Sebarkan Bahagia

Sebarkan Bahagia

Watching My Video Clip

Rabu, 17 Julai 2013

TRAGEDI YANG MEMILUKAN PADA RAMADHAN YG TERAKHIR

Ada seorang insan ini, pada mulanya dia berasa amat gembira. Tiada siapa yang tahu apa makna di sebalik kegembiraan yang dikecapinya. Sehinggalah pada ramadhan yang terakhir tahun 2011, tepat pada pukul 10.15 pagi, dia menerima perkhabaran berita yang amat menyedihkan & menyayat hati. Dia menangis sebaik sahaja menerima berita itu. Hatinya yang tadi gembira bertukar duka nestapa. Apalah nasib diri dia. Kegagalan sering sahaja menimpa dia. Insan ini terfikir, sampai bilakah perkataan ‘GAGAL’ akan terus menguasai seluruh fikiran dia. Harapan yang dibawa bersama hancur lebur begitu sahaja. Satu hari insan ini menangis. Tiada henti. Umpama hujan turun mencurah-curah. Sampai saat & ketikanya, insan ini baru perasan, bawah matanya kian membengkak & sembap.
Rakan-rakannya sentiasa memberikan dia kata-kata semangat & sokongan tanpa henti. Mungkin kegagalan itulah yang akan memberi kita kejayaan yang berlipat kali ganda. Tapi, jikalau kita rajin berusaha. Insya Allah... namun, insan ini tidak mengenal erti penat mahupun putus asa. Insan ini tetap mahu mencuba sekali lagi meskipun dia tahu bahawa risiko yang lebih tinggi bakal dihadapinya jika dia berkeras. Tapi, itulah prinsip dia. Dia sudah tekad. Sampai bila dia mahu duduk berdiam diri tanpa melakukan apa-apa tindakan. Dia juga mahu berjaya seperti teman-temannya yang lain.
Pada awalnya, insan ini tahu bhwa di sini bkn lah tmpat dia menimba ilmu. Namun, apalah daya dia utk melawan kata-kata kedua org tuanya. Dengan hati yg benar-benar terasa berat, dia menerima juga ketentuan Takdir. Mungkin sudah tertulis di Luh Mahfuz. Allah Maha Mengetahui segala-galanya. Mahu atau tidak, dia mesti meneruskan pengajian di tempat itu. Jikalau diikutkan hati , dia mahu meneruskan pengajiannya di Selangor. Salah sebuah kolej yang dikelolakan sepenuhnya oleh kerajaan. Tempat yang jauh di tengah-tengah kesibukan kota metropolitan. Tempat yang jauh dari kampung halamannya. Dia rela tinggal berjauhan dgn keluarga tercinta semata-mata mahu mencapai cita-citanya meskipun itu bukan bidang yang didambakannya selama ini. Insan ini terlalu minat pada bidang perubatan. Minatnya yang mendalam menyebabkan dia sering menyimpan artikal, majalah yang saling berkaitan dgn dunia perubatan.
Hari demi hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun, insan ini sudah mula merasakan kepenatan dan kebosanan dgn percaturan dunia yang sgt aneh. Hampir sahaja dia tunduk mengalah. Namun, dgn berkat kesabaran, keikhlasan dalam menimba ilmu pengetahuan, dengan mengekalkan sikap menghormati sesama manusia, akhirnya, dia menemui jalan penyelesaian. Rupa-rupanya, Allah yang merencanakan semua ini. Allah mahu melihat sejauh mana kesabaran insan itu. Alhamdulillah, dia benar-benar telah melepasi masa-masa kritikalnya. Dia telah pun menemui kunci kepada kejayaan yang bakal dinobatkan dalam diri dia. Kunci itu adalah “HABLUM MINALLAH, HABLUM MINAN NAS” => sentiasa menjaga hubugan kita dengan Allah & mnjaga hubugan kita dengan sesama manusia. Kunci yg kedua ialah berusaha tanpa mengenal erti putus asa, kunci yg ketiga ialah belajar drpd kesilapan & kunci yang terakhir ialah berdoa kpd Allah agar segala usaha yg tlh kita lakukan mudah-mudahan diberkati oleh Allah S.W.T.
~TAWAKKAL HU ALALLAH~

Created by :> Anna Althafunnisa Hayatie 

1 ulasan:

  1. :).. good to me and i think i know who is that person... May Allah bless you and all muslim always and take care our relation with Allah... Amin Ya Robbal Alamin

    BalasPadam