Sebarkan Bahagia

Sebarkan Bahagia

Watching My Video Clip

Selasa, 16 Julai 2013

PANTUN TAUBAT

dua tiga kucing berlari,
manakan sama si kucing belang,
rumah kata pergi, kubur kata mari,
kalau tak taubat juga memang sah bangang.

sorong papan tarik papan,
buah keranji dalam perahu,
takkan nak tunggu bergaya dengan kain kapan,
masa tu apa jadi pun takde orang tahu.

kalau roboh Kota Melaka,
papan di Jawa hangpa dirikan,
bukan nak kutuk tapi memang kenyataan,
hidup semata-mata nak cari makan.

pulau pandan jauh ke tengah,
gunung daik bercabang tiga,
masa hidup bolehlah hendak bermegah,
masuk liang lahad dimakan ulat jua.

tinggi-tinggi si matahari,
anak kerbau mati tertambat,
sampai ajal tiada siapa boleh lari,
dah nak gol nak bertaubat dah terlambat.

nukilan oleh :

ANNA ALTHAFUNNISA HAYATIE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan