Sebarkan Bahagia

Sebarkan Bahagia

Watching My Video Clip

Rabu, 24 Disember 2014

Sebuah Penghayatan

Kdg2 kita b'doa utk kuat tp byk pula dugaan dtg,
Kdg2 kita minta cerdik tp masalah tak faham,
Kdg2 kita minta kebahagiaan tp huru hara pula menjelang.
Dugaan m'jdkn mental kita kuat,
Masalah m'jdkn kita b'fikir,
Huru hara m'jdkn kita tabah.
Semua ada HIKMAH...

Kalaulah manusia tahu hadis ini...
Telah b'kata Jibrail :
"Wahai Tuhan... Engkau sampaikanlah hajat hambaMU,
mka Allah m'jwb :
" Biarkan hamba itu kerana aku mencintai suaranya..."
~ Anas b. Malik ~


Ahad, 21 Disember 2014

Kakak, Akhirnya Kau Pergi Jua…

S
udah 2 tahun peristiwa itu berlalu. Namun, ia seolah-olah kelihatan masih segar dalam ingatanku. Dahulu, ada orang yang rajin menyakatku. Tapi, kini tiada lagi. Kakak !!! Kenapa kakak pergi dulu…??? Kenapa kakak tak tunggu adik…??? Soalan yang ku tahu tak akan ada jawapan. Rabb !!! Aku merindui kakakku…

           2 tahun yang lalu, kakak Aizara telah disahkan menghidapi penyakit jantung koroner yang serius. Kakak hanya akan pulih jika ada penderma yang sudi mendermakan jantungnya untuk kakak. Tapi, kakak enggan menerima sebarang rawatan di hospital. Kakak hanya memakan ubat-ubatan sahaja. Kakak tahu itu semua tak kan bertahan lama. Tapi, itulah kakak… seorang yang keras kepala. Namun, dia kakak yang sangat penyayang.

             Sesekali ku lihat wajah kakak pucat. Tapi, kakak sentiasa menunjukkan reaksinya yang bersahaja. Seseolah dia bahagia tiada penyakit walhal aku tahu betapa deritanya kakak menanggung kesakitan. Aku mahu menyerahkan jantungku pada kakak, tapi, entah dari mana kakak tahu akhirnya dia memberi amaran padaku. “Kamu jangan nak mengada-ngada nak buat macam tu. Kakak tak mahu kamu korbankan masa depan kamu demi kakak. Sayangilah diri sendiri dik…” itulah kata-kata kakak yang membuat hatiku hiba sekali.

             Aku mahu kakak yang dahulu. Kakak yang sihat, selalu tersenyum ceria. Tapi, kuasa Allah tiada siapa tahu. Penyakit kakak semakin serius. Sebulan sebelum kakak menghembuskan nafasnya yang terakhir, kakak telah dikejarkan ke hospital. Aku temui kakak pengsan tidak sedarkan diri di dalam bilik mandi. Lama kakak berada dalam wad kecemasan. Para doktor pakar turut berada di situ menyelamatkan kakak.

           Seminggu kemudian, kakak disahkan koma. Kakak hanya bergantung hidup pada alat bantuan pernafasan dan jantung kakak hanya bekerja 1% dan 99% lagi bergantung pada mesin ECG. Runtun hatiku pabila melihat jasad kakak terbujur lemah di atas katil hospital. Waktu itu, hanya doa yang kuutuskan untukmu kakak…

          Hari berganti hari aku tunggu kakak sedar dari koma yang panjang. Tapi, kakak tidak juga sedarkan diri. Duhai kakak, bangunlah… Tubuh kakak tidak menunjukkan sebarang tindak balas. Cuma ku perhatikan ritma denyutan jantung kakak pada mesin ECG kadangkala laju dan kadangkala sangat perlahan. Sayu hatiku melihat keadaan kakak begini. Doktor yang merawat kakak ada berkata bahawa harapan kakak untuk sembuh semula sudah tiada. Tubuh kakak lemah sekali.

            Akhirnya, pada tanggal 18 Julai, kakak pergi menghadap Ilahi terlebih dahulu. Sepi hidupku tanpa kakak di sisi. Kakak yang selalu memberi dorongan dan semangat padaku terutamanya dalam pelajaran sehinggalah aku berjaya menggenggam segulung ijazah. Kini, tanggungjawab kakak di dunia sudah tamat. Akulah penyambungnya pula. Duhai kakak !!!!!!!!!!!!!!!!!!! Adik amat menyayangi kakak !!!!!!!!




Selasa, 18 November 2014


RENUNGANKU TIKA DINIHARI

Adakala ku berfikir adakah aku sempat mencapai cita-cita yg diimpikan, adakah aku sempat merasai nikmat alam perkahwinan, adakah aku sempat membalas jasa ayahanda & bonda, adakah aku sempat berjuang menjadi mujahidah yang menegakkan agama Allah, adakah aku sempat untuk menambah amal ibadah kepada Allah…..Ya Rabb !!! Wallahua’lam…. Mudah-mudahan sempat. Melihat dunia sekarang, aku sangat takut. Bencana berleluasa berlaku di sana sini. Aku percaya pada rukun iman ini, bahawa hari kiamat pasti akan berlaku. Tapi, tiada siapa yang tahu bila ia berlaku. Ia rahsia Allah. Tidak dapat ku bayangkan bagaimana agaknya rupa hari kiamat nanti… Dalam Al-Quran sudah pun menyatakan bahawa hari kiamat merupakan hari yang sungguh dahsyat. Allahurabbi !!!! Lalu, bagaimana dengan amalan kita hari ini… Masih belum cukup lagi…. L


Rabu, 5 November 2014


Hebat sungguh percaturan duniawi ini kan… Jika hari ini Allah Tarik nikmat rasa cinta kita 
terhadap manusia. Itu bukan bermakna Allah tak sayang kita. Sebab Allah sayang kita lah, DIA nak kita cintakan DIA dahulu melebihi segala apa yang ada di dunia ini. Semua yang ada kat dunia ni hanyalah bersifat sementara sahaja. Tiada apa yang kekal. Cinta pada Allah cinta yang kekal abadi. Namun, cinta kepada manusia adalah cinta yang bersifat sementara. Itu fitrah. Kita semua tahu tentang itu. Tapi, siapalah kita ini… Kita cumalah manusia biasa yang tiada kuasa apa-apa. Allah gerakkan hati kita untuk merasai nikmat cinta. Lalu, bila dah jatuh cinta, bagaimana kita nak uruskan cinta fitrah tersebut ??? Dan bagaimana pula kita nak uruskan nafsu dalam diri kita ??? 

Sabtu, 25 Oktober 2014



TANGISAN BUMI ARAB SYIRIA

Aku menangisi atas bumi Syam yang telah mati
Mata-mata orang yang dizalimi yang turun berjuang,
Dan aku merana di datarannya,
Di antara masjid dan rumah,
Wahai Allah, peliharakanlah penduduknya
Dan peliharakanlah pintu keluar dan masuk,
Dan jagalah Negara orang Islam,
Daripada musuh dari kanan dan kiri,
Mereka lemah siapalah mereka tanpa pertolonganMu
Ya Allah, dalam menghadapi segala musibah,
Mereka tetap berpegang teguh dengan agama mereka,
Dan darah mereka terpalit wangiannya di batu besar,
Mereka mengangat tapak tangan lalu mereka memohon kepada Allah,
Tatkala senang mahupun susah
Wahai Allah peliharalah hati dan jiwa mereka dari setiap
Yang datang memerangi
Mereka berdiri dengan memakai pakaian perang dengan rasa penuh bangga,
Tanpa membawa selaras senapang mahupun bom,
Anak-anak mereka lena tidur (mati syahid),
Dan maraklah pula api kebangkitan yang diharapkan,
Tiada makna hidup bagi orang yang memerangi mereka
dan hari-harinya sentiasa membilang,
dan mereka berpagi dalam keadaan gelisah kerana mendengar tangisan,
orang yang kematian anak dan suami,
demi Allah tempat mengadu,
Allah kepunyaan yang akhir dan awal,
Dan Allah Tuhan yang mengatasi segala penceroboh,
Tuhan yang mengatasi segala puncak dan banjaran gunung,
Dan hari-hari esok untuk ummatku,
Mahligai yang disinari lampu-lampu,
Dan esok, jika para pejuang menaiki takhta itu,
Pasti akan lenyaplah segala kebatilan.


Dikarang & diolah :> Ismi Nor

Isnin, 20 Oktober 2014



NAHNU NAHKUM BIZZAWAHIR

Bagaimana yang dikatakan dengan manusia yang bersifat ‘Nahnu Nahkum Bizzawahir’ ?
Baik, saya bagi analogi. Ada 3 org sahabat. Si A ni Nampak pendiam aja. Suka buat hal sendiri. Si B ni pula kata kat C, ish cuba kau tengok A tu diam aja. Entah2 , ada udang di sebalik batu.
Itulah yang dikatakan, manusia hanya mampu menghukum seseorang itu dari sifat luaran sahaja. Itulah kenapa ada perkataan ‘khusnudzon’ yang merupakan perkataan Bahasa Arab. Bermaksud bersangka baiklah tidak kira pada siapa pun. Bahkan pada Allah juga kita kena bersangka baik.


Wallahua’lam ~



Mudah – mudahan ini satu pengongsian yg baik dari seorang sahabat saya dan mudah – mudahan jadi iktibar kepada kita semua. Satu persoalan yang sering menjadi tanda tanya, kenapa kita susah jadi baik & lakukan amar makruf  ?
Sebab dalam diri kita ni ada ‘nafsu’. Nafsulah yang menjadi Raja dalam diri manusia. Tapi, kita boleh berusaha kawal nafsu itu. Memanglah susah. Siapa kata ia mudah…
Justeru itu, apa yg dapat sy simpulkan, bila kita ada niat nak buat baik, tapi kita tak amalkannya. Malaikat Raqib akan mencatat 1 kebaikan. Bila ada niat baik kemudian kita amalkannya, akan dicatat 10 hingga 700 kebaikan. Itu tandanya betapa Allah kasihkan & sayangkan kita umat nabi Muhammad S.A.W . In Shaa Allah… Janji Allah itu Pasti !!!

Wallahua’lam ~




Saya mulakan dengan cerita pertama saya dengan tajuk “Apa beza antara lelaki dan Wanita” ???
Haa saya bagi satu analogi ye, pernah tak kalian terfikir atau tertanya-tanya kenapa program realiti seperti ustazah pilihan & soleha di televisyen dibuat hanya sekali sahaja ?
Sebab, wanita ni kalau berkata-kata, mereka lebih banyak menggunakan emosi. Saya sendiri pun sama. Berbanding lelaki, mereka lebih banyak menggunakan akal apabila mengeluarkan kata-kata. Mereka ada 9 akal dan 1 nafsu. Mereka menggunakan kesemua akal yang mereka ada utk berbicara. Wanita pula ada 1 akal sahaja dan yg selebihnya mereka bermain dengan emosi. Itulah perbezaan antara lelaki & wanita.
Ok, saya masukkan sedikit bab munakahat. Kenapa suami lebih berhak memegang kuasa talak ? Kenapa bukan wanita ? Sebabnya suami adalah lelaki, mereka kalau nak jatuhkan talak, mereka akan gunakan akal. Talak ni bukan perkara main-main.
Kepada wanita, bukan kita tiada hak utk bersuara, melontarkan pendapat mereka, suara hati mereka. Tiada halangan juga jika wanita nak kembangkan bakat yang kita ada. Kita wanita ada 1 akal dan uruskanlah dengan sebaiknya. Emosi itu kadangkala perangkap daripada Syaitan utk merosakkan kaum Hawa.

Wallahua’lam ~

Hasil buah fikiran => Ismi, Nur


Jumaat, 10 Oktober 2014

Keutamaan Puasa Arafah

1. Dapat menghapuskan dosa selama dua tahun yakni satu tahun sebelumnya dan satu tahun ke depan. Sebagaimana yang disebutkan dalam hadith berikut: 

سُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ فَقَالَ يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ

Rasulullah SAW pernah ditanya tentang puasa hari Arafah, beliau menjawab, “Puasa itu menghapus dosa satu tahun yang lalu dan satu tahun berikutnya.” (HR. Muslim)


2. Pembebasan dari api neraka. Sebahagian ulama menjelaskan bahawa pembebasan dari neraka pada hari Arafah diberikan Allah bukan hanya kepada jemaah haji yang sedang wukuf, melainkan juga untuk kaum muslimin yang tidak sedang menjalankan haji. Terlimpahkannya keampunan Allah terhadap dosa selama dua tahun melalui puasa Arafah sangat terkait dengan keutamaan kedua ini.

مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ثُمَّ يُبَاهِى بِهِمُ الْمَلاَئِكَةَ فَيَقُولُ مَا أَرَادَ هَؤُلاَءِ

“Di antara hari yang Allah banyak membebaskan seseorang dari neraka adalah hari Arofah. Dia akan mendekati mereka lalu akan menampakkan keutamaan mereka pada para malaikat. Kemudian Allah berfirman: Apa yang diinginkan oleh mereka?” (HR. Muslim)

3. Mustajab berdoa di Puasa Arafah. Secara umum doa orang yang berpuasa akan dikabulkan oleh Allah. Ditambah lagi dengan keutamaan waktu hari Arafah yang merupakan sebaik-baik doa pada waktu itu, maka semakin kuatlah keutamaan terkabulnya doa orang yang berpuasa Arafah pada hari itu.

Fikrah Kehidupan




Cinta kepada kehidupan kita akan lupa kematian.
Cinta kepada dunia kita akan lupa kepada akhirat.
Cinta kepada harta kita lupa kepada hari penghisaban Allah SWT.
Cinta kepada mahligai dan Istana kita akan lupa kepada kubur.
Cinta kepada manusia kita akan lupa kepada Yang Maha Pencipta.

Di kala usiaku sebegini, terlalu banyak yg ku pelajari daripada kehidupan yang telah kulalui sehingga ke hari ini… Setiap apa yg berlaku ke atas kehidupan kita, semuanya ada hikmah sama ada yg tersurat mahupun yg tersirat. Dan cepat atau lambat shja kesedaran itu muncul. Allah sayang akan kita. DIA tak nak kita tersilap langkah, tersesat jalan… Mudah-mudahan kita terus istiqamah… Bukan mudah untuk menjadi insan yang baik dan berbuat baik. Tapi, kita boleh berusaha. Yakin & percaya akan kekuasaan Allah. In Shaa Allah… 


Rabu, 8 Oktober 2014


"Jangan engkau kahwini wanita yang enam; yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah." - Imam Al-Ghazali



Wanita Ananah:
Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit.



Wanita Mananah:

Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti; "Aku membuat itu keranamu"



Wanita Hananah:
Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang  dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.



Wanita Hadaqah:

Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu  menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya  untuk membelinya.



Wanita Baraqah:
1) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.
2) Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.



Wanita Syadaqah:
Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha (sia-sia) dan lagi membisingkan.







Siapa sebenarnya Briged Izuddin Al-Qassam?

Pasukan bersenjata HAMAS yang begitu digeruni oleh Israel ini telah diberikan nama sebagai Briged al – Qassam bersempena dengan nama Sheikh Izzuddin al-Qassam, seorang tokoh pejuang yang berasal dari Syria yang telah terkorban syahid di Ya’bad, Palestin bagi mempertahankan bumi ini daripada penjajahan Inggeris pada tahun 1935.
Objektif utama penubuhan al – Qassam adalah untuk menaikkan semangat jihad di kalangan orang-orang Palestin, orang-orang Arab dan juga umat Islam sejagat. Briged ini bertanggung-jawab untuk mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan dan kezaliman Zionis dan seterusnya membebaskan Palestin dan keseluruhan tanahnya yang telah dirampas oleh penjajah Zionis Israel.

Pada peringkat awalnya mereka enggan memberikan maklumat lanjut mengenai kekuatan sebenar briged ini tetapi akhirnya menjelaskan bahawa mereka mempunyai ahli battalion yang terlatih seramai kira0kira 25,000 orang di kalangan pemuda-pemuda yang berumur antara 18-30 tahun. Sejak intifadah al Aqsa yang berlaku pada tahun 2000, seramai kira-kira 800 ahli briged ini telah syahid bagi mempertahankan Palestin. Briged al – Qassam amat mementingkan latihan dan kualiti ahli Briged yang menjadi tulang belakang perjuangan pembebasan Palestin.

Di antara syarat utama yang dikenakan sebelum mereka dipilih ialah :

1-Gigih berpegang dengan ajaran Islam
2-Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah saw
3-Menjaga solat 5 waktu secara berjamaah
4-Mengimani perjuangan pembebasan al Aqsa dan Palestin
5-Berdisiplin dan mentaati kepimpinan
6-Mencintai dan bersedia untuk syahid

Briged al – Qassam ini juga sangat terkenal dengan roket artileri al-Qassam yang merupakan roket buatan sendiri. Roket ini sering membawa kemusnahan musuh di tanah suci Palestin yang dijajah serta memberikan kesan trauma mental kepada masyarakat penjajah Israel. Ketika berpeluang untuk mengajukan soalan kepada beberapa anak muda Palestin di Gaza samada mereka adalah daripada al Qassam atau tidak, kebanyakan mereka hanya tersenyum kerana mereka biasanya mengistiharkan diri mereka sebagai al Qassam secara terbuka.



Ahad, 28 September 2014

BEKAL SEORANG DAIE

Apa resipi kalau nak jadi seorang daie ni ??? Haaa tajuk yg akan sy kupaskan mcm kupas kulit bawang… huhu… Selalu kita dengar resipi nak masak lauk je kan.. Haaa kali ni resipi lain plak…

Bahan-bahannya :
1)     Ilmu
2)   Ibadah
3)    Akhlak
4)   Amal

Cara-cara membuatnya :

1)     Cari ilmu tentang apa yang nak disampaikan. Campur, gaul dan luaskan ilmu pengetahuan itu agar hujah kita nanti lebih mantap dan terkesan.

2)   Ambil ibadah sebagai perisai. Maksudnya, polish ibadah yang bakal menjadi perisai kita dalam kehidupan agar kita sentiasa berada di dalam perlindungan dan petunjuk Allah.


3)    Tambahkan sedikit perisa akhlak. Akhlak seorang daie perlulah lebih baik dari orang-orang biasa.

4)   Akhir sekali, tambahkan amal secukupnya agar masakan kita menjadi lebih lazat dan beraroma. Haaa… maksud nya kat sini ialah iman di dalam hati tak mungkin akan duduk diam, ia akan terpancar sebagai amalan yang baik.

5)   Persiapkan diri kita dengan bekalan tersebut dan hidangkan kepada umat manusia.


In shaa Allah, berkesan J

Selasa, 16 September 2014

NUR ~

Aku tidak menyangka dia sudah mula menyukai diriku sejak awal dia berada di sini... Aku x perasan akan hal itu... Aku tidak tahu siapa dia Aku tidak kenal dia... Kuasa Allah, aku dan dia berkenalan bermula dgn satu urusan pnting... In shaa Allah, akan ku jaga perasaan ini... Tidak mahu ku nodai lagi... Ada sebab kenapa Allah pertemukan aku dgn 'dia'... Sama ada dia yg bkal mengubah diriku atau aku sendiri yg mmbawa diriku ke arah penghijrahan yg positif. Sedikit sebanyak dia menyedarkan aku tentang banyak hal... Terima kasih !!!

Apabila manusia mula berubah menjadi hamba yang baik,
dia tidak akan dapat terus jadi baik.
Dia harus melalui proses yang panjang,
sedikit demi sedikit,
Perubahan akan berlaku
Istiqamah pula akan menyusul…”

Firman Allah :>
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."


Bagaimana ???

Bagaimana caranya menjelaskan tentang rindu pada seseorang Yang entah siapa dan entah di mana saat ini Untukmu, yang jauh di sana. Terkadang mata ini begitu iri pada hati, Kerana kamu ada di hatiku namun tidak nampak di mataku Aku tidak memiliki alasan yang pasti, Kenapa sampai saat ini aku masih ingin menunggumu, Meskipun engkau tidak pernah meminta untuk ditunggu dan diharapkan. Hati ini meyakini dan merasa bahawa engkau ada, Meski entah di belahan bumi mana Yang aku tahu, kelak aku akan menyempurnakan hidupku denganmu di sini, di sisiku. Maka di saat hatiku telah mengenal fitrahnya, Aku akan berusaha mencintaimu dengan cara yang dicintaiNya Sekalipun kita belum pernah bertemu atau pun barangkali kita sudah bertemu, Tapi mungkin saat ini kita tengah melihat langit yang sama. Sambil tersenyum menatap rembulan yang sama. Di sanalah, tatapanmu dan tatapanku bertemu.

Selasa, 9 September 2014

PESONA & MARTABAT SEORANG WANITA

Wanita, betapa tingginya martabatmu,
Allah angkat martabatmu setinggi & senilai
Siti Khadijah isteri Nabi Muhammad, Siti Aisyah,
Siti Asiah, Fatimah Az-Zahra, Sumaiyah,
Rabiatul Adawiyah, Asma’, Masyitah….
Mereka itulah pejuang-pejuang Mujahidah
Srikandi islamiah
Persoalannya, kenapa ramai yang memilih
Jalan yang kelam… Kenapa ???
Kerana tarikan budaya Baratkah ?
Atau kerana ikutan nafsu semata-mata
Yang merantai jiwa.
Wanita yang dikasihi, dekatkan dirimu.
Meskipun telingamu jauh…
Allah ciptakan wanita ini dengan sebaik-baik
Perhiasan di dunia.
Apa itu perhiasan dunia ?
Wanita yang solehah itulah yang menjadi perhiasan di dunia.
Wanita ini sangat mulia.
Semulianya Ainul Mardhiah,
Salah seorang bidadari Syurga.
Wanita Muslimin dan muslimat,
Kita ada harga diri,
Kita mawar berduri (syauqah),
Kepada kaum Adam yang nak dapatkan kaum Hawa ni,
Haaa… Awas, jangan mengurat !
Kalau nak, dapatkan secara terhormat…
Jumpa wali kita,
Kita wanita ada WALI… J

~Wallahua’lam bissawab~


Hasil pena => Ismi Nik Hayati

Ahad, 17 Ogos 2014

SIMFONI REMAJA

ALAM remaja merupakan alam yang sangat mencabar
Sehingga ada disebut dalam satu senarai orang
Kenamaan akhirat adalah remaja yang terselamat
Dan menyelamatkan diri daripada zina.
Maksud hadith : “Lelaki yang apabila diajak
Perempuan cantik untuk berzina lalu berkata,
Inni Akhafullah : “Sesungguhnya aku takut kepada Allah.”
Sebagai satu agama yang amat hebat, Islam Ad-din
Menampilkan cara pengawalan yang sangat
Berkesan dalam mengatasi penyakit seksual iaitu
Sebagaimana dalam Firman Allah dalam Surah al-Isra’, ayat 32 :
“Janganlah kamu menghampiri zina”.
Kalau hampiri sudah dilarang dan ditegah, apatah
Lagi melakukannya. Menghampiri itu bermakna apa sahaja
perbuatan yang menjadi asbab, pendorong, keinginan
& sebagainya, adalah HARAM.

Hasil tinta :> Ismi, Nik Anna Hayati


Jumaat, 8 Ogos 2014

Sabrun Jamil (Sabar Itu Indah)

Apabila musibah menimpa, perasaan kita jadi tergugat. Fikiran terganggu dan jiwa bercelaru. Diri seolah-olah diselubungi kegelapan. Namun, apabila sabar bertandang, perasaan, fikiran dan jiwa akan stabil semula. Diri yang tadinya gelap akan dilimpahi cahaya. Benarlah seperti yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W  yang bermaksud : “Sabar itu umpama sinar matahari.” (Muttafaq ‘alaih)

Memupuk sifat sabar bukanlah sesuatu yang mudah. Perlukan usaha dan tawakal. Allah Maha Penyayang….

~WANITA~


RAHIM HANYA ADA SATU..TIADA GANTI LAGI..JAGALAH IA SEBAIKNYA......

Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita.
Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita.

Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu enteng? Terlalu sedikit?

Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?

"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid."
Sungguh tinggi darjat wanita. Subhanallah !!!

Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya?
Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?

Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.

Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.

Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?

Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang?

Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.

Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara mudah. Bukan sesuatu yang mudah melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.

Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim.


P/S : AL-FATIHAH untuk ibu kita, walau dimana ibu berada

Selasa, 22 Julai 2014



Pergi Tak Kembali ~

(intro)
Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
dunia yang fana' akan ditinggalkan
hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada
Lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
sejahtera bahgia pulang ke sana

Sekujur badan berselimut putih
rebah bersemadi sendiri
mengharap kasih anak & isteri
apa mungkin pahala dikirim (amalan di dunia)

terbaring sempit seluas pusara
soal bicara terus bermula
sesal & insaf tak berguna lagi
hancurlah jasad dimamah Bumi (di alam Barzakh sana)

Berpisah kita selamanya
yang tinggal hanyalah kenangan
diiring doa & air mata
yang pergi tak kembali lagi

Amalan dan taqwa jadi bekalan
sejahtera bahgia pulang ke sana


Ahad, 20 Julai 2014



IKHLAS~

Secerah kehidupan ini,
Anugerah yang berarti,
Sejak hidupku jadi mimpi,
Nestapa menyulam di hati,
Ikhlas sungguh hatiku ikhlas,
Kumelangkah di jalanMu,
Ikhlas sungguh aku pun pasrah,
Hanya padaMu Ya Allah,
Terlelap di antara diam,
Tiada desah tangisan,
Tak pernah ada kehampaan,
Kerana aku tak sendirian,
Ikhlas sungguh hatiku ikhlas,
Kumelangkah di jalanMu,
Ikhlas sungguh aku pun pasrah,
Hanya padaMu Ya Allah…