Sebarkan Bahagia

Sebarkan Bahagia

Watching My Video Clip

Ahad, 21 Julai 2013

MENGAPA KiTA SUKAR MELAKUKAN AMAL KEBAiKAN, SEDANGKAN ITU YANG DiTUNTUT DALAM AJARAN AGAMA SUCi ISLAM


Kadangkala, aku sering tertanya – tanya mengapa insan seperti kita sukar sekali mahu melakukan amal kebaikan. Walhal kita ini dicipta oleh Allah dengan sebaik – baik kejadian. Dikurniakan dengan akal fikiran yang sempurna & tubuh badan yang sihat. Tetapi , apa yang dilarang oleh Allah, itulah yang kita cuba dekati & lakukan. Di mana terletaknya kesedaran & keinsafan sebagai seorang manusia yang mempunyai hati nurani? sebelum tidur pada waktu malam, aku sering bermuhasabah diri. Menyingkap asal – usulku. Adakalanya , aku merasakan penyesalan yang teramat sgt dengan apa yg aku dah lakukan. Aku rasa aku ini terlalu berdosa. Secara tidak sedar, aku telah menzalimi diri sndiri , menzalimi insan – insan yang amat aku sayangi, aku zalim terhadap Allah. Terkadang aku terfikir, manusia jenis apakah aku ini...? terlalu bnyk perkara yang aku buat adalah berdasarkan hawa nafsu, bukan melalui pemikiran yang waras. Aku mahu berubah. Merubah diriku ke arah kebaikan. Ke arah jalan yang senantiasa diredhai Allah. Niatku mahu menjadikan diriku wanita yang solehah, anak yang taat kpd kedua ibu bapa selagi mereka masih ada di dunia ini, menghadiahkan seutus doa nan suci untuk arwah mak yang kucintai sehingga terhentinya nafasku... INSYAALLAH, aku akan cuba melakukan kebaikan sebagaimana yang dituntut dalam ajaran agama kita yang suci iaitu ISLAM.
JSALAM NAN KUDUSJ
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan