Sebarkan Bahagia

Sebarkan Bahagia

Watching My Video Clip

Sabtu, 7 Disember 2013

♡ INILAH 3 RAHASIA WANITA YANG BELUM DI KETAHUI ♡


1.) Jika dia mudah menangis,itu menandakan ia seorang yang setia, mudah merindukan seseorang dan berat bila melepaskan cintanya..

2.) Bila dia tersenyum ramah itu menandakan baik hatinya,mulia akhlaknya, tak suka menyombongkan diri,penyayang, tulus dalam menerima maupun memberi..

3.) Bila dia mudah ceria itu menandakan seorang yang selalu berharap akan hadirnya seseorang memberinya kebahagiaan serta dapat menghapus air matanya di masa lalu..

AKU WANITA~

Walau stinggi mne egonya seorg insan yg brnama 'WANITA' , 
Walau sehebat mne pun perkataan 'BENCI' sedang mnguasai dirinya,
Walau sehebat mne pun wanita itu dlm mngecapi kerjaya,
Walau sekeras kerikil hati wanita itu,
Walaupun ada yg pantang dicabar,
Tp, ingatlah jauh di dasar hati wanita itu, 
Ada terselit rasa cinta, sayang & rindu..
Segala kegembiraan & kesedihan , 'WANITA' cuba kawal,
Tapi, bila sseorg wanita itu brhadapan dgn sseorg yg amat dicintainya,
Wanita itu akan mnjd lemah,
Lemah selemah lemahnya...
Wanita itu akan berkongsi cerita gmbira mahupun sedih,
Itulah 'WANITA',
Memg sifatnya yg natural.. 

ITULAH WANITA, KAUM HAWA... yg dijadikan drpd tulang rusuk Nabi Adam, 

"LEMBUTNYA HATI SEORANG WANITA"

Semarah apapun seorang wanita..
Lambat laun akan reda juga pada akhirnya.
Kadang seorang wanita mencari pelampiasan diri untuk mengungkapkan perasaannya.
Walau kebanyakan ada rasa penyesalan setelahnya.

Sekasar apapun sifat seorang wanita..Masih akan tersimpan sifat kelembutan di baliknya.
Wanita dilembutkan hatinya untuk memberikan rasa ketentraman.
Kenapa hati wanita itu dilembutkan?
Agar dia mampu memberikan rasa kasih sayang untuk orang-orang tercintanya.

Sebenci apapun seorang wanita..
Masih tersimpan rasa sayang di baliknya.
Walaupun terkadang hal itu belum mampu ia ungkapkan dengan kata-kata.
Kerana emosi mungkin sedang menguasai dirinya.

Wanita diteguhkan hatinya untuk tetap bertahan disaat yang lain mulai menyerah.
Ia laksana batu karang yang tak mudah roboh oleh kerasnya hempasan ombak yang datang menguji kekuatannya.

Rabu, 25 September 2013

~ DIA INSAN YANG TERISTIMEWA ~

Dahulu aku hanya mengenali dia sbg seorg penyelamat. Dia sudi menjadi penyelamat setia dalam hidup aku , kini dan InsyaAllah hingga ke hujung nyawaku. Bagiku dia umpama lilin yang sentiasa menerangi aku dikala aku dalam kegelapan. Dia sudi memberi aku cahaya (NUR) . aku pula umpama seorang gadis yang tersesat di tengah – tengah gurun pasir yang tandus. Lalu dia menyelamatkan aku daripada api bahang & kepanasan. Dia memberi aku perlindungan sehingga tiada siapa yang berani berbuat jahat kpdku. Dia insan yang amat aku sayangi. Pada awal perkenalan , aku hanya meminta pertolongan dari dia, aku amat berharap barang itu dapat dibaiki. Sebulan lamanya barang aku pd org yg mmbaiki barangku itu. Aku rasa malu yg tidak terhingga. Dari situlah bermulanya perkenalan antara aku dan dia. Setelah 4 bulan aku dan dia berkenalan, rupa2nya dia tinggal dalam satu kwsan dgnku. Cuma lain nama jalan sahaja. Sampai lah suatu hari tu, dia memberitahuku bhwa ayah yg dikasihinya tlh pulang ke Rahmatullah. Innalillahiwainnailaihiraji’un. Sebelum arwah meninggal , arwah tlh pun jatuh sakit akibat drpd pendarahan dalam otak yang serius. Dia kata arwah terjatuh di rumah. Aku bersimpati. Aku meletakkan diriku di tempat dia. Sbb aku juga pernah kehilangan seorang insan yg ku gelar “mak”. Mak pergi meninggalkan aku ketika usiaku baru mencecah 3 tahun. mak menderita krn penyakit yang dialaminya. Bagi aku , itu hanya alasan, tapi, sbb yang sebenarnya, tidak perlu diceritakan. Aku tidak mahu menjatuhkan keaiban org lain. Biarlah ia berlalu. Aku merana sehingga kini krn mak yang mengandungkan & menyusukan ku telah tiada di dunia ini. Tapi, aku dikurniakan seorang “ibu baru”. Ibu sudi menggantikan posisi arwah mak. Aku membesar dgn air tangan ibu dr usiaku 4 thn shgga skrg. Aku bersyukur padaMu Ya Ilahi. Aku tahu hati dia derita & merana krn kehilangan tempat bergantung hidup , seorang ayah , seorang sahabat yang setia menemani dia x kira senang mahupun susah. Manakan tidak , sudah 24 tahun dia hidup bersama arwah ayahnya itu. Sekarang , usia dia sudah pun menjangkau 26 tahun. Begitu pantas masa berlalu. Dia insan yang begitu cekal , tabah dalam menjalani hari2 yang mencabar kesabaran dia. Adakalanya dia mengeluh , tapi , dia sedar itulah lumrah kehidupan yg sebenar. Aku sering mendengar luahan rasa hati dia , dan aku telah menjadi pendengar yg setia. Kami sering kali bertukar2 cerita mahupun kisah hidup kami. Aku selalu meminta nasihat drpd dia. Sekalipun, dia tidak pernah megecewakan aku. Lazimnya, pendapat mahupun nasihat @ kata2 motivasi yang diluahkannya boleh digunapakai dan aku amalkan shngga sekarang. Seakan sudah menjadi pedoman dlm hidup aku sehari – harian. Aku amat berterima kasih kpd dia. Terima kasih yg tidak trhingga. Hanya Allah sahaja yg dapat mmbalas segala pertolongan dia. “JAZAKALLUHU KHAIRAN KHATSIRA” – SEMOGA ALLAH MMBALASMU DGN KEBAIKAN. Itu juga merupakan salah satu ungkapan yg sentiasa diberikan kpdku. Alhamdulillah , syukran Ya Rabb, krn Kau tlh mmpertemukan aku dgn insan sebaik dia. Blum pnah aku jumpa insan sprti dia. Baik , bersopan – santun , menghormati org lain , sentiasa berfikirn terbuka , sentiasa mmberi aku kata2 sokongan dll. Di mataku, dia begitu sempurna. Tapi , pd  pandangan Allah , semua manusia itu sama sahaja di sisiNya. Yang membezakan adalah sikap @ amal kebaikan atau kejahatan seseorang itu ketika hayatnya di dunia. Aku terpegun , terpesona & tertarik krn sikapnya. Tingkah laku dan kata2 dia sesuai dgn fitrah sbg seorang manusia. Aku kagum. Ada hikmah di sebalik perkenalan aku dan dia. Cuma baru sikit yg aku sedar & nampak. Ibu bapaku teringin sungguh mahu berkenalan dgn dia. Tapi , aku tahu dia seorang yg pemalu. insyaAllah , suatu hari nnti, aku akan mngajak dia btemu dgn keluargaku. Sehingga kini , aku masih setia menghubunginya. Aku mahu menghiburkan hati dia. Aku tidak mahu dia stress @ tertekan dgn pekerjaannya. Aku menyayangi dia umpama aku menyayangi arwah mak. Aku ini sifatnya ada manja. Tapi , kemanjaanku jarang aku tunjukkan. Dan aku tidak tahu bagaimana mahu dipamerkan. Sudah 16 tahun aku sunyi sebelum aku mngenali dia. Sungguh , terlalu banyak kenangan @ memori yang tlh pun tercipta & diukir indah sepanjang perkenalan kami. Ada pahit dan ada manisnya. Yg pahit , aku jadikan ia sempadan dlm hidupku. Supaya aku tidak mengulanginya lg. aku sentiasa beringat , aku ini perempuan. Aku wajib mnjaga tingkah laku , kata2 & maruah diri agar tidak brlakunya fitnah. Aku lihat dia pun mmbuat prkara yg sama dgnku. Kepada dia , aku ada lagu yg ingin disampaikan kpd dia sebentar sahaja lg. aku mahu menamatkan kisah ini dengan memohon seribu kemaafan jika aku ada brbuat sebarang kslhn. Sudilah dia memaafkan diriku ini…. Terimalah lagu nasyid ini , “      TEMAN SEJATI ~ BROTHERS ~

Selama ini
Kumencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Ilahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi

KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan

Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita

MA’ASSALAMA WA’ILALLIQA’
~ASSALAMUALAIKUM W.B.T~






Isnin, 16 September 2013

kepadamu wahai insan yg teristimewa dalam hatiku



Mak , knapa mak tinggalkan sy di saat sy masih lg mmrlukan mak . sy sgt merindui mak. Sgt rindu. Mak, knapa perpisahan brlaku antara kita ? Adakah ini satu ujian @ hikmah utk sy ? mak , knapa mak ??? sy begitu mncintai mak , menyayangi mak... knapa mak ??? knapa ???  Ya Allah , aku trlalu merindui arwah mak.... aku x sanggup menanggung keperitan sebegini... Sakit nya lah...

DAMAILAH MAK DI SANA... MOGA MAK DITEMPATKAN DALAM KALANGAN ORG2 YG BERIMAN... INSYAALLAH... AMIIN YA RABB...

kali terakhir ku lihat wajahmu (lirik) uji rashid

Rabu, 4 September 2013

SATU TEKAD

http://www.youtube.com/watch?v=D328F7alQX0

Berikan ku sebaris kata
Untuk ku susuri jalan gelita
Mentera keramat kata pujangga
Azimat yang bermakna
Di depan simpang bercabang tiga
Tak tahu mana satu arahnya
Kanan kiri manusia berdusta
Mungkir pada yang Esa
Mungkin ku bukan watak utama
Dalam pentas lakonan dunia
Bimbang juga ku turut sama 
Pastinya aku yang binasa
Berikan aku pedoman
Arah mana jalan kehidupan
Untukku teruskan pengembaraan
Tak rebah dan tak tersalah langkah
Tunjukkan aku kawan
Simpang mana arah kejayaan
Timur, utara juga selatan
Atau arah matahari terbenam
"Bersama menyusuri jalan
Para rasul nabi junjungan
Menuju ke puncak gemilang terbilang
Iman di dada mengiring langkah

Lagu nasyid ini bkn sekadar hiburan semata - mata , tapi , hayatilah dan renung - renungkanlah senikata lagu ni agar mnjadi pedoman dlm kehidupan kita sbg manusia di alam fana ini...

Ahad, 1 September 2013

MORAL VALUE DARIPADA FILEM ‘AYAT – AYAT CINTA’

Masih relevankah persoalan mengenai kebaikan seorang muslim @ muslimah dalam kalangan umat islam yg kian berkembang trhadap org – org kafir...? baiklah , di sini saya akan cuba mmbahaskan topik yg mnjadi perbualan hangat suatu ketika dahulu. Menurut saya , sbg seorang manusia & sbg seorang muslimah tidak salah menolong org – org yg mmrlukan prtolongan. Selagi kita mampu. Kita wajib melakukannya. Apatah lagi kpd saudara sesama islam. Katanya islam itu bersaudara. Bahkan kita disuruh untuk brbuat baik trhadap org – org kafir selagi mereka itu tidak menentang agama suci kita. Terdapat sesetengah org – org kafir yg menuduh islam itu ‘terrorist’. Itu tidak dinafikan memg wujud fahaman trsebut. Islam itu mngajar kita utk brbuat baik kpd sesiapa pun. Sbg contoh kita lihatlah penderitaan bangsa - bangsa Arab , Palestin , Iraq , Afghanistan yg didera dgn kejam oleh bangsa Yahudi. Apatah lagi Zionis yg durjana itu. Kita kasihan melihat mereka. Sebab itulah , Negara kita , Malaysia mahu menghulurkan bantuan tidak kira lah dlm bentuk wang , makanan mahupun keperluan lain.

Sebagai seorang manusia yg mmpunyai hati nurani , bantulah selagi kita mampu dan selagi org – org kafir itu tidak menentang ajaran agama islam. Kalau boleh , kita prkenalkan islam kpd mereka. Keindahan islam. Betapa islam itu amat mementingkan prsaudaraan sesama muslim. Mementingkan kedamaian , kehormatan & tatasusila. Secara tidak langsung , mereka akan fikir yg islam itu bkn terrorist. Tp, islam itu mengajar brbuat kebaikan & mnghormati sesama manusia. Kita cuba tarik prhatian mereka  mngenai islam. Sama ada mereka mahu memeluk islam atau tidak, itu terpulanglah pada mereka. Islam tidak memaksa. Tidak sama sekali. Saya tegaskan sekali lg , islam itu mnegajar kita utk brbuat baik. Maka kita prlulah mnghulurkan bantuan walaupun kpd org – org kafir selagi mereka itu tidak menentang agama Islam.

AKHIR KALAM,
ASSALAMUALAIKUM W.B.T J

Sy hanya penulis @ pengarang bagi blog ini, jika ada terdapat kesilapan. Silalah perbetulkan. Penceritaan di atas, sy petik daripada filem ‘AYAT – AYAT CINTA’.



Jumaat, 30 Ogos 2013

Tabarruj dan Ikhtilath mendatangkan laknat

Di Mustadrak Al-Hakim dan di Musnad Imam Ahmad dari Abdullah bin Umar Rasulullah saw bersabda,

يَقُولُ سَيَكُونُ فِي آخِرِ أُمَّتِي رِجَالٌ يَرْكَبُونَ عَلَى السُّرُوجِ كَأَشْبَاهِ الرِّجَالِ يَنْزِلُونَ عَلَى أَبْوَابِ الْمَسْجِدِ نِسَاؤُهُمْ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ عَلَى رُءُوسِهِمْ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْعِجَافِ الْعَنُوهُنَّ فَإِنَّهُنَّ مَلْعُونَاتٌ لَوْ كَانَتْ وَرَاءَكُمْ أُمَّةٌ مِنْ الْأُمَمِ لَخَدَمْنَ نِسَاؤُكُمْ نِسَاءَهُمْ كَمَا يَخْدِمْنَكُمْ نِسَاءُ الْأُمَمِ قَبْلَكُمْ


“Akan datang di akhir umatku nanti laki-laki yang naik pelana (mewah) layaknya laki-laki yang turun ke pintu-pintu masjid, wanita-wanita mereka mengenakan pakaian namun telanjang, di kepala mereka seperti punuk unta kurus. Kutuklah wanita-wanita itu karena sesungguhnya mereka itu terkutuk. Jika setelah kalian ada kaum, tentu wanita-wanita kalian akan melayani wanita-wanita mereka sebagaimana wanita-wanita kaum terdahulu melayani kalian.”

Tabarruj dan Ikhtilath adalah Permulaan Zina

Setiap kali penyimpangan terjadi akan melahirkan penyimpangan lain yang lebih besar. Ketika wanita tidak menutup auratnya dan tidak menjaga kehormatannya dengan bercampur bersama lelaki yang bukan muhrimnya, terlebih dengan dandanan yang menyebar fitnah, rasa malu sudah sirna dan ghirah lelaki mulai tiada, maka hal-hal haram menjadi mudah dilakukan bahkan dosa-dosa besar menjadi hal yang biasa dan wajar. Termasuk di antaranya zina. Di tengah masyarakat kita sekarang terjadi perbezaan persepsi tentang zina. Bahkan tidak ada undang-undang yang menjadikan zina sebagai kejahatan kecuali ia terkait dengan hak-hak asasi manusia.

BERDOSAKAH BAYI ITU ???



Di mana letaknya rasa kasih & sayang sbg seorang manusia yg bernama perempuan trhadap seorang insan yg kepingin sekali melihat dunia. Di mana letaknya sikap perikemanusiaan sbg manusia. Sy maksudkan di sini ialah gamaknya seorang wanita yg bergelar ‘IBU’ snggup mmbuang bayi yg dikandung selama 9 bulan 10 hari. Teganya mereka.... itu manusia atau bukan... benarlah , kita sudah berada di akhir zaman. Kita kan umat Nabi Muhammad. Baginda adalah nabi yang terakhir maka kita adalah umat akhir zaman. Tidakkah mereka takut akan Neraka , Hari Pembalasan... Astaghfirullahalazim , tidak terjangkau dek akal fikiran sy betapa dahsyatnya Hari Kiamat itu. Bayi itu tidak berdosa sama sekali , mengapa wanita – wanita itu mmbuang bayi mereka. Oh , kerana mereka malu anak yg dikandungnya itu tidak ber ‘ayah’. Sekalipun tiada ayah @ lelaki itu tidak mahu bertanggungjawab , janganlah bayi itu menjadi mangsa. Pada akhirat kelak , bayi itu sendiri yang akan menarik tangan ibunya ke pintu Neraka. Masya Allah. Itulah yang dapat sy ceritakan mengenai pembalasan ke atas seorang ibu yang membuang bayi mereka yang tidak berdosa. Intihannya , masyarakat janganlah memandang hina trhdp insan sebegini krn kalian tidak mengetahui apa2 pun berkaitan mereka & sesungguhnya hanya Allah sahaja yg Maha Mengetahui,...

Kisah ini sy kongsikan drpd seorg ustazah sy ~
Ma’assalama Wailalliqa’ J

                                      

Khamis, 29 Ogos 2013

Sekadar Renungan Bersama

kita ni manusia biasa. punya kelemahan , punya kekurangan... tetapi , di sebalik itu semua , ada trsembunyi kelebihan @ keistimewaan... setiap org mmpunyai karakter yg berbeza - beza... adakah kita semua ni sama dari segi tingkah laku...??? tidak kan... kalau semuanya sama , tidak lah Allah jadikan Syurga , Neraka , dan Titian Siratul Mustaqim... bukankah kita ni hamba Allah yg masing2 punya akal fkran yg dianugerahkan oleh Allah... Intihannya, gunakanlah sebaik - baik nya akal tersebut... secara hakikatnya, kita akan nampak salah org lain , sedangkan kita pun ada slh jgk... tapi , fikirlah secara positif... bukan semua manusia itu sempurna... tapi, akal sseorang manusia memainkan peranan yg amat pnting dlm kehidupan sehari - harian... 
Renung - renungkalah J

Rabu, 21 Ogos 2013

Astaghfirullah - Hafiz Hamidun

Kewajipan Menutup Aurat

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا Maksudnya : Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : “Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (al-Ahzab : 59)

KARENAH MANUSIA....

Manusia oh manusia... yang namanya manusia tu mestilah yg berakal fikiran yg waras. Bukan akal tu dijadikan utk jadi batu. X mau fikir ape2. Kita ni manusia yg dijadikan oleh Allah dengan sebaik – baik kejadian. kita patutnya rasa bersyukur sbb dilahirkan normal. X spt insan – insan lain yg kurg bernasib baik. Mereka dilahirkan ada yg tidak normal. Umpamanya cacat anggota badan dan sebagainya. Pernah x kita terfikir kenapa insan yang dilahirkan sebegitu, mereka tahu yang mereka ni tidak sempurna tetapi mereka masih bersyukur dgn apa sahaja pemberian Allah. Kerana mereka tahu, itu sudah menjadi bahagian mereka. Jadi, mereka redha dengan ketentuan Takdir Ilahi. Kenapa kita ni yang dilahirkan dgn sempurna, cukup sifat, tapi kurg bersyukur pada Sang Maha Pencipta. Tidak dinafikan, kadangkala kita akan mengeluh apabila ditimpa sesuatu musibah. Tapi sebenarnya, musibah itulah yg mengajar kita erti bersyukur pada Allah. Oklah, masuk sikit bab agama ye... bersyukur ni terbahagi kpd 3 iaitu => melalui lisan (lidah). Misalnya ungkapan kata ‘Alhamdulillah’ , memuji Allah , berzikir & bertasbih. Melalui perbuatan. Misalnya menggunakan nikmat utk kebaikan , bersedekah , solat , mengeluarkan zakat & sebagainya. Dan yang ke 3 melalui hati (iktikad). Misalnya sentiasa mengingati Allah , ikhlas , redha & sebagainya. Haaa... itulah pengertian bersyukur yg sebenar – benarnya. Dah nama pun manusia, memanglah terkadang tu kita rasa banyak masalah yg menimpa diri kita. Tapi, selagi kita masih mengingati Allah, insyaAllah, Allah itu akan sentiasa berada dekat dgn kita. Allah itu sifatnya Ya Ghaffar (Maha Pengampun). X rugi pun kalau kita jadi manusia yg pandai bersyukur. Kita ni dah umat akhir zaman, bumi kita ni ibaratnya telah berada di hujung lidah malaikat Israfil. Tiupan yg pertama, semua manusia dan segala apa yang Allah cipta, semuanya hancur, musnah sama sekali. Manakala tiupan yg kedua ialah semua manusia dibangkitkan dari kubur dan dikumpulkan di Padang Mahsyar. Pada masa tu lah, skrin terbentang luas yang menunjukkan segala amalan kita ketika berada di dunia. Masa tu, kita dah x blh nak buat apa2 lagi dah. Mulut kita semua akan dikunci. Tidak dibenarkan bercakap. Yang bercakap cumalah anggota badan kita sahaja. Allahuakbar !!! MasyaAllah !!! Sungguh dahsyatnya hari tersebut. Intihannya, segala apa yang kat dunia ni adalah yang bersifat sementara sahaja. Bersyukur itulah ‘mahar’ kita semua utk  menggapai Syurga milik Allah S.W.T ... wallahua’lam bissawab ~

Jumaat, 16 Ogos 2013

SAHABAT – SAHABAT SY KETIKA ZAMAN SEKOLAH MENENGAH 





FORM 4 ARIF


RAYA 2010
DIA MAHFUZA
DIA HAFIFFY

    2 JEJAKA MALAYA
ZAPIN

~SEKIAN~

AL – AZHAR DAN MESIR


AL – AZHAR DAN MESIR

Kalau tiada sungai Nil, maka tiadalah mesir, tiadalah Al – Azhar, dan tiada peradaban dalam Islam. Yang ada hanyalah gurun pasir semata-mata...


Rabu, 14 Ogos 2013

A TRIBUTE TO MY BELOVED LATE MOM


Mak, apalah ertinya kehidupan sy tanpa mak di sisi. Walaupun yang patah tumbuh, yang hilang berganti, tp, sy tetap merindui mak. Sy begitu mendambakan belaian mesra mak. Kenapa mak tinggalkan sy di saat sy masih lg memerlukan mak...? Takdir Allah... x de sapa yg sanggup melawan. Tidak teringinkah mak melihat sy membesar di depan mata mak, bersalam, kucup tgn lembut mak, melihat sy pergi menuntut ilmu setiap hari... tidak teringinkah mak melihat wajah sy mirip siapa... bpk kata wajah sy mirip wajah mak. Benarkah mak...? Mak, Allah itu Maha Adil kan... DIA temukan sy dgn seseorang yg pastinya bknlah terdiri drpd kaum hawa. Tetapi , kaum adam. Insan itulah yg tidak jenuh menasihati sy saban kali kami berkomunikasi. Insan itu berada dekat keluarga kita mak. Lucunye lah bila kali prtama kami brkenalan, kami sesama sendiri x tahu bhwa sebenarnya kami ni duduk dalam 1 tempat cuma lain nama jalan. Mak, restuilah jalinan persahabatan sy dgn dia. Sy syg dia. Mak, insyaAllah, suatu hari nanti sy akan temankan mak di ‘sana’. Sy nak balas dahulu jasa & pengorbanan bpk, ibu serta org yg sy sygi iaitu dia. Sy nak kumpulkan amal ibadah sblum sy pergi menemui mak. Sy saaaaaaaaaaaaayang mak sgt2.... sy riiiiiiiiiiiiiindu mak sgt2....
AL – FATIHAH FOR MY LATE MOM

Sabtu, 27 Julai 2013

KEMAAFAN


Istilah tersebut begitu sinonim sekali dalam kalangan umat manusia. Apabila sseorang itu berbuat salah tidak kira sama ada terhadap sesama manusia mahupun dgn Allah. Memg lumrah hidup manusia. Tiada manusia yg x prnah melakukan kesilapan. Tetapi, wajarlah meminta kemaafan. Sebelum ajal menjemput kita. Kemaafan sesuatu yg begitu didambakan oleh setiap manusia yg pernah melakukan kesilapan. Kemaafan itu jugalah yg dapat menghapuskan dosa – dosa kecil kita. Allah itu Maha Pengampun Maha Mengasihani. Sedangkan nabi Muhammad itu ampunkan umatnya. Apatah lg kita manusia biasa yg tiada darjat mahupun kuasa. Selagi kita masih hidup, maafkanlah insan – insan yg pernah menganiaya kita. Berpeganglah pada prinsip bhwa Allah akan mmbalas segala prbuatan jahat manusia trhadap kita. Memohon kpd Allah agar insan itu sedar drpd kekhilafannya. Memohon agar insan itu kembali ke pangkal jalan, iaitu jalan yg sentiasa diredhai Allah...

KELEBiHAN MENGUKIR SENYUMAN


Janganlah kedekut mengukir senyuman, ukirlah senyuman dari hati. Senyuman adalah perkara yg mudah.
Senyuman boleh menghilangkan stress krn blh menghilangkan rasa lelah, bosan dan juga sedih. Ambillah masa untuk senyum dengan mengenang perkara indah krn ia akan membuat fikiran lebih tenang.
Senyum akan menunjukkan kita kuat.
Kadangkala kita akan merasa duka dan kecewa krn masalah yg dihadapi di sekeliling kita. Namun tutuplah kesedihan itu dgn senyuman krn ia menunjukkan yg kita ini tabah dan sabar mghadapi dugaan.


Jumaat, 26 Julai 2013

PENGHAYATAN KEHIDUPAN




Kemusykilan senantiasa melanda diriku dari dulu hinggalah skrg. Sebenarnya, erti sebuah persahabatan yg sebenar bagaimana ye...? Humm... mnjadi tanda tanya ni... Aku begitu mendambakan sebuah persahabatan yg benar2 tulus , ikhlas , saling mempercayai antara satu sama lain , tiada percanggahan pendapat , menerima pendapat masing – masing dgn fikiran yg terbuka , mghormati rakan , yang paling penting skali ialah tidak sesekali cuba mengkhianati , berhasad dengki. Apatah lagi, terhadap teman sendiri. Walhal, seluruh umat Islam sudah sedia maklum bhwa, apabila sseorang rakan mengkhianati rakan yg lain, itu dikira sbg memakan daging saudara sendiri. Menjijikkan... Itu hukum karma kan... kita mestilah beringat bahawa ada mata yg sentiasa mengawasi segala gerak – geri kita di dunia. Kita ni manusia biasa. Masing – masing mmpunyai kelebihan & kekurangan. Tiada yg sempurna. Tetapi, sbg manusia yg benar2 mmpunyai hati yg suci & bersih seharusnya mencuba yg terbaik dlm melakukan amal kebaikan. Bukan apabila kita melakukan kebaikan , kita mahu diri kita ni disanjung, dihormati atau dipuji. Sekurang – kurangnya, berbuatlah baik trhadap sesama manusia terutamanya insan yg bergelar SAHABAT. Tidak rugi jika kita melakukan kebaikan, malah kita akan mendapat ganjaran pahala. InsyaAllah... Intihannya, sbg manusia, cubalah berbuat baik terhadap sesama rakan, bknkah itu amalan yg mulia.... kalau buat perkara yg x baik, maka, senang – senang la dpt dOsa free, makin tebal lah buku catatan sebelah kiri. Apabila dihisab di padang Mahsyar kelak, x seimbang, sbbnya sblh kiri lbih berat drpd sblh kanan. Mnjaga imej diri itu pnting, memang pun dituntut dalam Islam. Sbg manusia, renung2kanlah , fikir2kanlah...

JWALLAHUA’LAM BISSAWABJ

Munajat Keampunan Zikir Doa Taubatan Nasuha

Selasa, 23 Julai 2013

HADiTH

DARI ABI SA'ID AL KHUDRI, IA BERKATA : RASULULLAH S.A.W BERSABDA : "SAHUR ITU SELURUHNYA BERBERKAH, KERANA ITU JANGANLAH ENGKAU TINGGALKAN, SEKALIPUN SESEORANG DI ANTARA KAMU HANYA MENEGUK SEGELAS AIR. SESUNGGUHNYA ALLAH & MALAIKAT MEMBERIKAN RAHMATNYA KPD ORANG - ORANG YANG BERSAHUR".

HADITH RIWAYAT AHMAD

DIPETIK DRPD KITAB "170 AMALAN YANG DITERIMA"

Isnin, 22 Julai 2013

Ke Makam Bonda-UNIC

Brothers - Doa Perpisahan

RASA CiNTA OK, MENDEKATi ZiNA KO


Bercinta sebelum berkahwin, merupakan suatu istilah yang penuh dengan teka – teki. Apa yang kita faham ?
Mempunyai rasa cinta kpd lawan jenis, tidaklah berdosa. Lebih –lebih lagi, jika diyakini bahawa rasa cinta itu tidak akan membawa kpd MAFSADAH atau kerosakan. Yang bahayanya ialah apabila ‘rasa cinta’ itu diurus dengan cara – cara yang menghampiri zina.

Ahad, 21 Julai 2013

Ustaz Asri Dalam kenangan - Pergi Tak kembali

Rabbani - Pergi Tak Kembali

MENGAPA KiTA SUKAR MELAKUKAN AMAL KEBAiKAN, SEDANGKAN ITU YANG DiTUNTUT DALAM AJARAN AGAMA SUCi ISLAM


Kadangkala, aku sering tertanya – tanya mengapa insan seperti kita sukar sekali mahu melakukan amal kebaikan. Walhal kita ini dicipta oleh Allah dengan sebaik – baik kejadian. Dikurniakan dengan akal fikiran yang sempurna & tubuh badan yang sihat. Tetapi , apa yang dilarang oleh Allah, itulah yang kita cuba dekati & lakukan. Di mana terletaknya kesedaran & keinsafan sebagai seorang manusia yang mempunyai hati nurani? sebelum tidur pada waktu malam, aku sering bermuhasabah diri. Menyingkap asal – usulku. Adakalanya , aku merasakan penyesalan yang teramat sgt dengan apa yg aku dah lakukan. Aku rasa aku ini terlalu berdosa. Secara tidak sedar, aku telah menzalimi diri sndiri , menzalimi insan – insan yang amat aku sayangi, aku zalim terhadap Allah. Terkadang aku terfikir, manusia jenis apakah aku ini...? terlalu bnyk perkara yang aku buat adalah berdasarkan hawa nafsu, bukan melalui pemikiran yang waras. Aku mahu berubah. Merubah diriku ke arah kebaikan. Ke arah jalan yang senantiasa diredhai Allah. Niatku mahu menjadikan diriku wanita yang solehah, anak yang taat kpd kedua ibu bapa selagi mereka masih ada di dunia ini, menghadiahkan seutus doa nan suci untuk arwah mak yang kucintai sehingga terhentinya nafasku... INSYAALLAH, aku akan cuba melakukan kebaikan sebagaimana yang dituntut dalam ajaran agama kita yang suci iaitu ISLAM.
JSALAM NAN KUDUSJ
  

NASiHAT KHAS UNTUKMU KAUM HAWA

Hadapkanlah dirimu ke kiblat arah solatmu. “Tanda taat dan akur akan perintah Allah SWT”. Menjadi tumpuan pengabdian dalam menggapai ibadah yang sempurna. Solat yang betul arah kiblatnya bererti dia menghadap Allah SWT. Tidak membelakangi kiblat atau tersilap arah dek cuai saat menentukan arah kiblat. Malah seluruh anggota jasadmu lurus menghadap satu arah yang sama dengan jutaan umat Islam yang lain.

KETiKA CiNTA MEMANGGiL

Ada tiada rasa dalam jiwaRindu akan memanggil MuKarna setiap jiwa tlah bersumpah setiaHanyalah pada Mu

Bila cinta ada di dalam jiwaWangi bunga dunia tanpa nestapaSgala yang dirasa hanyalah DiaHatikan memuja hanya padaNya

Ketika cinta memanggilGemetar tubuhkuKetika cinta memanggilHangatnya nafaskuKetika cinta memanggilSang rinduKetika cinta memanggil

Rindu...rindu...rindu kalbumemanggil-manggil nama MuSeperti terbang di langit Mutenggelam di lautan cinta Mu

Bertabur kalbu yang rinduMelebur menjadi satuBagai menari diiringi pelangiKetika cinta memanggil