DAKWAH SEORANG
PEMUDA
Aku diam, aku dengar
Aku cuba selami hati sanubarinya
Dia seorang insan yang sangat merendah diri
Patuh pada agama Islam
Bangga dengan agama yang dianutinya
Takut akan Allah
Cinta pada Nabi
In shaa Allah
Dia tidak setampan Nabi Yusuf
Suatu hari, dia menyuarakan hasratnya kepadaku
“Nak jadi seorang pendakwah”
Dia tahu jika nak jadi seorang pendakwah,
hati mesti cekal
Perlu ada pendekatan dalam jihad berdakwah
Perlu ada konsep dan jalan-jalan wahyu
Dia pernah berusaha membawa ramai sahabat-
sahabatnya
Pulang ke jalan yang Allah redha
Kebanyakan orang yang melihat dia
pasti tidak akan mengetahui apa-apa
zahirnya, dia seorang yang ceria, namun pendiam
selalu akan berusaha sedaya upaya membuat
orang-orang di sekelilingnya tersenyum bahagia
dia juga memaksa dirinya untuk tetap tersenyum
namun tiada siapa yang tahu
di sebalik dirinya yang periang
dia pernah dihimpit derita
hanya dia seorang sahaja yang tahu
jerih perih yang dialaminya
Hati Hawaku kian terusik, hiba
Aku tidak pernah jenuh memberikannya
Kata-kata semangat & sokongan
Kerana itu tugasku.
Jikalau dahulu dia yang sering membantu aku pulang
Ke jalan ‘Siratul Mustaqim’.
Kini, biarlah giliranku pula
Yang menjadi ‘tulang belakang’ untuk dia.
Walaupun tidak sepenuhnya,
cukuplah dapat sebahagian.
Allah Maha Mengetahui segala-galanya.
Aku percaya suatu hari nanti in Shaa Allah
Dia akan menggapai hasratnya itu,
‘Pendakwah’…
Biarlah tidak terkenal di mata manusia mahupun
di mata dunia
Asalkan dakwah yang disampaikannya itu
Bermanfaat & mudah difahami.
“Kun Fayakun”
“Allah Yuftah Alaikum” J
~WALLAHUA’LAM~


Tiada ulasan:
Catat Ulasan