Sebarkan Bahagia

Sebarkan Bahagia

Watching My Video Clip

Ahad, 21 Disember 2014

Kakak, Akhirnya Kau Pergi Jua…

S
udah 2 tahun peristiwa itu berlalu. Namun, ia seolah-olah kelihatan masih segar dalam ingatanku. Dahulu, ada orang yang rajin menyakatku. Tapi, kini tiada lagi. Kakak !!! Kenapa kakak pergi dulu…??? Kenapa kakak tak tunggu adik…??? Soalan yang ku tahu tak akan ada jawapan. Rabb !!! Aku merindui kakakku…

           2 tahun yang lalu, kakak Aizara telah disahkan menghidapi penyakit jantung koroner yang serius. Kakak hanya akan pulih jika ada penderma yang sudi mendermakan jantungnya untuk kakak. Tapi, kakak enggan menerima sebarang rawatan di hospital. Kakak hanya memakan ubat-ubatan sahaja. Kakak tahu itu semua tak kan bertahan lama. Tapi, itulah kakak… seorang yang keras kepala. Namun, dia kakak yang sangat penyayang.

             Sesekali ku lihat wajah kakak pucat. Tapi, kakak sentiasa menunjukkan reaksinya yang bersahaja. Seseolah dia bahagia tiada penyakit walhal aku tahu betapa deritanya kakak menanggung kesakitan. Aku mahu menyerahkan jantungku pada kakak, tapi, entah dari mana kakak tahu akhirnya dia memberi amaran padaku. “Kamu jangan nak mengada-ngada nak buat macam tu. Kakak tak mahu kamu korbankan masa depan kamu demi kakak. Sayangilah diri sendiri dik…” itulah kata-kata kakak yang membuat hatiku hiba sekali.

             Aku mahu kakak yang dahulu. Kakak yang sihat, selalu tersenyum ceria. Tapi, kuasa Allah tiada siapa tahu. Penyakit kakak semakin serius. Sebulan sebelum kakak menghembuskan nafasnya yang terakhir, kakak telah dikejarkan ke hospital. Aku temui kakak pengsan tidak sedarkan diri di dalam bilik mandi. Lama kakak berada dalam wad kecemasan. Para doktor pakar turut berada di situ menyelamatkan kakak.

           Seminggu kemudian, kakak disahkan koma. Kakak hanya bergantung hidup pada alat bantuan pernafasan dan jantung kakak hanya bekerja 1% dan 99% lagi bergantung pada mesin ECG. Runtun hatiku pabila melihat jasad kakak terbujur lemah di atas katil hospital. Waktu itu, hanya doa yang kuutuskan untukmu kakak…

          Hari berganti hari aku tunggu kakak sedar dari koma yang panjang. Tapi, kakak tidak juga sedarkan diri. Duhai kakak, bangunlah… Tubuh kakak tidak menunjukkan sebarang tindak balas. Cuma ku perhatikan ritma denyutan jantung kakak pada mesin ECG kadangkala laju dan kadangkala sangat perlahan. Sayu hatiku melihat keadaan kakak begini. Doktor yang merawat kakak ada berkata bahawa harapan kakak untuk sembuh semula sudah tiada. Tubuh kakak lemah sekali.

            Akhirnya, pada tanggal 18 Julai, kakak pergi menghadap Ilahi terlebih dahulu. Sepi hidupku tanpa kakak di sisi. Kakak yang selalu memberi dorongan dan semangat padaku terutamanya dalam pelajaran sehinggalah aku berjaya menggenggam segulung ijazah. Kini, tanggungjawab kakak di dunia sudah tamat. Akulah penyambungnya pula. Duhai kakak !!!!!!!!!!!!!!!!!!! Adik amat menyayangi kakak !!!!!!!!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan