allah. Dengan sekali lafaz sahaja, Nur Anisa Binti Hanan sah bergelar isteri kepada Muhammad Kudhori Azzam. Ketika sedang mengaminkan doa dalam majlis tersebut yang berlangsung di Masjid Al-Qudus, Anisa terpandang sosok tubuh yang tidak asing lagi baginya iaitu almarhum walidnya. Almarhum hanya menghulurkan senyuman tanda merestui pernikahan anaknya. Anisa bersyukur yang tiada terhingga kerana doanya didengari oleh Allah. Kini, dia sah menjadi milik Kudhori.


Anisa setelah dinikahi Kudhori…

              Anisa dibawa oleh Kudhori menuju ke rumah suaminya itu. Tidaklah mewah mana asalkan baginya cukuplah memiliki Kudhori seorang suami yang baik. “Diminum dulu tehnya Nis… Awak tu menaip sahaja kerjanya,” kata Kudhori sambil meletakkan secawan air teh ‘O’ untuk isterinya yang pantas menaip novel terbaharunya. “Syukran ya akhi…” ucap Anisa sambil tersenyum ke arah suaminya yang sedang duduk sambil membuka helaian akhbar. “Iya, sama-sama Nis… Jangan panggil saya akhi lah…Kita kan sudah berkahwin. Panggil la saya dengan panggilan yang manja-manja. Panggil ‘cinta’ ke atau seperti Saidatina Aisyah, isteri Rasulullah. Memanggil suaminya dengan nama, Muhammad… Tak kan awak pun tak boleh…?” tanya Kudhori sengaja ingin melihat Anisa tersenyum manis. “Tak mahu lah saya… Tak biasa… Haaaa… macam mana kalau saya panggil ‘abang’… boleh kan..?” pinta Anisa. “Ya sudah kalau macam tu. Abang pun boleh la sayang… daripada tak ada…” Kudhori pantas mencuit hidung isterinya itu.

              Dua hari kemudian, Anisa mencari pekerjaan yang berdekatan dengan rumahnya. Dia tidak mahu hanya bergantung hidup pada Kudhori sahaja. Setelah mencuba di merata tempat, akhirnya Anisa berjaya mendapatkan pekerjaan iaitu sebagai penasihat peguam syariah. Pada awalnya, dia keberatan untuk menerima pekerjaan tersebut. Namun, setelah dipujuk oleh bakal majikannya. Hatinya dengan rela menerima tawaran tersebut. Baru sahaja Anisa diterima bekerja, dia dikehendaki menangani kes seorang wanita yang dikatakan telah menjadi mangsa keganasan rumahtangga. Dia pernah mengalami seperti mana yang diceritakan oleh wanita itu. Justeru itu, dia mahu membela nasib wanita itu daripada terus menjadi korban. Pelbagai usaha telah pun dilakukan oleh Anisa bagi memastikan kes anak guam majikannya itu berjaya. Kudhori tidak henti-henti memberikannya kata-kata semangat dan mendoakan supaya Anisa berjaya dalam pekerjaannya.

               Nasib menyebelahi Anisa dan anak guam majikannya. Akhirnya, pihak mahkamah meluluskan permohonan cerai yang telah dibuat oleh wanita itu. Anisa merasa puas kerana kemenangan itu berpihak kepadanya untuk menuntut hak kebebasan kaum wanita. “Abang bahagia sekali ada isteri seperti Nisa. Cantik… Pintar pulak tu…,” puji Kudhori memancing hati Anisa. “Nisa nak abang… Nisa perlukan abang…,” pinta Anisa dengan harapan suaminya memahami kehendak hatinya. Sebaliknya, Kudhori menghulurkan senyuman lalu berkata, “Jom, kita pergi ziarah umi di madrasah… kan dah lama kita tak pergi..” Anisa pantas menggenggam pergelangan tangan suaminya dan menggelengkan kepala, “Nisa tak nak pergi. Nisa nak abang…” hati suami mana yang tidak gembira setelah dipujuk isteri sebegitu. Akhirnya mereka pun pulang ke rumah.

             Setelah beberapa bulan kemudian, Anisa telah disahkan hamil 2 bulan. Kudhori mengajak isterinya pulang ke madrasah memandangkan mereka sudah lama tidak menziarahi umi Anisa. “Abang Reza ke mana umi..? Abang Ziad tahu mana abang Reza ?” tanya Anisa sewaktu mereka berada di meja makan. Lalu Ziad pun menjawab, “Oh, abang Reza tak ada. Dia ke Surabaya. Katanya ada acara penyampaian Al-Quran kepada anak-anak madrasah di sana…” tiba-tiba Anisa berkata, “Alah abang tak payah tipu la, macam la Nisa tak tahu. Sebenarnya abang Reza tak nak pulang sebab ada abang Kudhori kan…” Ziad kelihatan serba salah dengan kenyataan adiknya itu. Memang benar, abang sulungnya itu tidak begitu menyukai Kudhori sejak dari awal lagi. Kudhori yang sedari tadi hanya diam memintas perbualan itu agar tidak menjadi tegang. “Maafkan saya umi, abang”. Dengan lembut Puan Halimatul menjawab, “tiada yang salah. Semua orang punya sikap. Yang penting ikhlas dan saling menghargai sikap”. “Umi pintar,” balas Anisa hingga membuatkan uminya tersenyum.

              Sedang asyik mereka berbual-bual, tiba-tiba mereka didatangi oleh seseorang. “Assalamualaikum…” Hisam, mantan suami Anisa memberikan salam terlebih dahulu. Anisa merasa jijik melihat Hisam kerana mengingatkan dia pada perbuatan Hisam padanya sewaktu mereka masih menjadi suami isteri. Kudhori yang melihat perubahan pada wajah Anisa segera menenangkan isterinya itu. Kudhori faham situasi yang pernah dialami oleh Anisa ketika bersama Hisam suatu ketika dahulu. Hisam sengaja mempamerkan dirinya yang pura-pura baik dan polos di hadapan Kudhori. Dia mencari idea jahat untuk menghancurkan suami Anisa. Dia nekad walaupun terpaksa membunuh demi memuaskan hatinya.

              “Abang !!! Abang nak pergi jugak ke…? Lagipun tayar motor tu kan tak ok lagi… Tak mengapalah..Kita balik ke rumah naik teksi aje…” ujar Anisa kepada suaminya yang kelihatan sedang berusaha membaiki tayar motorsikalnya yang pancit. “Tak apalah Nis.. Abang nak ke pekan sebentar betulkan tayar motor ni. Biar kita cepat sampai ke rumah kita…. Biar isteri abang yang cantik ni tak marah-marah lagi…” ujar Kudhori sambil memujuk isterinya itu. Faham benar dengan sikap isterinya yang tidak suka apabila Hisam datang ke madrasah tersebut. “Baiklah Nisa… Abang pergi dulu ya.. Anak abi…Jaga umi baik-baik ya..Abi pergi sekejap sahaja...,” Kudhori meminta izin pada Anisa sambil mengucup perut isterinya itu. Seperti biasa, Anisa akan bersalaman dengan Kudhori. Setelah itu, Kudhori memanggil Anisa dan berkata, “Nisa,.. apa pun yang terjadi. Abang akan selalu ada di samping Nisa.. Sayang tetap ada di hati abang..”  Anisa tidak menjawab. Hanya mampu tersenyum walhal di dalam fikirannya terselit 1001 persoalan dengan sikap suaminya itu.

              Ketika dalam perjalanan menuju ke pekan, motorsikal yang ditunggangi oleh Kudhori tiba-tiba melanggar seketul batu dan menyebabkan motorsikalnya hilang kawalan lalu Kudhori terjatuh di atas laluan jalan raya. Belum sempat dia hendak bangun tiba-tiba muncul sebuah kereta pajero yang dipandu laju melanggar Kudhori di situ. Pemandu yang memandu kereta itu tidak sedikit pun patah balik sebaliknya terus sahaja pergi meninggalkan Kudhori sebaik sahaja berjaya melanggarnya. Hati Hisam berasa puas yang teramat sangat kerana akhirnya dia berjaya melakukan apa yang dihajatinya. Dia tidak akan membiarkan Anisa dan Kudhori hidup dalam kebahagiaan. Dendamnya yang kesumat pada Anisa menyebabkan dia hilang pedoman. Tidak mahu mengaku kalah begitu sahaja.

              Di rumah pula, Anisa tertidur dengan lena sekali. Penat menunggu suaminya pulang akhirnya dia tertidur di kamarnya. Dalam tidurnya itu, dia bermimpikan Kudhori. Ketika itu, dia yang sedang sarat mengandung pergi ke madrasah dengan derap langkah yang perlahan dan hati yang berwalang penuh duka melangkah masuk ke ruang masjid madrasah itu. Laju sahaja air matanya berguguran ke pipi tatkala melihat wajah suami tercinta sudah terbaring dan terbujur kaku. Melihat umi, abang Reza, abang Ziad dan para penghuni madrasah tersebut sedang membacakan surah Yaasiin menambahkan lagi kesayuan di hati Anisa. “Abang !!!!!!!!!!” Anisa terjaga dari tidurnya lalu keluar dari kamar memanggil suaminya. “Abang !!! Abang !!! Abang di mana…!!!,” Tiba-tiba dia terdengar pintu rumahnya dikuak dari luar. Hatinya sangat lega. Dia yakin itu suaminya. Namun sangkaannya meleset sama sekali kerana yang datang itu bukan suaminya tetapi uminya yang berwajah muram sudah semestinya membawa berita duka untuknya. “Maafkan Nisa abang…Ini semua salah Nisa… Maafkan Nisa…” rintih Anisa. Sesiapa pun yang melihatnya pasti turut merasa sayu.

2 minggu selepas pemergian almarhum suami tercinta….

              Seperti biasa, Anisa akan ke madrasah Al-Jawahir untuk menziarahi uminya di situ. Belum sempat Anisa masuk ke dalam rumah, Anisa mengaduh kesakitan yang kian mencucuk di perutnya. Ziad yang berada di situ pantas mendapatkan adiknya dan menjerit meminta pertolongan umi dan abang sulungnya. Mereka segera membawa Anisa ke hospital. Hampir dua jam Anisa berada dalam dewan bersalin, akhirnya dia selamat melahirkan seorang bayi lelaki dan diberi nama Muhammad Hamka Bin Muhammad Kudhori Azzam. Sungguh, Anisa berasa sangat bersyukur pada Yang Maha Esa yang kerana dapat melahirkan zuriat untuk almarhum suaminya, Kudhori. Meskipun anaknya lahir tanpa abinya di sisi, namun itu tidak sedikit pun mengecewakan hati Hawanya apatah lagi dia merasakan bahawa almarhum sentiasa ada bersamanya setiap detik. Begitu cekalnya hati Anisa umpama Siti Mariam yang hidup pada zaman kenabian.

Ketika usia Muhammad Hamka sekitar 5 tahun…

             Anisa menunggang kuda bersama-sama dengan anaknya, Hamka di tepi pantai Sulawesi. Waktu petang yang sangat indah lagi mendamaikan apatah lagi dengan bunyi pukulan ombak pantai tersebut. Tiba-tiba anak kecil itu bertanya kepada uminya, Anisa. “Abi itu macam mana orangnya umi…?” Dengan lembut Anisa menerangkan, “Abi itu mukanya persis seperti kamu. Apatah lagi bibirnya. Abi itu adalah orang kedua yang paling baik dalam hidup umi. Justeru itu, Hamka mestilah jadi anak yang baik ya..”. Anaknya bertanya lagi, “Kalau yang pertama siapa pula umi ?” Anisa tersenyum mendengar pertanyaan anak kecil itu lalu menjawab, “Yang pertama itu namanya Halimatul Sa’diah. Itu kan nama atuk puteri kamu sayang…” Hamka pun menyambut jawapan uminya dengan sebutan, “Ooooo”…

             Anisa telah meleraikan ikatan kain serban yang sejak tadi menutupi separuh wajahnya lalu dilepaskan jatuh ke atas pasir di tepi pantai Sulawesi itu. Baginya kini, dia merasakan kebebasan bersama anaknya. Prinsip yang selama ini cuba ditanamkan dalam dirinya. “Allah juga memberikan manusia kebebasan. Mahu jadi apa pun kita nanti, pilihlah jalan Allah dengan merasa bebas dan dengan hati yang ikhlas. Dengan begitu, In Shaa Allah kita akan hidup dengan tenang dan tanpa rasa benci”. Kebebasan itu adalah hak seluruh kaum wanita yang muslimat.

~SEKIAN~





Selasa, 17 Mac 2015

~Santapan Khas Dari Penulis~







Di Jepun, Sakura kerap kali dikaitkan dengan perempuan (kerana melambangkan kecantikan & keindahan), atau sebagai simbol untuk mengekspresikan ikatan antara manusia.


Dari sakura kita boleh belajar. Belajar apa ??? Belajar memaknai hidup, memaknai cinta…….


SAKURA Di MALAYSIA


  E

 mbun telus gugur dari langit lalu mencerminkan rona-rona kesegaran hijau yang masih mentah. Gunung itu membiru balam-balam. Atmaku dicakar resah, diganggu gundah dan gelabah, disentap bicara, dihiris sembilu tajam dan akhirnya gugur bagai seroja di pusara. Kuasai minda, takluki bicara, mencantas dambaan, genggam erat tak usah lepaskan dek lantai marmar menakung hambar. Begitulah ibaratnya kehidupan insan yang bernama Syarifah Iman Syakinah yang baginya cukup asing pabila baru pertama kali menjejakkan kaki di bumi Malaysia.

               Hati Syakinah seperti meronta-ronta seboleh-bolehnya mahu terbang ke Malaysia demi mencari ayah yang tidak pernah bersua sedari kecil lagi. Tajul Razen menghantar telegram kepada Syakinah yang memberitahu bahawa ayah Syakinah jatuh sakit dan meminta Syakinah pulang. Dia tidak sabar menerima berita itu lantas menempah tiket penerbangan dari kota London ke Malaysia. Pada awalnya mama Syakinah iaitu Shereen tidak berapa setuju atas permintaan anaknya yang mahu pulang ke Malaysia untuk bertemu dengan Syed Adami iaitu mantan suaminya yang telah lama menceraikannya.  Namun dia tidak mahu menghalang kemahuan anaknya itu. Bagi Shereen anaknya perlu tahu siapa ayah kandungnya meskipun ada sedikit kemarahan timbul jauh di sudut hati Shereen kepada Syed Adami.

2 hari kemudian,… Di Malaysia

               Syakinah tiba di banglo besar kepunyaan keluarga Tajul Razen. “Anak cari siapa ya ?” tiba-tiba satu suara menegur Syakinah dari arah belakang. “A……a…adakah ni rumah Encik Tajul Razen ?” tanya Syakinah yang tiba-tiba gagap dek gara-gara terkejut. “Oh, betul la tu. Ni Syarifah Iman Syakinah kan ? Allah…Ni uncle Syed Mukhlis. Maaf lah uncle tak berapa cam kamu. How are you Syakinah ?” tanya Syed Mukhlis iaitu papa kepada Tajul Razen. “Actually, saya yang patut minta maaf uncle sebab saya pun tak berapa cam uncle. Manakan tidak, kita jumpa last masa saya umur 12 tahun. And Alhamdulillah, saya sihat”, giliran Syakinah pula meminta maaf. Syakinah disuruh masuk ke ruang tamu banglo tersebut. Syakinah berasa segan pula dengan keluarga Tajul Razen. Namun, apakan daya dia akan tetap dengan keputusannya mahu berada di Malaysia sehinggalah dapat berjumpa dengan Syed Adami.


              Tajul Razen dan Syed Mukhlis menyambut kedatangan Syakinah dengan gembira sekali namun berlainan pula dengan isteri Syed Mukhlis, Tengku Rania. Wajahnya kelihatan masam mencuka apabila memandang Syakinah. Hatinya sakit sekali kerana yang datang itu bukan orang lain tetapi anak saudaranya iaitu anak kandung kepada Syed Adami dan Shereen, madu kakaknya sendiri, Tengku Safiya. Sehingga kini, Tengku Safiya tidak mengetahui bahawa Syed Adami ada anak yang bernama Syarifah Iman Syakinah. Rahsia yang benar-benar dijaga ketat oleh Syed Mukhlis sekeluarga. Bimbang jika rahsia itu terbongkar, Tengku Safiya tidak dapat menerima hakikat bahawa dia pernah dimadukan.

              Syed Mukhlis meminta Syakinah tinggal di rumahnya untuk seminggu dua sementara mencari peluang yang sesuai untuk menemukan Syed Adami dengan Syakinah. Serba salah Syakinah dengan permintaan Syed Mukhlis namun dia terpaksa akur demi ayah yang dirinduinya sekian lama. Di dalam bilik pula, Tengku Rania meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya pada suaminya, Syed Mukhlis. “Abang ni dah kenapa ha ? Abang tahu kan siapa Syakinah tu. Saya tak suka dia ada kat sini. Kalau Kak Engku tahu macam mana bang… Hati saya sakit bila tengok muka dia tu”, Tengku Rania melepaskan semuanya. Namun dengan lembut suaminya menjawab, “Nia, tak bolehkah awak bertolak ansur sedikit dengan dia ? Cuma untuk seminggu dua sahaja. Bersabarlah… Abang dah janji dengan abang Adami yang abang akan cari Syakinah dan pertemukan mereka berdua. Abang Adami rindu benar dengan Syakinah Nia. Tolonglah faham. Kesian Syakinah…,” ujar Syed Mukhlis berharap agar sang isteri memahami situasi sedemikian. Tengku Rania terdiam selepas itu.

              Keesokkan harinya, Syakinah berjalan-jalan mengambil udara segar di sekitar taman bunga milik keluarga Syed Mukhlis. “Ya Allah, betapa indahnya ciptaanMu”, gumam Syakinah sendirian sambil melihat bunga-bunga sakura berguguran di atas kerusi yang didudukinya sekarang. Sememangnya kini, Malaysia mengalami musim bunga. Sambil menghirup udara segar pada waktu pagi yang indah itu, bergenang air mata di kelopak mata Syakinah. “Ayahhhhh, Ina rindukan ayah. Ayah kat mana sekarang ni…Ina nak jumpa ayah…,” rintih Syakinah dalam kesayuan. Tika Syakinah hanyut dek perasaanya itu, Tajul Razen mendekati Syakinah, “Hai good morning Princess Syakinah hoiiii !”… Tak elok tau menangis pagi-pagi yang indah ni. Buruk benar rupa awak…Haha.. Zen faham apa yang Syakinah fikirkan saat ni. Tapi, Zen harap Syakinah banyak-banyakkan bersabar, k… Demi ayah Adami,…” ujar Tajul Razen memberi semangat kepada Syakinah sambil bergurau. Syakinah segera menyeka air mata daripada turun membasahi pipi.

            Tengku Safiya menjalankan rutinnya seperti biasa iaitu melawat suami tercinta, Syed Adami di Hospital Tuanku Nur Zahirah. Syed Adami ditempatkan di wad VVIP. Hampir sebulan abang Syed di hospital itu akibat penyakit jantung yang dihidapinya. Segala urusan bisnes syarikat milik SA Holdings ditangani sepenuhnya oleh anak-anak Syed Adami dan Tengku Safiya iaitu Tengku Daniel dan Syarifah Azalea. Syed Adami kelihatannya sedang tidur lena. Tengku Safiya tidak mahu mengejutkan suaminya. “Lena betul abang tidur. Barangkali abang baru lepas makan ubat”, gumam Tengku Safiya sendirian. 2 jam kemudian, Syed Adami tersedar dari lenanya, dilihat isterinya tertidur di sebelah suaminya. Niatnya mahu membiarkan sahaja. Kasihan melihat isterinya itu sanggup menjaganya siang dan malam. Tak mahu langsung berpisah dengannya.

            Syarifah membatalkan hasratnya yang mahu melawat ayahnya. Tapi, membelokkan keretanya ke arah jalan yang menghala ke rumah keluarga Tajul Razen. Kepingin sekali melihat sepupunya itu. Apa khabar ya dia sekarang… 5 minit kemudian kereta Toyota Altis yang dipandu Syarifah Azalea memasuki ke perkarangan banglo besar itu. Tanpa disuruh masuk oleh orang gaji di situ, Syarifah Azalea terus meluru mendapatkan Tengku Rania yang sedang sibuk menyediakan juadah untuk makan tengah hari. “Aunty !!!!! Rindunya kat aunty… aunty apa khabar ? Mana Razen ?” tanya Azalea sambil terus bersalaman dengan Tengku Rania. Rambut halusnya sengaja dilepaskan tanpa diikat. Wajahnya memang persis Syed Adami. Anak ayah la katakan. Tengku Rania pun menjawab,”Alhamdulillah, aunty sihat je. Razen, kalau tak silap aunty dia ada kat atas. Biasalah waktu macam ni, dia suka memerap dalam bilik. Entah apa dibuatnya. Dah terlanjur Aza datang ni, lunch kat sini ya, “pelawa Tengku Rania. Pantas Syarifah Azalea menjawab,”Ok aunty. No hal. Lagipun Aza nak jumpa Razen,”.

            Tengku Rania menyuruh pembantunya mengajak Tajul Razen dan Syakinah turun menikmati makan tengah hari bersama-sama. “Well Aza, kita ada tetamu khas dari kota London,” ujar Tengku Rania sambil berharap bahawa anak saudaranya itu tidak mencurigai apa-apa mengenai kedatangan Syakinah ke sini. “Wow, it’s great ! Siapa tu aunty ? Perempuan ke ?,” tiba-tiba Syarifah Azalea dibayangi perasaan cemburu. “Yes, absolutely….”, jawab Tengku Rania bersahaja. Razen dan Syakinah berjalan beriringan menuju ke meja makan. Syakinah terpana seketika pabila melihat wajah yang datang ke rumah itu. “Syarifah Azalea !!! Adakah dia kakak kandungku ???,” hati Syakinah berbisik. Syarifah Azalea menghulurkan tangan mahu bersalaman dengan Syakinah seraya berkata,”Oh ini dia Syarifah Iman Syakinah kan…I still remember you Ina even masa kita jumpa tu umur you 12 tahun right,” ujar Azalea sambil matanya melirik ke arah Razen di sebelah mak saudaranya. Hati Azalea sakit pabila melihat kemesraan yang dipamerkan oleh Razen dan Syakinah.

           Syed Mukhlis merancang sesuatu bagaimana mahu menemukan 2 beranak itu, Syakinah dan abang Syed Adami. Strategi mestilah diatur dengan bijak supaya Tengku Safiya tidak mengetahui akan kehadiran Syakinah. Namun, adakah ini yang dikatakan idea yang bijak dengan menemukan mereka berdua sedangkan keadaan kesihatan abang Syed Adami tidak begitu mengizinkan. Tiba-tiba Syed Mukhlis teringat akan kata-kata yang memintanya mencari Syakinah sebelum dia pergi. Sekarang, Syakinah sudah berada di rumahnya. Cuma masanya belum tepat lagi untuk membawa Syakinah bertemu dengan ayahnya. Syed Mukhlis tahu bahawa anaknya, Razen mesti punya idea yang bijak. Isterinya, Tengku Rania sudah berkali-kali menyuruhnya membuka rahsia yang sekian lama disimpan rapi mengenai kehadiran Syakinah sebagai anak kandung abang Syed Adami dan mantan isterinya, Shereen. Namun, Syed Mukhlis tidak sekali-kali membuka rahsia itu kerana dia sudah pun berjanji dengan abang Adami. Suatu ketika nanti, abang Adami sendiri yang akan membuka rahsia itu. Tapi tidak tahu sampai bila mahu dirahsiakan.

Di Hospital Tuanku Nur Zahirah,

            Keadaan kesihatan Syed Adami semakin membimbangkan. Batuknya semakin kerap. Tengku Safiya hiba melihat keadaan suaminya itu. Setelah batuknya kian reda Syed Adami menegur isterinya, “Fiya sayang, abang tak mau tengok air mata tu turun lagi. Kalau Fiya sayangkan abang, jangan menangis ya. Abang sayangkan Fiya. Sayangkan anak-anak kita”. Lalu Tengku Safiya pun menjawab dalam sendu, “Fiya tak sanggup tengok abang macam ni. Sapa yang nak jaga Fiya lepas ni kalau abang dah tak ada… Abang jangan tinggalkan Fiya. Anak-anak kita perlukan abang. Terutamanya Azalea. Dia kan rapat dengan abang”. Dengan lembut suaminya pula menjawab, “Fiya doakanlah abang cepat sihat ya. Abang tak sakit teruk pun…. Fiya tu berhenti la menangis. Buruk la muka isteri abang ni,…” Sempat lagi Syed Adami mengenakan isterinya walaupun tahu dirinya sudah tidak bermaya seperti dahulu. Dia tidak mahu mempamerkan wajahnya yang berkerut kepada isterinya dek kerana menahan sakit.

            Hati Syed Adami bagai direntap kerana terlalu merindui anak kandungnya bersama Shereen, iaitu Syakinah. Dia sudah mengamanatkan Syed Mukhlis untuk mencari Syakinah dan dibawa berjumpa dengannya. Jiwanya diburu perasaan bersalah pada Syakinah, isterinya Tengku Safiya dan 2 lagi anaknya yang lain. “Bagaimana nanti perasaan Tengku Safiya bila mengetahui aku ada anak bersama bekas madunya,” gumam Syed Adami sendirian. Dia meraup wajahnya dengan seribu kekesalan. Doktor yang merawat Syed Adami ada memberitahu bahawa keadaan kesihatan Syed Adami di kala ini sangat membimbangkan tambahan pula doktor itu meramalkan tempoh dia hidup sudah tidak lama lagi. Dia tahu itu ramalan seorang doktor. Tapi, dia tidak menolak kemungkinan andai memang itu yang ditakdirkan oleh Allah untuknya. Berita itu dirahsiakan daripada pengetahuan isteri dan anak-anaknya kecuali Syed Mukhlis. Hanya kepada Syed Mukhlis dia boleh mencurahkan segalanya yang terpendam di hati.

Di taman bunga kepunyaan keluarga Syed Mukhlis,

            Syakinah leka mengumpulkan kuntuman bunga-bunga yang gugur dari pokok bunga sakura di Taman Bunga Airish. Seronok rasanya bila dapat bermain-main di bawah pohon bunga sakura lalu ingatannya diterpa rasa rindu pada kota London. Rindu pada mamanya. Rindu akan suasana di situ namun misinya di sini belum lagi tamat. Dia nekad mahu berjumpa ayahnya. Setitis, dua titis air matanya berguguran jua ke pipi. Hatinya bagai mahu menjerit nama ayahnya. Apakan daya, dia terpaksa menurut kemahuan Syed Mukhlis supaya merahsiakan identitinya dan harus bersembunyi daripada pengetahuan keluarga Tengku Safiya seperti orang pelarian pula. “Ahhh…kenapa begitu sukar untuk aku berjumpa dengan ayah kandungku sendiri…”, rintih Syakinah.

           Syed Mukhlis berbincang dengan isterinya mengenai misi penemuan 2 beranak itu, iaitu Syakinah dan abang Syed Adami. Rancangan itu mahu disegerakan secepat yang mungkin, ditakuti abang Adami tidak sempat menatapi wajah anak yang amat dirinduinya itu. Meskipun ada pertikaman lidah antara Syed Mukhlis dan isterinya, Tengku Rania, namun akhirnya isterinya itu terpaksa jua mengalah atas sebab kasihan melihat Syakinah kerana lebih lama budak itu di rumah ini, rahsia mereka akan terbongkar dan boleh jadi Kak Engku Safiya membenci mereka untuk seumur hidup. Itu yang menjadi igauan buruk kepada Tengku Rania.

            Keesokkan harinya pula, Syed Mukhlis nekad mahu menemukan 2 beranak itu. Dia akan mencari apa sahaja alasan yang munasabah supaya Syakinah boleh bertemu dengan ayahnya, Syed Adami tanpa diketahui oleh Tengku Safiya, Tengku Daniel dan Syarifah Azalea. Itu sudah pasti kerana hari inilah peluang terakhir untuk Syakinah berjumpa dengan ayahnya. Dalam hatinya ada sedikit bimbang mengenai reaksi abang Adami tambahan pula dengan keadaan kesihatannya yang semakin tenat. Tajul Razen menyuruh Syakinah menaiki keretanya supaya cepat sampai di HTNZ manakala ayahnya Syed Mukhlis keluar terlebih dahulu supaya dapat berjumpa dengan Tengku Safiya dan dapat mengalihkan perhatian kak Engku untuk memberi ruang menemukan 2 beranak itu. Inilah kerja yang paling merumitkan namun mahu atau tidak, ini adalah amanat daripada abang Adami sendiri.

            Tidak lama kemudian, Syed Mukhlis terlihat kelibat Kak Engku sedang duduk menemani abang Adami. “Assalamualaikum Kak Engku ! Saya fikir lebih elok kalau kak Engku pulang dahulu. Biar saya yang gantikan tempat kak Engku jaga abang Adami. Kesian kak Engku, mata kak Engku dah sembap tu. Tak cukup tidur. Rehat lah ya,” Syed Mukhlis memujuk Tengku Safiya. Syed Mukhlis tahu Tengku Safiya keberatan meninggalkan suaminya namun apakan daya dirinya juga tidak terlarat lagi. Maka, dia akur dengan pujukan adik iparnya itu. “Ok lah, tapi kalau ada apa-apa dengan abang Syed, terus je call kak Engku,” ujar Tengku Safiya lalu pergi meninggalkan Syed Mukhlis bersama suaminya.

            20 minit kemudian, Tajul Razen dan Syakinah tiba di HTNZ. Razen segera membawa Syakinah ke wad VVIP yang menempatkan ayah Syakinah. Derapan langkah Syakinah kian laju mengekori Razen. Yang pasti di kala ini hatinya sudah tidak tahan lagi mahu segera berjumpa dengan ayahnya. Inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh Syed Adami dan Syakinah. Tajul Razen hanya menunggu di luar sahaja lantas bertindak sebagai pemerhati takut seandainya mak saudaranya atau Tengku Daniel dan Syarifah Azalea tiba-tiba datang. Dibiarkan ayahnya Syed Mukhlis berada di dalam menemani Syakinah. “A……a…ayah, ni Ina ayah… anak ayah…ina rindu sangat kat ayah…,” Syakinah berkata dalam sendu tangisan yang tiada tertahan lagi sejurus selepas memasuki wad VVIP tersebut. Syed Adami hanya mampu tersenyum melihat anak gadisnya yang berwajah cantik dan sudah dewasa kini. Kini, perasaan bersalahnya pada Syakinah telah pun terubat setelah puas melihat wajah anak yang dirindui itu. Syed Adami berpelukan dengan anaknya lantas menggenggam jari-jemari Syakinah seraya berbisik ke telinga Syakinah, “anak ayah jaga diri baik-baik ya. Ayah dah nak pergi… Sampaikan salam ayah pada mama Shereen dan katakan padanya maafkan ayah…Ayah terpaksa melakukan semua ni…. Dan ayah setuju kalau kamu berkahwin dengan Tajul Razen. Dia anak yang baik,…”

            Syakinah diterjah perasaan keliru. Dia seakan sukar percaya dengan apa yang didengarinya tadi. Namun, dia harus membuat keputusan yang bijak. Kerana Malaysia bukan tempat tinggalnya. Tujuan dia cumalah satu sahaja iaitu bertemu dengan ayahnya. Dan kini, Alhamdulillah…Misinya telah Berjaya. Syakinah tidak dapat lama berada di situ kerana ibu tirinya, Tengku Safiya dalam perjalanan menuju ke HTNZ. Dengan hati yang separuh rela, Syakinah terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada ayahnya. Dia gembira hasratnya tertunai jua. Syakinah mengucapkan terima kasih yang tiada terhingga kepada Syed Mukhlis, Tajul Razen dan Tengku Rania kerana berusaha mencari jalan untuk menemukannya dengan ayah tercinta. Syakinah tidak mahu menunggu lama di Malaysia dan terus membuat keputusan menempah tiket penerbangan ke kota London. Dia harus pulang untuk berjumpa mamanya. Kasihan mamanya kerana bersendirian di sana.

           Namun dengan Takdir Ilahi, sebelum sempat Syakinah terbang ke London, dia dikhabarkan bahawa ayahnya telah meninggal dunia pada sebelah malam selepas mereka berdua bertemu. Sudah semestinya Syakinah adalah orang yang paling sedih sekali kerana di kala ini dia tidak dapat bersama-sama menatapi wajah ayahnya untuk kali yang terakhir kerana kekangan Tengku Safiya. Syakinah kecewa namun apakan daya dia terpaksa akur. Dia ikhlas menerima suratan takdir ini. Tajul Razen berusaha menggembirakan hati Syakinah yang masih diselubungi kesedihan. Setelah 3 hari kemudian, Syakinah tetap dengan keputusannya mahu pulang ke London dan penerbangannya dijadualkan pada jam 2 petang. Sebelum berangkat, Syakinah mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga Syed Mukhlis. Tengku Rania pula sudah berubah tingkahnya terhadap Syakinah. Kini, mama Razen sudah mahu tersenyum kepadanya.

           Syakinah membawa hatinya yang duka lara ke kota London. Misinya di Malaysia telah pun tamat. Namun, di hatinya ada sedikit kegusaran mengenai persetujuan arwah ayahnya yang mahu dia berkahwin dengan Tajul Razen. “Adakah terpalit rasa cinta di hati Razen untukku…?” Syakinah hanyut dalam lamunannya. Syakinah membuang pandangan ke arah penumpang yang berada di sebelahnya. Syakinah terkejut kerana penumpang itu adalah Tajul Razen. Dan kini Razen perasaan akan perubahan pada wajah Syakinah lantas tangannya memegang handphone Samsung miliknya dan kelihatannya pantas menaip sesuatu. Seketika kemudian, Syakinah mendapat mesej dari Razen. *”Maafkan Zen, Ina. Zen tak dapat nak berterus-terang dengan Ina disebabkan masa kita terlalu singkat. Zen cintakan Ina dan Zen nak jadikan Ina sebagai suri hidup Zen… Sudikah Ina…???” Syakinah tidak dapat menahan air matanya lalu turun laju membasahi pipinya yang mulus.

            Setibanya di kota London, di sana mama Shereen sedang menunggu ketibaan Syakinah. Ternyata bukan mamanya seorang di situ namun ditemani oleh Syarifah Azalea. Syakinah tergamam seketika. Aneh yang dirasakan ketika itu. Sebaik sahaja Syakinah bersalaman dengan mamanya, Syarifah Azalea lantas memeluknya lalu berkata, “maafkan kakak, and akak diminta jadi wakil sarungkan cincin ni pada adik… Adik berhak mendapatkan cinta Razen sebab adik sentiasa ada di hati dia….” Syakinah hanya terdiam tanpa berdaya mengeluarkan kata-kata. Yang pasti di saat ini, hatinya teramatlah bersyukur pada Ilahi kerana tidak lama lagi dia akan disatukan dengan Tajul Razen. Sesungguhnya ada hikmah di sebalik kedukaan.

19 MAC 2015

            Musim bunga di kota London segera mengingatkan Syakinah pada bumi Malaysia. Di taman bunga milik keluarga Syed Mukhlis itulah tempat dia mencurahkan isi hatinya sambil mengumpul kuntuman-kuntuman bunga sakura. Kini giliran musim bunga di London pula. Hatinya berbunga riang tatkala memandang wajah suami tercinta, Tajul Razen. Syakinah mengusap lembut perutnya yang kian membesar dan kini usia kandungannya sudah hampir mencecah 8 bulan. Kakaknya Syarifah Azalea kini sedang sibuk mengusahakan butik fesyen di sekitar Kota London yang dibina dengan usahanya sendiri dan mamanya turut dilantik sebagai ketua eksekutif butik tersebut. Dalam hati Syakinah berdoa mudah-mudahan roh arwah ayahnya dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Tajul Razen membelai lembut pipi isterinya itu sambil berharap dalam hati mudah-mudahan musim bunga yang indah di kota London ini menambah keriangan di hati isteri tercinta. “Syakinah sayang… Ina lah sakura abang. Thanks so much sayang,” ucap Razen dengan penuh ikhlas lantas mengucup lembut ubun-ubun isterinya itu dengan penuh kasih dan sayang.

~SEKIAN~




















Khamis, 12 Mac 2015





~HIDAYAH ALLAH MENERUSI PERANTARAAN INSAN~

Bismillah~

Ingin saya bertanyakan kepada kalian, adakah manusia yang berperangai baik akan selamanya baik manakala manusia yang berperangai jahat akan selamanya jahat ??? Mungkin soalan ni dah biasa kita dengar,.. Cuba kita flashback semula diri kita yang dahulu. Mungkin ada dalam kalangan kita yang masing-masingnya ada kisah silam. Mungkin juga penuh dengan titik noda hitam. Baiklah, di sini saya akan kaitkan dengan pepatah arab yang mengatakan, “Nahnu nahkum bizzawahir” yang membawa maksud kita ni manusia yang hanya mampu menilai apa yang berada di luarannya sahaja secara zahir tapi yang sebenarnya Allah tahu apa yang ada dalam hati kita. Oleh sebab itulah kita perlu tanamkan dalam diri kita ni sifat ‘khusnudzon’ iaitu bersangka baik tak kira pasa siapa pun termasuklah juga pada Allah. Saya faham bukan mudah untuk menanamkan sifat yang sebegitu kerana kita ini manusia biasa yang ada nafsu.

Tidak semestinya orang yang baik atau alim akan selamanya menjadi baik. Ingin tahu kenapa saya cakap macam tu ? Sebab hati kita ni bila-bila masa sahaja Allah akan terbalikkan. DIA nak uji kita. Saya bagi 1 analogi, dunia sekarang yang serba moden ni, kebanyakan penghidap-penghidap HIV AIDS adalah dari kalangan orang yang keruntuhan akhlak. Kenapa saya cakap macam tu ? Tu persoalannya. Kerana suasana di sekeliling. Apa yang saya boleh ringkaskan ianya umpama ‘kejutan budaya’.  Dan ada persoalannya lagi, kenapa timbul pula isu kejutan budaya ? Baiklah saya akan ceritakan berdasarkan pengalaman saya sendiri. Apabila seseorang itu dibesarkan dalam suasana keluarga yang agak religi sejak dari kecil, ada di antara mereka yang akan rasa terkongkong. Tak dapat kebebasan. Tapi, bila mereka sudah masuk alam remaja, ada rasa nak try try . Tambahan pula, bila kita dapat melanjutkan pelajaran. Tentulah jauh daripada ibu bapa terutamanya. Mereka tidak dapat mengawasi anak-anak mereka kerana mereka menganggap anak-anak mereka sudah boleh menjaga diri sendiri.

Senario yang sedang berlaku kini adalah keruntuhan akhlak para remaja. Kerana apa ??? Kerana mereka nak dapatkan kebebasan di luar sana. Setelah mereka penat rasa terkongkong oleh keluarga. Jadi, apabila keluar sahaja dari kepompong melihat dunia yang sebenar, mereka akan rasa terkejut. Macam-macam budaya yang kita boleh nampak. Mustahil kalau kita katakan kita pun tak kan terpengaruh. Mesti ada, meskipun sedikit. Usah saya katakan apa aktiviti anak-anak muda zaman sekarang ni sebab kalian pasti tahu. Pendapat saya, pastilah ada di antara kalian ini terlebih dahulu makan garam daripada saya. Tentulah banyak pengalaman.

Jika kita lihat ada juga ada manusia yang berperangai tidak baik… Persoalannya, adakah orang-orang seperti itu akan selamanya begitu ? Pendapat saya, TIDAK. Suka di sini saya tegaskan sekali lagi, hati kita ni bila-bila masa sahaja Allah akan terbalikkan. DIA nak uji kita. Cuma bergantung kita kuat atau tidak. Suka atau tidak kita kena juga lalui. Baiklah, saya bagi contoh ya. Ada di antara rakan-rakan wanita islam di facebook saya yang upload gambar tidak memakai tudung dengan baju seksinya. Tapi, saya sedar layakkah saya menegur perbuatan mereka. Cukuplah dengan kata-kata kiasan atau gurauan dari saya untuk mereka. Yang selebihnya itu adalah urusan Allah. Kadang-kadang kita sendiri tak sangka kawan yang dahulunya tak pakai tudung, tak tutup aurat dengan sempurna, terikut-ikut budaya couple dan sebagainya. Tiba-tiba mungkin 5 tahun atau 10 tahun akan datang, penampilannya sudah berubah menjadi yang lebih solehah, anggun, bekerjaya dan macam-macam lagi. Itu namanya hidayah dari Allah untuk mereka. Jangan kita pandang rendah pada mereka.

Hidayah itu hak mutlak Allah. Jadi, Allah berhak memilih siapa yang mahu diberikan hidayah-Nya. Orang-orang yang mendapat hidayah Allah merupakan suatu bonus atau anugerah yang teramat bernilai. Ibarat macam suatu sentuhan kasih dan sayang dari Allah. Adakala Allah hadirkan insan yang baik dalam hidup kita sama ada dia yang akan membantu kita untuk mengubah diri kita atau kita sendiri yang mengubah diri kita ke arah yang lebih baik. Suka saya mengambil ungkapan dari penceramah dan novelis terkenal Ustazah Fatimah Syarha yang mengatakan, “kita ini bukan macam komputer yang ada butang DELETE yang boleh delete kenangan lampau. Tapi, kita boleh berusaha melupakan”. Sebenarnya kisah silam pada masa lalu memberi pengajaran untuk kita. Itulah yang dinamakan kehidupan bergelar manusia.

Biarlah waktu kita kecil, umur pun belum matang, rasailah kebebasan tapi tetap juga perlu pengawasan ibu bapa . Supaya kelak bila kita dah masuk alam remaja dan seterusnya dewasa, tak adalah kita terpengaruh dengan kejutan budaya. Baiklah, sekian dari saya. Inilah yang saya dapat coretkan untuk tatapan para pembaca. In shaa Allah, sesungguhnya apa yang baik itu datangnya dari Allah dan apa yang kurang itu datangnya dari saya. Jika kalian ada idea yang ingin dilontarkan, silakanlah…

~WALLAHUA’LAM~

Jumaat, 6 Mac 2015

 
MANISNYA CINTA~
 
Epilog Cerita : (Mula-mula berkenalan di hadapan Library UM)
ISNIN
Asyraf             : Assalamualaikum.. Hai awak, minta maaf lah. Saya nak berkenalan dengan awak boleh tak...?
 
Zarazia           : Wa’alaikumussalam… Boleh, tapi kena jumpa mak bapak aku dulu. Minta izin mereka. Kalau mak bapak aku bagi, aku on je…
 
Asyraf             : Waaaa… Boleh tahan ek awak ni… Ok, saya jumpa mak bapak awak… Bagi alamat rumah awak…
 
Zarazia           : Ni i/c aku, cepat la salin alamat aku…
 
Asyraf             : Tangan menyalin sambil tersenyum-senyum (dalam hati : ceh malas betul punya minah… Takpe2… Waaa nama NUR ZARAZIA IMANI.. Lembut je nama tapi perangai brutal benar…)
 
SELASA (saat si Asyraf jumpa mak bapak Zarazia)
Asyraf                         : Assalamualaikum pak cik mak cik… Sihat…?
Pak cik & Mak cik     : Wa’alaikumussalam w.b.t … Alhamdulillah kami sihat… Tapi,   anak ni siapa…?
 
Asyraf                        : Saya Muhammad Asyraf… Saya datang nak jumpa pak cik dengan mak cik ni sebab nak minta izin nak berkenalan dengan anak pak cik yang bernama NUR ZARAZIA IMANI…
 
Pak cik                       : Alhamdulillah… Ada lagi pemuda yang gentleman macam kamu ni ye zaman sekarang ni… Sebenarnya, kamu la pemuda yang pertama datang minta izin sebelum nak berkenalan dengan anak pak cik NUR ZARAZIA IMANI tu.
 
Asyraf                        : (Dalam hati : Waaa bangganya aku sebagai seorang lelaki sejati…)
 
Mak cik                      : Sebelum – sebelum ni tak de siape yang berani datang… katanya si NUR ZARAZIA tu garang sangat orang nya… Sebenarnya tak… Si ZARAZIA tu orangnya lembut sangat, sopan, budi bahasa, rajin dan agama nya pun baik…
 
Asyraf                        : Sambil angguk-angguk kepala dan tersenyum mendengar cerita mak bapak Zara (Dalam hati : Ceh… Lembut ke…? Sopan ke…? Budi Bahasa ke…? Takde gaya langsung… Takpe2… Wait and see Zara…)
 
Pak cik                       : Pak cik izinkan anak berkenalan dengan anak pak cik ZARAZIA…
Asyraf                        : Terima kasih pak cik… Terima kasih mak cik…
 
RABU (APABILA DAH DAPAT KEIZINAN)
Asyraf                        : Awak parents awak dah izinkan saya berkenalan dengan awak..
 
Zarazia                      : So what…? Do I care…
Asyraf                        : Tersenyum dalam kebengangan (Dalam hati : Eh2… Sabarlah wahai hati… Sabar…)
 
Zarazia                      : Wei aku nak jumpa mak bapak ko pulak… Ni fon aku, ko salin kan alamat ko… Pastu save message
 
Asyraf                        : Awak nak buat apa jumpa ibu ayah saya…? (Sambil tangan laju menaip alamat rumah dan save message)
 
Zarazia                      : Yang ko sibuk sangat kenapa..? Macam mak nenek.. Banyak tanye.. Esok ko jangan ade dekat rumah dari jam 11 a.m sampai jam 12 p.m, ko merayap la kemane2 pun… Kalau ade gak kat rumah, aku bakar ko hidup2 depan mak bapak ko.. Paham..?
Asyraf                        : Ok2.. Awak, saya nak no. tepon awak..? Mane lah tau kalau rindu2 nanti boleh calling2..
Zarazia                      : Ooiiitt.. Geli aku.. Rindu2 ingat aku ni bini ko ke..? Nak termuntah aku dengar tau.. Ko call je 999 mintak no. tepon aku kat diorang.. Kompem dapat.. Dapat pelempang.. Hahahahaha..
 
Asyraf                        : Senyum je la (Dalam hati : Eieieieieieieieieeieiieieie… Geram nye aku.. Takpe2.. Sabar hati.. Sabar)
 
KHAMIS (APABILA ASYRAF BALIK KE RUMAH SELEPAS JAM 12 pm)  
Ibu                              : MUHAMMAD ASYRAF.. Sampai hati senyap2 ye.. Tak nak kongsi langsung kat ibu ngan ayah ye..
 
Asyraf                        : Apa ibu cakap ni..? Asyraf tak paham la..(Dalam kepala sambil memikir apa sebenarnya yang telah terjadi)
 
Ayah                          : MUHAMMAD ASYRAF… Jangan nak main nyorok-nyorok lah kami dah tahu… Tadi jam 11, GIRLFRIEND kamu datang. Ayah berkenan lah kalau dia jadi menantu ayah.
 
Ibu                              : Ibu pun setuju… Sudah la cantik, sopan pulak orangnya, berbudi Bahasa, pandai masak, pandai ambil hati orang tua… Seronok ibu kalau dapat menantu yang boleh jadi kawan ibu… Kalau kami masuk meminang NUR ZARAZIA IMANI minggu depan macam mana Muhammad Asyraf… Kamu setuju…?
Asyraf                        : Kalau ayah dengan ibu setuju dan suka, terus kan je la niat nak masuk minang NUR ZARAZIA tu… (dalam kebingungan : Sejak bile pulak aku ade GF ni.. GIRLFRIEND yang dicakapkan oleh ayah dan ibu adalah zara a.k.a NUR ZARAZIA.. peerrrrrr.. Gila la aku dah lah tak kenal sape zara tu.. Brutal pulak tu tetiba je ibu ayah nak wat menantu.. Tak pe.. Jalan je.. Ade sesuatu kat NUR ZARAZIA tu sampai ibu dengan ayah pun suka.. Hihihi)
 
JUMAAT (HALAL & HARAM)
Asyraf                        : Awak, minggu depan ibu ayah saya nak masuk meminang awak.. Takpe ke awak..?
 
Zarazia                      : Ko setuju ke mak bapak ko minang aku..?
Asyraf                        : Setuju lah zara hoiiii….
Zarazia                      : Dah ko setuju, wat pe tanye aku lagi.. Ape la.. Cume aku nak kalau kita bertunang aku cuma nak barang hantaran telekung, sejadah dan al – quran yang ko khatam kan je.. Duit hantaran ikut suka ko lah nak bagi berape.. Aku tak kisah.. 10 sen pun aku terima.. Pastu 2 minggu je bertunang dan pastu kawin.. Dah kita tutup kes ni..
 
Asyraf                        : Amboi dasyat benar awak ni.. Awak ni garang la tapi sweettt..(Sambil tangan Asyraf nak pegang tangan zara)
 
Zarazia                      : Oooiiittttttttt setan.. Kuar la ko dari badan Asyraf ni.. Ko tau tak HARAM sentuh orang yang bukan mahram selagi ko tak lafaz “AKU TERIMA NIKAHNYA” selagi tu ko HARAM nak sentuh aku.. Ko ade wudu’ tak..?
Asyraf                        : Takde.. Nak wat pe..?
Zarazia                      : Ko pergi amik sekarang.. Cepat la..
Asyraf                        : Merungut dalam hati sambil kaki melangkah mencari paip untuk berwudu’ (eiei minah ni cuba la cakap sopan sikit ngan aku.. Garang macam singa.. Singa pun tak macam dia..) Uiiissssshhhh
SEKEMBALI MAMAT DARI MENGAMBIL WUDU’
Asyraf                        : Awak, saya dah amik wudu’.. Awak nak saya buat ape..?
Zarazia                      : Diam la.. Banyak bunyi la ko ni.. Nah amik ni AL-QURAN.. Ni HALAL untuk ko pegang 24 jam pun, cium, pelok pun boleh.. Pahala berganda 1000x kalau ko baca.. Ha… Aku nak ko hafaz juzu’ 30..
 
JUMAAT (SEMINGGU SELEPAS BERTUNANG)
Asyraf                        : Awak ape kata kita tukar panggilan.. Saya panggil awak SAYANG dan awak panggil saya ABANG..
 
Zarazia                      : Ooiiiittt.. Geli aku nak panggil ko abang.. ABANG tu hanya SUAMI aku je.. Ko tu bukan suami aku lagi.. Baru tunang nak gempak2.. Bla la wei… Ha daripada ko dok ngarot yang bukan2, ko da hafaz lom juzu’ 30..?
 
Asyraf                        : Emmmmmmm.. Dah2.. Nape..?
Zarazia                      : Ha.. cuba baca kat aku ape yang ko hafaz..
Asyraf                        : (Dengan mulai dengan surah al – fatihah dan seterusnya membaca semua surah juzu’ 30 tu sampai habis..)
Zarazia                      : Alhamdulillah.. Pas ni ko baca pulak makna2 surah dalam juzu’ amma tu.. Minggu depan aku nak dengar ko bercerita depan aku…
Asyraf                        : Daa macam peserta pertandingan hafazan dan bercerita pulak (Cakap dalam nada slow)
Zarazia                      : Ooiitt ko kutuk aku ek..? Takpe2..
Asyraf                        : Mana ada.. Awak memang cantik. Comel plak tu..
Zarazia                      : Dah2.. Jangan nak cakap lagi.. Aku tau dah aku memang cantik comel.. Sebab tu ko soh mak bapak ko minang aku kan..?
Asyraf                        : Tersenyum (Dalam hati : Ceh masuk troli sorong sendiri la weii..)
JUMAAT (2 MINGGU SELEPAS BERTUNANG)
Asyraf                        : Awak2.. Awak tak rasa ke apa yang saya rasa..? Saye rasa macam ada sesuatu yang indah antara kite berdua la.. Setiap kali ingat awak mesti terasa yang awak dekat sangat dalam hati saya..
 
Zarazia                      : Ooiitt yang ko nak berjiwang karat sangat ni nape..? Bengkak telinga aku dengar.. Ko ingat ko berjiwang2 ni aku cair ngan ko.. Jangan harap la weii.. Dah2.. Sekarang ko cerita kan dekat aku kisah2 dalam juzu’ amma tu..
 
Asyraf                        : (Dalam hati : Dia ni memang takde perasaan langsung.. Baru nak jiwang2 dah tak boleh.. Takpe.. Sabar hati.. Sabar..)
 
Zarazia                      : Ooiitt berangan plak.. Aku soh cerite bukan berangan.. Cepat la cite aku nak dengar..
 
Asyraf                        : Sabar la.. Ngah susun ayat ni.. (Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Dia memulakan kisah dari 1 surah ke surah yang lain hingga khatam dalam juzu’ amma tu)
 
Zarazia                      : Alhamdulillah.. Minggu depan kita nikah.. Aku nak sehari sebelum kite nikah ko wat qiamulllaill.. Allah tu Maha Melihat.. Kalau ko tak wat, ko tunggu la mase ko lafaz aku terime nikahnya mesti ko tersangkot2..
 
Asyraf                        : Taknak la la saya.. Malu la tersangkut2.. Ok2.. InsyaAllah saya wat..
 
Zarazia                      : Tau pulak malu.. Ok.. Lagi 1, hari nikah tu aku nak ko senyum je sepanjang majlis.. Tak kisah la waktu tu ko sedih ke kecewa ke.. Yang aku nak tengok, ko senyum je.. Paham..?
Asyraf                        : Faham.. Awak saya teringin nak tengok awak senyum.. Senyum la awak.. Mesti manis kan.. Selalu tengok muka garang awak je.. Senyum la sikit wak..
Zarazia                      : Ade.. Ada aku kisah.. Tak boleh.. Kalau nak tengok sangat aku senyum, tunggu hari kite nikah nanti.. Mesti ko tak boleh tidur lepas tengok senyuman aku yang menggoda sangat ni tau.. Hahahahahahahaha..
Asyraf                        : Emmmmmm.. Yelaaaaa..
 
JUMAAT (HARI PERNIKAHAN)
Asyraf                        : Dengan sekali lafaz.. “AKU TERIMA NIKAHNYA NUR ZARAZIA IMANI BINTI AHMAD AKASHAH DENGAN MAS KAWIN 80 RINGGIT TUNAI..”
Tok Kadi                    : Sah3..
Zarazia                      : Alhamdulillah (Terus dia sujud syukur tanpa menghiraukan orang sekeliling dia)
SAAT MEMBATALKAN AIR SEMBAHYANG
Zarazia                      : Terima kasih ABANG kerana sudi mengambil NURUL IMAN sebagai isteri abang. Bimbinglah AYANG menjadi isteri yang solehah..(Sambil tangan terketar-ketar ketika hendak menyalam dan mencium tangan suci suaminya)
Asyraf                        : Subhanallah.. Terima kasih SAYANG kerana sudi terima ABANG sebagai suami mu.. (sambil mengucup dahi isteri tercinta)

 
MALAM PERTAMA
Asyraf                        : Sayang , abang tak sangka pulak rasanya belum sebulan kita kenal.. Tetiba je dah kawin.. Ajaib betul..
 
Zarazia                      : Tu namanya jodoh.. Kekuasaan Allah bang.. Kita hanya merancang tapi Allah juga yang menentukan segalanya..
Asyraf                        : Sayang boleh abang tanya sesuatu..?
Zarazia                      : Tanya la abang,. (Dengan nada suara yang manja)
Asyraf                        : Nape sayang dulu garang sangat ngan abang..? Tapi bile dengan orang tua abang n orang tua sayang cakap sopan..?
Zarazia                      : Maafkan sayang abang.. Ayang bukan sengaja nak berkasar dengan abang.. Ayang wat semua tu sebab nak uji sama ada abang sabar tak dengan karenah ayang.. Ayang nak abang terima ayang dengan seadanya.. Sebab sayang taknak kita hilang kemanisan cinta selepas berkahwin gara2 abang dah sentuh ayang sebelum kahwin.. Ni sekarang kita dah kahwin.. Ayang milik abang.. Abang boleh sentuh ayang tanpa kena sound ngan ayang lagi.. Hihihi.. Abang pulak nape abang kawin dengan ayang..?
Asyraf                        : Subhanallah… Terima kasih sayang ku kerana menjaga batasan kita selama ini.. Abang pilih sayang kerana Allah.. Lepas abang wat qiamullail yang sayang suruh wat sehari sebelum nikah baru la abang dapat jawapan bagi perasaan yang tersembunyi antara kita berdua iaitu perasaan cinta.. I LOVE U SAYANG.. Waktu tu juga abang baru sedar ape hikmah nye kenape sayang suruh abang menghafal juzu’ amma dan membaca terjemahan nya.. Semuanya indah sayang.. Terima kasih sayang.. Sekarang pun abang sedang berusaha menghafal juzu’2 yang lain…
Zarazia                      : Alhamdulillah Ya Allah kau kurniakan aku suami yang soleh (sambil tangannya menadah doa) Abang, nape abang bagi ayang banyak sangat duit hantaran RM 20 ribu dengan kereta ALPHARD ROMEO sebijik..? Kan ayang dah cakap kalau abang bagi 10 sen pun ayang terima..
Asyraf                        : Sayang.. Anggap la tu hadiah daripada abang.. Berapa sangat la nilai nya jika nak dibandingkan dengan nilai seorang isteri solehah macam ayang.. I LOVE U SAYANG UNTIL JANNAH..
Zarazia                      : I LOVE U TOOO ABANG.. UNTILLLL JANNATUL FIRDAUS.. AAMINNNNN J           


Alhamdulillah, selamat sudah bernikah…. Haaa kawan-kawan nak tahu… itulah betapa manisnya cinta selepas nikah. Kerana selepas sah halal bergelar suami & isteri, semuanya halal untuk disentuh.




Yang tidak molek eloklah dijadikan sempadan, mudah2an kita tidak mengulanginya lagi. Manakala yang baik haruslah dijadikan teladan, mudah2an kehidupan kita sentiasa diberkati Allah. In Shaa Allah~
Wallahua’lam~