Aku manusia yang lemah lagi tak
berdaya
Saban hari menahan kesakitan
yang amat sangat
Jerih perih derita yang
kutanggung berakhir
Dengan sebuah tangisan
Aku redha dengan ketentuanMu Ya
Ilahi
Nyawaku ibarat “telur di hujung
tanduk”
Tiada siapa yang berani
membantah kecuali aku
Sekeras-kerasnya aku melawan
Aku tak mahu tubuhku dioperasi
Semata – mata ingin
menyelamatkan nyawa
Insan hina seperti aku
Apalah dayaku untuk menahan
kesakitan
Akhirnya aku akur jua arahan doktor
Tiba masa tubuhku dioperasi
Hampir lima jam lamanya aku
berada di dewan bedah
Tak sabar rasanya aku ingin
melihat dunia
Meskipun cuma seketika, tak
mengapa
Tekadku sudah bulat, mahu
membalas jasa
Ibu bapaku & arwah emak
Satu tragedi telah menghambat
segenap
Ruang tekadku
Jantungku tiba – tiba terhenti
selama
Sepuluh minit
Para doktor pakar di situ
sedaya upaya
Menyelamatkan aku
Alhamdulillah akhirnya
jantungku berdegup semula
Rohku melihat jasadku yang
terbaring kaku
Di atas katil hospital
Sempat aku membayangkan
alangkah bagusnya
Kalau Malaikat Izrail datang
mencabut nyawaku
Sungguh aku dah tak terdaya
Aku ni manusia yang hina
Sudah terlalu puas aku menangis
Aku gagahkan jua diriku melawan
Arus kehinaan
Sebagai seorang wanita yang
berhati hawa
Aku punya maruah diri
Aku akan menjaga ia dengan
sebaik – baiknya
Allahuakbar Allah Maha Besar
Kini aku berazam tak kan
menghampakan
Ibu bapaku & arwah emak
Aku tak boleh lemah
Aku akan melawan sesiapa sahaja
Yang menghalang cita – citaku
Termasuklah manusia durjana
Aku mahu menjadi lambang
Wanita solehah pada abad ke 21
ini
Tangan yang disangka lembut
Boleh menghayun buaian
Menggoncang dunia
Bakal Mencipta sejarah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan