Saya mulakan dengan cerita
pertama saya dengan tajuk “Apa beza antara lelaki dan Wanita” ???
Haa saya bagi satu analogi ye,
pernah tak kalian terfikir atau tertanya-tanya kenapa program realiti seperti ustazah
pilihan & soleha di televisyen dibuat hanya sekali sahaja ?
Sebab, wanita ni kalau
berkata-kata, mereka lebih banyak menggunakan emosi. Saya sendiri pun sama.
Berbanding lelaki, mereka lebih banyak menggunakan akal apabila mengeluarkan
kata-kata. Mereka ada 9 akal dan 1 nafsu. Mereka menggunakan kesemua akal yang
mereka ada utk berbicara. Wanita pula ada 1 akal sahaja dan yg selebihnya mereka
bermain dengan emosi. Itulah perbezaan antara lelaki & wanita.
Ok, saya masukkan sedikit bab
munakahat. Kenapa suami lebih berhak memegang kuasa talak ? Kenapa bukan wanita
? Sebabnya suami adalah lelaki, mereka kalau nak jatuhkan talak, mereka akan
gunakan akal. Talak ni bukan perkara main-main.
Kepada wanita, bukan kita tiada
hak utk bersuara, melontarkan pendapat mereka, suara hati mereka. Tiada halangan
juga jika wanita nak kembangkan bakat yang kita ada. Kita wanita ada 1 akal dan
uruskanlah dengan sebaiknya. Emosi itu kadangkala perangkap daripada Syaitan
utk merosakkan kaum Hawa.
Wallahua’lam ~
Hasil buah fikiran => Ismi, Nur…

Tiada ulasan:
Catat Ulasan