Manusia oh manusia... yang namanya manusia tu mestilah yg
berakal fikiran yg waras. Bukan akal tu dijadikan utk jadi batu. X mau fikir
ape2. Kita ni manusia yg dijadikan oleh Allah dengan sebaik – baik kejadian.
kita patutnya rasa bersyukur sbb dilahirkan normal. X spt insan – insan lain yg
kurg bernasib baik. Mereka dilahirkan ada yg tidak normal. Umpamanya cacat
anggota badan dan sebagainya. Pernah x kita terfikir kenapa insan yang
dilahirkan sebegitu, mereka tahu yang mereka ni tidak sempurna tetapi mereka
masih bersyukur dgn apa sahaja pemberian Allah. Kerana mereka tahu, itu sudah
menjadi bahagian mereka. Jadi, mereka redha dengan ketentuan Takdir Ilahi.
Kenapa kita ni yang dilahirkan dgn sempurna, cukup sifat, tapi kurg bersyukur
pada Sang Maha Pencipta. Tidak dinafikan, kadangkala kita akan mengeluh apabila
ditimpa sesuatu musibah. Tapi sebenarnya, musibah itulah yg mengajar kita erti
bersyukur pada Allah. Oklah, masuk sikit bab agama ye... bersyukur ni terbahagi
kpd 3 iaitu => melalui lisan (lidah). Misalnya ungkapan kata ‘Alhamdulillah’
, memuji Allah , berzikir & bertasbih. Melalui perbuatan. Misalnya
menggunakan nikmat utk kebaikan , bersedekah , solat , mengeluarkan zakat &
sebagainya. Dan yang ke 3 melalui hati (iktikad). Misalnya sentiasa mengingati
Allah , ikhlas , redha & sebagainya. Haaa... itulah pengertian bersyukur yg
sebenar – benarnya. Dah nama pun manusia, memanglah terkadang tu kita rasa
banyak masalah yg menimpa diri kita. Tapi, selagi kita masih mengingati Allah,
insyaAllah, Allah itu akan sentiasa berada dekat dgn kita. Allah itu sifatnya
Ya Ghaffar (Maha Pengampun). X rugi pun kalau kita jadi manusia yg pandai
bersyukur. Kita ni dah umat akhir zaman, bumi kita ni ibaratnya telah berada di
hujung lidah malaikat Israfil. Tiupan yg pertama, semua manusia dan segala apa
yang Allah cipta, semuanya hancur, musnah sama sekali. Manakala tiupan yg kedua
ialah semua manusia dibangkitkan dari kubur dan dikumpulkan di Padang Mahsyar.
Pada masa tu lah, skrin terbentang luas yang menunjukkan segala amalan kita
ketika berada di dunia. Masa tu, kita dah x blh nak buat apa2 lagi dah. Mulut
kita semua akan dikunci. Tidak dibenarkan bercakap. Yang bercakap cumalah
anggota badan kita sahaja. Allahuakbar !!! MasyaAllah !!! Sungguh dahsyatnya
hari tersebut. Intihannya, segala apa yang kat dunia ni adalah yang bersifat
sementara sahaja. Bersyukur itulah ‘mahar’ kita semua utk menggapai Syurga milik Allah S.W.T ...
wallahua’lam bissawab ~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan