Siapa sebenarnya Briged Izuddin Al-Qassam?
Pasukan bersenjata HAMAS yang begitu
digeruni oleh Israel ini telah diberikan nama sebagai Briged al – Qassam
bersempena dengan nama Sheikh Izzuddin al-Qassam, seorang tokoh pejuang yang
berasal dari Syria yang telah terkorban syahid di Ya’bad, Palestin bagi
mempertahankan bumi ini daripada penjajahan Inggeris pada tahun 1935.
Objektif utama penubuhan al – Qassam
adalah untuk menaikkan semangat jihad di kalangan orang-orang Palestin,
orang-orang Arab dan juga umat Islam sejagat. Briged ini bertanggung-jawab
untuk mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan dan kezaliman
Zionis dan seterusnya membebaskan Palestin dan keseluruhan tanahnya yang telah
dirampas oleh penjajah Zionis Israel.
Pada peringkat awalnya mereka enggan memberikan
maklumat lanjut mengenai kekuatan sebenar briged ini tetapi akhirnya
menjelaskan bahawa mereka mempunyai ahli battalion yang terlatih seramai
kira0kira 25,000 orang di kalangan pemuda-pemuda yang berumur antara 18-30
tahun. Sejak intifadah al Aqsa yang berlaku pada tahun 2000, seramai kira-kira
800 ahli briged ini telah syahid bagi mempertahankan Palestin. Briged al –
Qassam amat mementingkan latihan dan kualiti ahli Briged yang menjadi tulang
belakang perjuangan pembebasan Palestin.
Di antara syarat utama yang dikenakan
sebelum mereka dipilih ialah :
1-Gigih berpegang dengan ajaran Islam
2-Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah saw
3-Menjaga solat 5 waktu secara berjamaah
4-Mengimani perjuangan pembebasan al Aqsa dan
Palestin
5-Berdisiplin dan mentaati kepimpinan
6-Mencintai dan bersedia untuk syahid
Briged al – Qassam ini juga sangat
terkenal dengan roket artileri al-Qassam yang merupakan roket buatan sendiri.
Roket ini sering membawa kemusnahan musuh di tanah suci Palestin yang dijajah
serta memberikan kesan trauma mental kepada masyarakat penjajah
Israel. Ketika berpeluang untuk mengajukan soalan kepada beberapa anak
muda Palestin di Gaza samada mereka adalah daripada al Qassam atau tidak,
kebanyakan mereka hanya tersenyum kerana mereka biasanya mengistiharkan diri
mereka sebagai al Qassam secara terbuka.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan