Sebarkan Bahagia

Sebarkan Bahagia

Watching My Video Clip

Sabtu, 27 Julai 2013

KEMAAFAN


Istilah tersebut begitu sinonim sekali dalam kalangan umat manusia. Apabila sseorang itu berbuat salah tidak kira sama ada terhadap sesama manusia mahupun dgn Allah. Memg lumrah hidup manusia. Tiada manusia yg x prnah melakukan kesilapan. Tetapi, wajarlah meminta kemaafan. Sebelum ajal menjemput kita. Kemaafan sesuatu yg begitu didambakan oleh setiap manusia yg pernah melakukan kesilapan. Kemaafan itu jugalah yg dapat menghapuskan dosa – dosa kecil kita. Allah itu Maha Pengampun Maha Mengasihani. Sedangkan nabi Muhammad itu ampunkan umatnya. Apatah lg kita manusia biasa yg tiada darjat mahupun kuasa. Selagi kita masih hidup, maafkanlah insan – insan yg pernah menganiaya kita. Berpeganglah pada prinsip bhwa Allah akan mmbalas segala prbuatan jahat manusia trhadap kita. Memohon kpd Allah agar insan itu sedar drpd kekhilafannya. Memohon agar insan itu kembali ke pangkal jalan, iaitu jalan yg sentiasa diredhai Allah...

KELEBiHAN MENGUKIR SENYUMAN


Janganlah kedekut mengukir senyuman, ukirlah senyuman dari hati. Senyuman adalah perkara yg mudah.
Senyuman boleh menghilangkan stress krn blh menghilangkan rasa lelah, bosan dan juga sedih. Ambillah masa untuk senyum dengan mengenang perkara indah krn ia akan membuat fikiran lebih tenang.
Senyum akan menunjukkan kita kuat.
Kadangkala kita akan merasa duka dan kecewa krn masalah yg dihadapi di sekeliling kita. Namun tutuplah kesedihan itu dgn senyuman krn ia menunjukkan yg kita ini tabah dan sabar mghadapi dugaan.


Jumaat, 26 Julai 2013

PENGHAYATAN KEHIDUPAN




Kemusykilan senantiasa melanda diriku dari dulu hinggalah skrg. Sebenarnya, erti sebuah persahabatan yg sebenar bagaimana ye...? Humm... mnjadi tanda tanya ni... Aku begitu mendambakan sebuah persahabatan yg benar2 tulus , ikhlas , saling mempercayai antara satu sama lain , tiada percanggahan pendapat , menerima pendapat masing – masing dgn fikiran yg terbuka , mghormati rakan , yang paling penting skali ialah tidak sesekali cuba mengkhianati , berhasad dengki. Apatah lagi, terhadap teman sendiri. Walhal, seluruh umat Islam sudah sedia maklum bhwa, apabila sseorang rakan mengkhianati rakan yg lain, itu dikira sbg memakan daging saudara sendiri. Menjijikkan... Itu hukum karma kan... kita mestilah beringat bahawa ada mata yg sentiasa mengawasi segala gerak – geri kita di dunia. Kita ni manusia biasa. Masing – masing mmpunyai kelebihan & kekurangan. Tiada yg sempurna. Tetapi, sbg manusia yg benar2 mmpunyai hati yg suci & bersih seharusnya mencuba yg terbaik dlm melakukan amal kebaikan. Bukan apabila kita melakukan kebaikan , kita mahu diri kita ni disanjung, dihormati atau dipuji. Sekurang – kurangnya, berbuatlah baik trhadap sesama manusia terutamanya insan yg bergelar SAHABAT. Tidak rugi jika kita melakukan kebaikan, malah kita akan mendapat ganjaran pahala. InsyaAllah... Intihannya, sbg manusia, cubalah berbuat baik terhadap sesama rakan, bknkah itu amalan yg mulia.... kalau buat perkara yg x baik, maka, senang – senang la dpt dOsa free, makin tebal lah buku catatan sebelah kiri. Apabila dihisab di padang Mahsyar kelak, x seimbang, sbbnya sblh kiri lbih berat drpd sblh kanan. Mnjaga imej diri itu pnting, memang pun dituntut dalam Islam. Sbg manusia, renung2kanlah , fikir2kanlah...

JWALLAHUA’LAM BISSAWABJ

Munajat Keampunan Zikir Doa Taubatan Nasuha

Selasa, 23 Julai 2013

HADiTH

DARI ABI SA'ID AL KHUDRI, IA BERKATA : RASULULLAH S.A.W BERSABDA : "SAHUR ITU SELURUHNYA BERBERKAH, KERANA ITU JANGANLAH ENGKAU TINGGALKAN, SEKALIPUN SESEORANG DI ANTARA KAMU HANYA MENEGUK SEGELAS AIR. SESUNGGUHNYA ALLAH & MALAIKAT MEMBERIKAN RAHMATNYA KPD ORANG - ORANG YANG BERSAHUR".

HADITH RIWAYAT AHMAD

DIPETIK DRPD KITAB "170 AMALAN YANG DITERIMA"

Isnin, 22 Julai 2013

Ke Makam Bonda-UNIC

Brothers - Doa Perpisahan

RASA CiNTA OK, MENDEKATi ZiNA KO


Bercinta sebelum berkahwin, merupakan suatu istilah yang penuh dengan teka – teki. Apa yang kita faham ?
Mempunyai rasa cinta kpd lawan jenis, tidaklah berdosa. Lebih –lebih lagi, jika diyakini bahawa rasa cinta itu tidak akan membawa kpd MAFSADAH atau kerosakan. Yang bahayanya ialah apabila ‘rasa cinta’ itu diurus dengan cara – cara yang menghampiri zina.

Ahad, 21 Julai 2013

Ustaz Asri Dalam kenangan - Pergi Tak kembali

Rabbani - Pergi Tak Kembali

MENGAPA KiTA SUKAR MELAKUKAN AMAL KEBAiKAN, SEDANGKAN ITU YANG DiTUNTUT DALAM AJARAN AGAMA SUCi ISLAM


Kadangkala, aku sering tertanya – tanya mengapa insan seperti kita sukar sekali mahu melakukan amal kebaikan. Walhal kita ini dicipta oleh Allah dengan sebaik – baik kejadian. Dikurniakan dengan akal fikiran yang sempurna & tubuh badan yang sihat. Tetapi , apa yang dilarang oleh Allah, itulah yang kita cuba dekati & lakukan. Di mana terletaknya kesedaran & keinsafan sebagai seorang manusia yang mempunyai hati nurani? sebelum tidur pada waktu malam, aku sering bermuhasabah diri. Menyingkap asal – usulku. Adakalanya , aku merasakan penyesalan yang teramat sgt dengan apa yg aku dah lakukan. Aku rasa aku ini terlalu berdosa. Secara tidak sedar, aku telah menzalimi diri sndiri , menzalimi insan – insan yang amat aku sayangi, aku zalim terhadap Allah. Terkadang aku terfikir, manusia jenis apakah aku ini...? terlalu bnyk perkara yang aku buat adalah berdasarkan hawa nafsu, bukan melalui pemikiran yang waras. Aku mahu berubah. Merubah diriku ke arah kebaikan. Ke arah jalan yang senantiasa diredhai Allah. Niatku mahu menjadikan diriku wanita yang solehah, anak yang taat kpd kedua ibu bapa selagi mereka masih ada di dunia ini, menghadiahkan seutus doa nan suci untuk arwah mak yang kucintai sehingga terhentinya nafasku... INSYAALLAH, aku akan cuba melakukan kebaikan sebagaimana yang dituntut dalam ajaran agama kita yang suci iaitu ISLAM.
JSALAM NAN KUDUSJ
  

NASiHAT KHAS UNTUKMU KAUM HAWA

Hadapkanlah dirimu ke kiblat arah solatmu. “Tanda taat dan akur akan perintah Allah SWT”. Menjadi tumpuan pengabdian dalam menggapai ibadah yang sempurna. Solat yang betul arah kiblatnya bererti dia menghadap Allah SWT. Tidak membelakangi kiblat atau tersilap arah dek cuai saat menentukan arah kiblat. Malah seluruh anggota jasadmu lurus menghadap satu arah yang sama dengan jutaan umat Islam yang lain.

KETiKA CiNTA MEMANGGiL

Ada tiada rasa dalam jiwaRindu akan memanggil MuKarna setiap jiwa tlah bersumpah setiaHanyalah pada Mu

Bila cinta ada di dalam jiwaWangi bunga dunia tanpa nestapaSgala yang dirasa hanyalah DiaHatikan memuja hanya padaNya

Ketika cinta memanggilGemetar tubuhkuKetika cinta memanggilHangatnya nafaskuKetika cinta memanggilSang rinduKetika cinta memanggil

Rindu...rindu...rindu kalbumemanggil-manggil nama MuSeperti terbang di langit Mutenggelam di lautan cinta Mu

Bertabur kalbu yang rinduMelebur menjadi satuBagai menari diiringi pelangiKetika cinta memanggil

Amar - Untukmu Tersayang

Azfar - Akan Ku Jumpa ( OST Syurgamu Ramadhan )

Hijjaz- Ramadhan Bulan Berkat

Sabtu, 20 Julai 2013

TERAPi BERPUASA

berpuasa juga merupakan terapi yg trbaik untuk mengubat patah hati. dgn brpuasa, hati akan mnjadi lebih tenang dan sukar bagi syaitan laknatullah hendak menggoda manusia yang patah hati utk bertindak melampaui batas.
Bulan ramadhan adalah bulan yang paling mulia di antara bulan-bulan yang lain.
manfaatkanlah bulan ramadhan dgn beribadah kepadaNya. sesungguhnya, semua pintu
Syurga akan dibuka manakala semua pintu Neraka akan ditutup.

KELAHiRAN & KEMATiAN

"Ketika lahir, kamu menangis dan semua org di sekeliling tersenyum. Hiduplah dgn hidupmu, jadi ketika kamu meninggal, kamu satu-satunya yang tersenyum dan semua org di sekeliling kamu menangis."  

CiNTA yang SUCi

"Permulaan cinta adalah dengan mmbiarkan org yg kita cintai mnjadi dirinya sendiri dan tidak mmbentuk mereka agar sesuai dengan keinginan kita. Dengan kata lain, kita mncintai bayangan kita yang ada pada diri mereka."

Khamis, 18 Julai 2013

Langkah Tercipta ~ UNIC

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.
Allah…
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.
Dan langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.
Allah…
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.
Daku mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.

DIRIKU HAMPIR REBAH DI KAKI TAKDIRMU

Aku manusia yang lemah lagi tak berdaya
Saban hari menahan kesakitan yang amat sangat
Jerih perih derita yang kutanggung berakhir
Dengan sebuah tangisan
 
Aku redha dengan ketentuanMu Ya Ilahi
Nyawaku ibarat “telur di hujung tanduk”
Tiada siapa yang berani membantah kecuali aku
Sekeras-kerasnya aku melawan
Aku tak mahu tubuhku dioperasi
Semata – mata ingin menyelamatkan nyawa
Insan hina seperti aku
 
Apalah dayaku untuk menahan kesakitan
Akhirnya aku akur jua arahan doktor
Tiba masa tubuhku dioperasi
Hampir lima jam lamanya aku berada di dewan bedah
Tak sabar rasanya aku ingin melihat dunia
Meskipun cuma seketika, tak mengapa
Tekadku sudah bulat, mahu membalas jasa
Ibu bapaku & arwah emak
 
Satu tragedi telah menghambat segenap
Ruang tekadku
Jantungku tiba – tiba terhenti selama
Sepuluh minit
Para doktor pakar di situ sedaya upaya
Menyelamatkan aku
Alhamdulillah akhirnya jantungku berdegup semula
 
Rohku melihat jasadku yang terbaring kaku
Di atas katil hospital
Sempat aku membayangkan alangkah bagusnya
Kalau Malaikat Izrail datang mencabut nyawaku
Sungguh aku dah tak terdaya
Aku ni manusia yang hina
 
Sudah terlalu puas aku menangis
Aku gagahkan jua diriku melawan
Arus kehinaan
Sebagai seorang wanita yang berhati hawa
Aku punya maruah diri
Aku akan menjaga ia dengan sebaik – baiknya
 
Allahuakbar Allah Maha Besar
Kini aku berazam tak kan menghampakan
Ibu bapaku & arwah emak
Aku tak boleh lemah
Aku akan melawan sesiapa sahaja
Yang menghalang cita – citaku
Termasuklah manusia durjana
 
Aku mahu menjadi lambang
Wanita solehah pada abad ke 21 ini
Tangan yang disangka lembut
Boleh menghayun buaian
Menggoncang dunia
Bakal Mencipta sejarah.
 

Al-Quran


Kitab Al-Quran Kitab Pemimpin Ummah,
Yang berkekalan Al-Quran Ya Al-Quran,

Kitab Al-Quran Kitab Ya Qudul Ummah,
Kitabul Abadi Al Quran Ya Al-Quran,

The Holy Al-Quran guides our community,
Will always remain Al-Quran Oh Al-Quran,

Kalam sujud menyerah pada Illahi,
Pada Kebesaran dan Keagungan-Nya,

Barakatul Quran Hidayatul Furqan,
Kitabul hayyi Muslimin wal Muslimat,
Zudi Al-Quran, Zudi Al-Furqan,

The books, The Guide(s) of Muslimin and Muslimat,
Ilal amal minal ta'ul Syiarul Islam,
Mujahidi nal Mukhlisin fil amal,
Always work hard, 
Never give up,
Al-Quran illuminates of our Life,

Gigih bekerja,
Terus berusaha,
Al-Quran jadi Penyuluh hidup kita,

Kitab Al-Quran Kitab Pemimpin Ummah,
Yang berkekalan Al-Quran Ya Al-Quran,

Kitab Al-Quran Kitab Ya Qudul Ummah,
Kitabul Abadi Al Quran Ya Al-Quran,

The Holy Quran guides our community,
Will always remains Al-Quran Oh Al-Quran


Rabu, 17 Julai 2013

CINTA...

"Permulaan cinta adalah dengan mmbiarkan org yg kita cintai mnjadi dirinya sendiri dan tidak mmbentuk mereka agar sesuai dengan keinginan kita. Dengan kata lain, kita mncintai bayangan kita yang ada pada diri mereka."

CATATAN TENTANG NABI ADAM

Nabi Adam a.s. menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit krn tersangat takut dan hibanya trhadap dosa yg telah dia lakukan. Dia brsujud di atas gunung & air matanya mengalir di jurang Serandip. Drpd air matanya itulah Allah S.W.T tlh menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.

BERBICARA TENTANG HUKUM HAKAM DALAM ISLAM

Hukum perempuan yang meletak gambarnya di facebook walaupun menutup aurat?
-Tutup aurat pun kalau bersolek,edit gambar,buat aksi seksi atau seumpamanya masih tetap HARAM.

Hukum meletak gambar artis ataupun kawan yang tidak menutup aurat?
-HARAM meletakkan gambar yang mendedahkan aurat samada gambar artis ataupun kawan,disebabkan kita juga akan mendapat saham dosa kerana meletakkan gambar-gambar yang tidak menutup aurat.
"Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka."

KEBAHAGIAAN KU...

aku dah x tau perasaan apakah yg aku rasakan pada saat ini.. gembira, bahagia, entah la...
yg aku pasti, perasaan ini amat mmbuatkan aku merasa kebahagiaan yg cukup bermakna dlm hidup aku... cinta, mungkin...
aku bahagia krn cinta. meskipun, cinta itu adalah bersifat sementara. manakan tidak, cinta trhadap sesama manusia.. ALLAHUAKBAR !!!! indahnya cinta pada manusia. tapi, lebih indah jika aku mncintaiMu... benar kan...
cinta aku trhadap dia seumpama cinta suci yg mengalir dalam setiap nafasku.
aku trlalu menyayangi dia...
jikalau diizinkan Allah, aku mahu dia mnjadi imam dlm hidup aku suatu hari nnti.
INSYAALLAH !!!


RAHSIA HATI INI

kini, apa yg aku sedang rasakan skarang adalah suatu nikmat yg Allah berikan kpd aku. nikmat yg sgt aku syukuri. TERIMA KASIH YA ALLAH... krn Kau tlh mmberikan aku kesempatan utk melihat dunia. terima kasih jgk krn tlh mmprtemukan aku dgn 2 org insan yg benar2 mmbuat hidup aku berubah. mereka tlh merubah aku mnjadi manusia yg lebih baik. siapakah mereka..???
BIARLAH RAHSIA
hanya Allah shj yg Maha Mengetahui... aku amat menyayangi mereka brdua...

TRAGEDI YANG MEMILUKAN PADA RAMADHAN YG TERAKHIR

Ada seorang insan ini, pada mulanya dia berasa amat gembira. Tiada siapa yang tahu apa makna di sebalik kegembiraan yang dikecapinya. Sehinggalah pada ramadhan yang terakhir tahun 2011, tepat pada pukul 10.15 pagi, dia menerima perkhabaran berita yang amat menyedihkan & menyayat hati. Dia menangis sebaik sahaja menerima berita itu. Hatinya yang tadi gembira bertukar duka nestapa. Apalah nasib diri dia. Kegagalan sering sahaja menimpa dia. Insan ini terfikir, sampai bilakah perkataan ‘GAGAL’ akan terus menguasai seluruh fikiran dia. Harapan yang dibawa bersama hancur lebur begitu sahaja. Satu hari insan ini menangis. Tiada henti. Umpama hujan turun mencurah-curah. Sampai saat & ketikanya, insan ini baru perasan, bawah matanya kian membengkak & sembap.
Rakan-rakannya sentiasa memberikan dia kata-kata semangat & sokongan tanpa henti. Mungkin kegagalan itulah yang akan memberi kita kejayaan yang berlipat kali ganda. Tapi, jikalau kita rajin berusaha. Insya Allah... namun, insan ini tidak mengenal erti penat mahupun putus asa. Insan ini tetap mahu mencuba sekali lagi meskipun dia tahu bahawa risiko yang lebih tinggi bakal dihadapinya jika dia berkeras. Tapi, itulah prinsip dia. Dia sudah tekad. Sampai bila dia mahu duduk berdiam diri tanpa melakukan apa-apa tindakan. Dia juga mahu berjaya seperti teman-temannya yang lain.
Pada awalnya, insan ini tahu bhwa di sini bkn lah tmpat dia menimba ilmu. Namun, apalah daya dia utk melawan kata-kata kedua org tuanya. Dengan hati yg benar-benar terasa berat, dia menerima juga ketentuan Takdir. Mungkin sudah tertulis di Luh Mahfuz. Allah Maha Mengetahui segala-galanya. Mahu atau tidak, dia mesti meneruskan pengajian di tempat itu. Jikalau diikutkan hati , dia mahu meneruskan pengajiannya di Selangor. Salah sebuah kolej yang dikelolakan sepenuhnya oleh kerajaan. Tempat yang jauh di tengah-tengah kesibukan kota metropolitan. Tempat yang jauh dari kampung halamannya. Dia rela tinggal berjauhan dgn keluarga tercinta semata-mata mahu mencapai cita-citanya meskipun itu bukan bidang yang didambakannya selama ini. Insan ini terlalu minat pada bidang perubatan. Minatnya yang mendalam menyebabkan dia sering menyimpan artikal, majalah yang saling berkaitan dgn dunia perubatan.
Hari demi hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun, insan ini sudah mula merasakan kepenatan dan kebosanan dgn percaturan dunia yang sgt aneh. Hampir sahaja dia tunduk mengalah. Namun, dgn berkat kesabaran, keikhlasan dalam menimba ilmu pengetahuan, dengan mengekalkan sikap menghormati sesama manusia, akhirnya, dia menemui jalan penyelesaian. Rupa-rupanya, Allah yang merencanakan semua ini. Allah mahu melihat sejauh mana kesabaran insan itu. Alhamdulillah, dia benar-benar telah melepasi masa-masa kritikalnya. Dia telah pun menemui kunci kepada kejayaan yang bakal dinobatkan dalam diri dia. Kunci itu adalah “HABLUM MINALLAH, HABLUM MINAN NAS” => sentiasa menjaga hubugan kita dengan Allah & mnjaga hubugan kita dengan sesama manusia. Kunci yg kedua ialah berusaha tanpa mengenal erti putus asa, kunci yg ketiga ialah belajar drpd kesilapan & kunci yang terakhir ialah berdoa kpd Allah agar segala usaha yg tlh kita lakukan mudah-mudahan diberkati oleh Allah S.W.T.
~TAWAKKAL HU ALALLAH~

Created by :> Anna Althafunnisa Hayatie 

Selasa, 16 Julai 2013

CERPEN PERIBAHASA


 



A

ngin bertiup sepoi-sepoi bahasa dari arah laut China Selatan. Aku sedang meneliti berita yang telah aku buat pada petang semalam. Aku kini bertugas sebagai pemberita di sebuah syarikat terkemuka di sekitar Kuala Lumpur iaitu Akhbar Bacaria. Tidak lama kemudian, aku terdengar ada bunyi yang telah pun mematikan lamunanku. Rupa-rupanya, telefon bimbitku mengeluarkan irama yang menandakan ada seseorang yang menghubungiku. Aku segera mencapainya dan menekan butang hijau maka kedengaranlah suara En. Mustaza iaitu seorang pengurus syarikat Akhbar Bacaria. “Hello Qis, awak kat mana ?”. “Saya kat rumah, ke mana lagi”. “Qis, saya nak esok awak ke Hutan Keningau, Sabah. Sebab ada tragedi pembunuhan yang dilaporkan telah berlaku di sana. Awak buat liputan lanjut dan tiket, saya dah uruskan. Penerbangan awak pada jam 8 pagi. Baiklah, itu saja”. “Apa ni, tak kan tak ada orang lain yang nak pergi ke sana. Kenapa mesti saya ?”. “Sudah, jangan nak banyak cerita. Pergi saja. Lagipun, tiket penerbangan free, awak tak nak ke ?” Kemudian, talian di sebelah sana diputuskan. Aku berfikir sejenak, alangkah bagusnya aku dapat pergi ke Sabah. Dapat melancong dan dapat berita pasal kes pembunuhan itu.

Alhamdulillah, akhirnya aku sudah sampai di Negeri Bawah Bayu ini. Aku menempah  sebuah bilik di hotel yang berdekatan untuk menghilangkan rasa penat yang sudah menjalar di seluruh tubuhku. Pada keesokkan harinya, aku berjalan-jalan dan tibalah di sebuah kedai makanan. Aku singgah di situ untuk menikmati sarapan pagi. Tidak lama selepas itu, mataku tertancap pada susuk tubuh seorang lelaki bersama sahabatnya. Sesekali, matanya menjeling ke arahku. Aku buat tak tau sahaja. Kemudian, dia memulakan bicara “Ondu, aku rasa arwah Salina dan Tuan Berham dibunuh dengan sengaja. Cuma, kita tidak tahu angkara siapakah yang melakukan pembunuhan itu.” “Sabarlah, Amiruddin. Lama-lama kebenaran akan muncul juga nanti.” Ondu memujuk sahabatnya. Barulah aku tahu namanya Amiruddin. Kemudian, Amiruddin bersuara lagi, “Ondu, aku mahu pergi ke Syarikat Anak Bumi. Tentu kak Baizura sedang mencari aku.” “Baiklah Amir. Pergilah,” balas Ondu. Kemudian, aku cuba mendekati orang yang dikenali sebagai Ondu. Dia nampak terkejut. “Hai, nama saya Humaira Qistina. Panggil saja Qis. Seorang pemberita dari Kuala Lumpur,” aku berbasa-basi dengannya. “Maaf, tadi saya terdengar perbualan kalian berdua mengenai kes pembunuhan. Boleh saya tahu, apa punca pembunuhan itu terjadi ?” aku menyoal Ondu untuk mendapatkan maklumat. “Ini semua angkara semangat hutan itu,” balas Ondu. “Pak Cik Ondu, saya mahu ke tempat pembunuhan itu. Bolehkah pak cik bawa saya ke sana ?” soalku pada Ondu. “Boleh. Tapi berhati-hatilah”, balas Ondu.

Aku, Amiruddin dan Ondu pergi ke Hutan Keningau menggunakan Ranger Rover. Sepanjang perjalanan, Amiruddin diam membisu. Tiada langsung senyuman yang terukir di bibirnya. Aku mulai rasa bosan dengan perangainya itu. ‘Sombonglah dia ni’, getus hatiku. Setelah beberapa jam perjalanan, akhirnya sampai jua di tempat pembunuhan itu. Amiruddin turun dan terus berjalan ke tempat itu. Kelihatannya, dia sedang menyentuh pokok dan dahinya sedikit berkerut. Barangkali memikirkan sesuatu. “Ondu, naluri aku kuat mengatakan pokok ini memang sengaja ditebang dan kemudian menghempap arwah Salina dan ayah Berham. Aku yakin,” Amiruddin bersuara. “Kalau kau yakin, mari kita sama-sama siasat siapa yang membunuh mereka,” cadang Ondu. Aku diam dan hanya memerhatikan gelagat mereka sahaja.

Kemudian, mereka membawa aku ke rumah Amiruddin. Di situ, aku diperkenalkan dengan Puan Haleeza, Kak Baizura, Hidayah dan Amirulhadi. Mereka mengajak aku agar tinggal di rumah mereka untuk sementara waktu sehinggalah tugasku selesai. Aku duduk bersantai menikmati udara segar tiba-tiba Amiruddin muncul di muka pintu. Lalu dia duduk berhadapan denganku kemudian memperkenalkan dirinya. “Aku Amiruddin”. “Namaku Humaira Qistina. Panggil saja Qis”, aku memperkenalkan diri. Kemudian, dia bermain teka-teki denganku, “burung apa yang sayapnya dan kakinya ke bawah ?”. penat aku memerah otak, namun aku tak berjaya menjawab teka-teki itu. Aku tersenyum. “Qis tak tau jawapannya. Tak apalah. Jawapannya ialah burung kena pijak”, beritahu Amir kepadaku. “Kenapa pula ?”, aku bertanya kekeliruan. “Yalah, apabila burung kena pijak, maka sayap dan kakinya akan ke bawah. Tak begitu Cik Qistina.” Kami sama-sama ketawa. Memecah keheningan malam.

Kenangan itu membuatkan aku ketawa sampai tak sedar aku berada di rumah. Pada mulanya, aku merasa cemburu setelah mengetahui bahawa Amiruddin pernah berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Amirulhadi. Puan Haleeza, iaitu bonda kepada Salina dan isteri Tuan Berham yang menceritakan kepadaku. Lama-kelamaan, aku dapat hilangkan rasa cemburu itu. Sebenarnya, dia banyak mengajar aku mengenai Allah Maha Pencipta. Aku pula tidak jenuh belajar dengannya. Aku tahu, ilmu agamaku sungguh cetek. Dia tidak kedekut mencurahkan ilmu yang ada padanya. Aku amat gembira melihat senyumannya. Suatu hari, aku, dia dan Ondu pergi ke Hutan Keningau untuk menyiasat punca pembunuhan itu. Ketika kami sedang asyik mencari bukti-bukti yang dapat diperkukuh untuk membuktikan bahawa kematian Saina dan Tuan Berham adalah dirancang, tiba-tiba, aku terdengar bunyi daun-daun kering dipijak sesuatu. Aku hendak mendapatkan Amiruddin, tapi tidak sempat apabila 2 ekor harimau pemagsa menerkamku.

Kuku-kuku tajamnya menggores tangan dan badanku, aku menjerit sekuat hati. Lalu Amiruddin dan Ondu datang. Amiruddin segera berlari ke arahku untuk menyelamatkan aku. Dia menolak aku dan dia segera menghalau harimau-harimau itu. Namun, 2 ekor harimau itu tidak mahu pergi dan sebaliknya terus membaham Amiruddin. Dia cuba sedaya upaya melepaskan dirinya daripada dibaham harimau pelahap itu. Namun, cubaannya gagal. Dua ekor harimau itu menerkam mangsanya tanpa sedikit pun belas kasihan. Aku hanya mampu memerhatikan sahaja. Aku mahu menolong Amiruddin, tetapi apabila aku mahu bangkit, badanku tidak berupaya lagi. Kini, kesakitan yang lebih menguasai diriku. Manakala Ondu menjerit meminta pertolongan. Selalunya, Ondu akan membawa selaras senapang bersama tetapi kali ini dia tidak membawa. Akhirnya, Amiruddin rebah jatuh ke tanah tidak sedarkan diri setelah bergelut dengan 2 ekor harimau itu. Darah keluar membuak-buak di bahagian perut. Aku mahu mendapatkannya, tetapi aku juga pengsan tidak sedarkan diri.

Aku membuka mataku perlahan-lahan dan melihat sekeliling dan kini, aku berada di hospital. Luka di tangan dan badan masih terasa ngilu. Namun aku kuatkan juga hanya untuk mengetahui keadaan Amiruddin. Aku membuka pintu wad icu dengan penuh debaran dan aku berasa hairan apabila melihat Ondu, Kak Baizura, Puan Haleeza dan Amirulhadi menangis. Aku bertanya kepada Kak Baizura mengenai Amiruddin. Dia memegang bahuku dan berkata dalam sendu tangisan “Qis, Amir dah meninggal dunia”. Aku tergamam dan badanku lemah longlai dan akhirnya aku jatuh. Kak Baizura segera menenangkanku. Aku menangis semahu-mahunya.

Jenazah Amiruddin selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam dan bersebelahan dengan pusara arwah isterinya, Salina. Di situ, aku membaca surah Yasiin serta tahlil ringkas untuk arwah Amiruddin. Amirulhadi begitu tenang menghadapi situasi ini. Kemudian, aku pulang semula ke rumah keluarga arwah Amiruddin. Amirulhadi pantas memelukku dan menghamburkan tangisan. Aku berasa amat kasihan melihatnya kerana dia telah kehilangan umi dan ayah yang dikasihinya. Aku membalas pelukannya yang kian erat. “Abang Amir, Qis akan tetap di sini untuk menjaga Amirulhadi seperti anak Qis sendiri. Qis akan lupakan pekerjaan Qis di Kuala Lumpur. Qis tidak akan melupakan kenangan yang kita lalui bersama-sama dan Qis akan terus mengingati jasa abang. Sebab abang Amir telah menyelamatkan nyawa Qis. Qis terhutang nyawa pada abang. Maafkan Qis, abang”.

Sudah 5 tahun peristiwa tragis itu berlalu. Namun, ia kelihatan masih segar dalam ingatanku. Kini, aku telah pun mendirikan rumahtangga dengan seorang lelaki mirip arwah Amiruddin. Setiap tingkah lakunya persis arwah. Tapi, aku bukan mahukan dia kerana mirip arwah Amiruddin. Tidak sama sekali. Nama lelaki itu ialah Nur Iman iliyas. Kami membina bahtera sudah hampir setahun. Perkenalan antara kami umpama sebahagian daripada perancangan Allah. Kini, usia kandunganku sudah hampir mencecah 8 bulan. Aku bakal melahirkan zuriat yang diimpikan oleh setiap pasangan yang sudah berkahwin. Doaku semoga bakal anakku nanti menjadi seorang anak yang baik dan soleh. Amirulhadi pula berada di bawah jagaanku. Mujurlah Puan Haleeza membenarkan aku menjaga Amirulhadi. Anak itu sudah ku anggap seperti anakku sendiri. Segala kesedihan dan kegembiraan dia adalah merupakan kesedihan dan kegembiraan aku juga. Aku berasa teramat rindu dengan arwah abang Amir. Kerana dialah aku masih bernyawa. Tapi, aku sedar bukan dia yang memberikan aku hidup tapi Allah S.W.T . Aku amat bersyukur padaMu Ya Rabb. Ada pepatah melayu mengatakan, ‘harimau mati meninggakan belang, manusia mati meninggalkan jasa.’ “Qis akan kenang jasa abang Amir sehingga nafas Qis terhenti,” getus hatiku.

WALLAHUA’LAM

AKHIR KALAM

ISNIN / 14.02.2010

8.01 p.m               

PENULIS  ~ANNA ALTHAFUNNISA HAYATIE~

 

 

PANTUN TAUBAT

dua tiga kucing berlari,
manakan sama si kucing belang,
rumah kata pergi, kubur kata mari,
kalau tak taubat juga memang sah bangang.

sorong papan tarik papan,
buah keranji dalam perahu,
takkan nak tunggu bergaya dengan kain kapan,
masa tu apa jadi pun takde orang tahu.

kalau roboh Kota Melaka,
papan di Jawa hangpa dirikan,
bukan nak kutuk tapi memang kenyataan,
hidup semata-mata nak cari makan.

pulau pandan jauh ke tengah,
gunung daik bercabang tiga,
masa hidup bolehlah hendak bermegah,
masuk liang lahad dimakan ulat jua.

tinggi-tinggi si matahari,
anak kerbau mati tertambat,
sampai ajal tiada siapa boleh lari,
dah nak gol nak bertaubat dah terlambat.

nukilan oleh :

ANNA ALTHAFUNNISA HAYATIE

cinta yg sejati,
cinta yg mndpt keredhaan Allah,
krn cinta itulah yg mmbawa kebahagiaan hakiki,
semoga Allah merahmati kita,
serta meletakkan kita di bawah lembayung rahmat-Nya
Insya Allah....
sesungguhnya cinta itu adalah fitrah bagi setiap insan yg bergelar manusia,
memg sifat semulajadi yg Allah ciptakan utk manusia sejak zaman nabi Adam Alaihis Salam  & siti hawa...
ingin bercinta serta ingin dicintai oleh insan yg benar2 ikhlas...
cinta itu boleh ditafsirkan dgn brbagai2 jenis :
cinta kpd Allah, cinta kpd nabi Muhammad, cinta kpd ibu bapa, cinta kpd diri sndiri, cinta kpd org2 di sekeliling kita, cinta trhdp haiwan ciptaan Allah, cinta akan keindahan alam semulajadi, & cinta trhdp org yg benar2 kita cintai dgn setulus ikhlas...

pesanan utk diriku & shbt2ku yg lain,
gunakanlah masa muda dgn sebaik2nya, perjalanan kita masih trlalu jauh, trlalu banyk cabaran & dugaan yg sdg menanti kita di depan sana, kecapilah kebahagiaan di dunia. insya Allah di akhirat juga. 
hablum mina Allah = jagalah hubungan kita dgn Allah
hablum minan nas = jagalah hubungan kita sesama manusia.

AHLAN WA SAHLAN ^_^

Isnin, 15 Julai 2013

alkisah hari ini~

ada seorg insan ini, dia merintih, sayu kedengarannya, dia berkata, "mak, ampunkan dosa-dosa Firash. maafkan Firash krn tidak dpt mnjd anak yg baik utk mak. maafkan Firash, mak. Firash janji, insyaAllah, Firash akan belajar brsungguh2, dpt diploma & insyaAllah klau ade rezeki, Firash akan smbung ijazah. mak, doakan kejayaan Firash ye... Firash syg mak sgt2..." 
insan ini tahu bhwa mak yg dikasihinya sudah dijemput ke rumah Allah. 
aku brsembunyi di sebalik tirai langsir, hati aku brkata, "lalu, bagaimana pula dgn aku...???"
 ~TAMAT~

APAKAH ITU CINTA?

Kata cinta dlm al-Quran disebut hubb (mahabbah) & wudd (mawaddah), kedua-duanya memiliki erti yg sama iaitu menyukai, mesra & menyayangi.

KEHIDUPAN

kehidupan....
kadangkala memberi seribu kegembiraan,
kadangkala membuat kita keriangan,
kadangkala membuat kita tertawa,
kadangkala membuat kita ceria.

tetapi kehidupan......
kadangkala memberi seribu kedukaan,
kadangkala membuat kita kebingungan,
kadangkala membuat kita keresahan,
kadangkala membuat kita kemuraman.

ah....itulah kehidupan,
tidak terlepas dari kancah godaan,
membantu diri berlari arah kematangan,
mengajar diri erti kepayahan,
menguji betapa kuatnya iman.

kehidupan pasti dilalui setiap insan

nukilan oleh :

ANNA ALTHAFUNNISA HAYATIE