Aku menangisi atas
bumi Syam yang telah mati
Mata-mata orang
yang dizalimi yang turun berjuang,
Dan aku merana di
datarannya,
Di antara masjid
dan rumah,
Wahai Allah,
peliharakanlah penduduknya
Dan peliharakanlah
pintu keluar dan masuk,
Dan jagalah Negara
orang Islam,
Daripada musuh dari
kanan dan kiri,
Mereka lemah
siapalah mereka tanpa pertolonganMu
Ya Allah, dalam
menghadapi segala musibah,
Mereka tetap
berpegang teguh dengan agama mereka,
Dan darah mereka
terpalit wangiannya di batu besar,
Mereka mengangat
tapak tangan lalu mereka memohon kepada Allah,
Tatkala senang
mahupun susah
Wahai Allah
peliharalah hati dan jiwa mereka dari setiap
Yang datang
memerangi
Mereka berdiri
dengan memakai pakaian perang dengan rasa penuh bangga,
Tanpa membawa
selaras senapang mahupun bom,
Anak-anak mereka
lena tidur (mati syahid),
Dan maraklah pula
api kebangkitan yang diharapkan,
Tiada makna hidup
bagi orang yang memerangi mereka
dan hari-harinya
sentiasa membilang,
dan mereka berpagi
dalam keadaan gelisah kerana mendengar tangisan,
orang yang kematian
anak dan suami,
demi Allah tempat
mengadu,
Allah kepunyaan
yang akhir dan awal,
Dan Allah Tuhan
yang mengatasi segala penceroboh,
Tuhan yang
mengatasi segala puncak dan banjaran gunung,
Dan hari-hari esok
untuk ummatku,
Mahligai yang
disinari lampu-lampu,
Dan esok, jika para
pejuang menaiki takhta itu,
Pasti akan
lenyaplah segala kebatilan.
Dikarang &
diolah :> Ismi Nor

Tiada ulasan:
Catat Ulasan