Dahulu aku hanya mengenali dia sbg seorg penyelamat.
Dia sudi menjadi penyelamat setia dalam hidup aku , kini dan InsyaAllah hingga
ke hujung nyawaku. Bagiku dia umpama lilin yang sentiasa menerangi aku dikala
aku dalam kegelapan. Dia sudi memberi aku cahaya (NUR) . aku pula umpama
seorang gadis yang tersesat di tengah – tengah gurun pasir yang tandus. Lalu dia
menyelamatkan aku daripada api bahang & kepanasan. Dia memberi aku perlindungan
sehingga tiada siapa yang berani berbuat jahat kpdku. Dia insan yang amat aku
sayangi. Pada awal perkenalan , aku hanya meminta pertolongan dari dia, aku
amat berharap barang itu dapat dibaiki. Sebulan lamanya barang aku pd org yg
mmbaiki barangku itu. Aku rasa malu yg tidak terhingga. Dari situlah bermulanya
perkenalan antara aku dan dia. Setelah 4 bulan aku dan dia berkenalan, rupa2nya
dia tinggal dalam satu kwsan dgnku. Cuma lain nama jalan sahaja. Sampai lah
suatu hari tu, dia memberitahuku bhwa ayah yg dikasihinya tlh pulang ke
Rahmatullah. Innalillahiwainnailaihiraji’un. Sebelum arwah meninggal , arwah
tlh pun jatuh sakit akibat drpd pendarahan dalam otak yang serius. Dia kata
arwah terjatuh di rumah. Aku bersimpati. Aku meletakkan diriku di tempat dia. Sbb
aku juga pernah kehilangan seorang insan yg ku gelar “mak”. Mak pergi
meninggalkan aku ketika usiaku baru mencecah 3 tahun. mak menderita krn
penyakit yang dialaminya. Bagi aku , itu hanya alasan, tapi, sbb yang
sebenarnya, tidak perlu diceritakan. Aku tidak mahu menjatuhkan keaiban org
lain. Biarlah ia berlalu. Aku merana sehingga kini krn mak yang mengandungkan
& menyusukan ku telah tiada di dunia ini. Tapi, aku dikurniakan seorang “ibu
baru”. Ibu sudi menggantikan posisi arwah mak. Aku membesar dgn air tangan ibu
dr usiaku 4 thn shgga skrg. Aku bersyukur padaMu Ya Ilahi. Aku tahu hati dia
derita & merana krn kehilangan tempat bergantung hidup , seorang ayah ,
seorang sahabat yang setia menemani dia x kira senang mahupun susah. Manakan
tidak , sudah 24 tahun dia hidup bersama arwah ayahnya itu. Sekarang , usia dia
sudah pun menjangkau 26 tahun. Begitu pantas masa berlalu. Dia insan yang
begitu cekal , tabah dalam menjalani hari2 yang mencabar kesabaran dia. Adakalanya
dia mengeluh , tapi , dia sedar itulah lumrah kehidupan yg sebenar. Aku sering
mendengar luahan rasa hati dia , dan aku telah menjadi pendengar yg setia. Kami
sering kali bertukar2 cerita mahupun kisah hidup kami. Aku selalu meminta
nasihat drpd dia. Sekalipun, dia tidak pernah megecewakan aku. Lazimnya,
pendapat mahupun nasihat @ kata2 motivasi yang diluahkannya boleh digunapakai
dan aku amalkan shngga sekarang. Seakan sudah menjadi pedoman dlm hidup aku
sehari – harian. Aku amat berterima kasih kpd dia. Terima kasih yg tidak
trhingga. Hanya Allah sahaja yg dapat mmbalas segala pertolongan dia. “JAZAKALLUHU
KHAIRAN KHATSIRA” – SEMOGA ALLAH MMBALASMU DGN KEBAIKAN. Itu juga merupakan
salah satu ungkapan yg sentiasa diberikan kpdku. Alhamdulillah , syukran Ya
Rabb, krn Kau tlh mmpertemukan aku dgn insan sebaik dia. Blum pnah aku jumpa insan
sprti dia. Baik , bersopan – santun , menghormati org lain , sentiasa berfikirn
terbuka , sentiasa mmberi aku kata2 sokongan dll. Di mataku, dia begitu sempurna.
Tapi , pd pandangan Allah , semua manusia
itu sama sahaja di sisiNya. Yang membezakan adalah sikap @ amal kebaikan atau
kejahatan seseorang itu ketika hayatnya di dunia. Aku terpegun , terpesona
& tertarik krn sikapnya. Tingkah laku dan kata2 dia sesuai dgn fitrah sbg
seorang manusia. Aku kagum. Ada hikmah di sebalik perkenalan aku dan dia. Cuma baru
sikit yg aku sedar & nampak. Ibu bapaku teringin sungguh mahu berkenalan
dgn dia. Tapi , aku tahu dia seorang yg pemalu. insyaAllah , suatu hari nnti,
aku akan mngajak dia btemu dgn keluargaku. Sehingga kini , aku masih setia
menghubunginya. Aku mahu menghiburkan hati dia. Aku tidak mahu dia stress @
tertekan dgn pekerjaannya. Aku menyayangi dia umpama aku menyayangi arwah mak. Aku
ini sifatnya ada manja. Tapi , kemanjaanku jarang aku tunjukkan. Dan aku tidak
tahu bagaimana mahu dipamerkan. Sudah 16 tahun aku sunyi sebelum aku mngenali
dia. Sungguh , terlalu banyak kenangan @ memori yang tlh pun tercipta &
diukir indah sepanjang perkenalan kami. Ada pahit dan ada manisnya. Yg pahit ,
aku jadikan ia sempadan dlm hidupku. Supaya aku tidak mengulanginya lg. aku
sentiasa beringat , aku ini perempuan. Aku wajib mnjaga tingkah laku , kata2
& maruah diri agar tidak brlakunya fitnah. Aku lihat dia pun mmbuat prkara
yg sama dgnku. Kepada dia , aku ada lagu yg ingin disampaikan kpd dia sebentar
sahaja lg. aku mahu menamatkan kisah ini dengan memohon seribu kemaafan jika
aku ada brbuat sebarang kslhn. Sudilah dia memaafkan diriku ini…. Terimalah lagu
nasyid ini , “ TEMAN SEJATI ~
BROTHERS ~
Selama ini
Kumencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci
Bersyukur kini
PadaMu Ilahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui
Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita
Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...
KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita
Kumencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci
Bersyukur kini
PadaMu Ilahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui
Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita
Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...
KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita
MA’ASSALAMA WA’ILALLIQA’
~ASSALAMUALAIKUM W.B.T~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan