Sebarkan Bahagia

Sebarkan Bahagia

Watching My Video Clip

Selasa, 14 April 2015

KALAM~

KATA-KATA DARI NOVEL ‘PADANYA ADA CINTA’


Impian itu seperti buah. Manusia yang tidak punya impian, umpama pohon yang tidak berbuah. Hanya tahu menggugurkan daun-daun kering. Terkadang jadi tempat burung berehat & manusia bersandar, namun tidak ada buah yang boleh membuatkan burung-burung & manusia iu tersenyum.

Tulisan itu umurnya lebih panjang berbanding kita kerana apa sahaja yang kita tulis di dunia akan dibaca semula di akhirat. Oleh itu, tulislah perkara yang benar & perkara yang baik. Anggap tulisan kamu adalah karangan untuk Allah, kerana ia juga dibaca di hadapanNya nanti, juga di hadapan seluruh umat manusia. Jangan nanti kita malu sendiri apabila karangan kita dibaca.

Ayah seperti tukang ukir kayu, mengukir kayu dengan 1 hasrat, iaitu menebarkan pesona daripada ukurannya. Dia menukarkan kayu yang kosong & tiada apa-apa, menjadi indah & menyegarkan. Memandangnya sahaja sudah membuatkan manusia bergeming. Itulah ayah J

“Kita tidak aka nada kehidupan dalam cinta, sekiranya kita tiada cinta dalam kehidupan”.

Menulislah dengan hati, kerana pembaca akan merasainya dengan hati. Tetapi, bagaimana caranya menulis dengan hati. Pastikan kita menulis dengan hati yang bersih, kerana itu yang akan terpamer kukuh pada tulisan kita & itu yang dirasai oleh para pembaca. Sekiranya menulis, perlukan tema & pilihlah tema yang memasang harapan.

Apalah maknanya sabar sekiranya tiada ujian, apalah makna bahagia sekiranya tidak pernah berasa susah ?

A to Z : Terima kasih untuk manusia & Alhamdulillah untuk Allah.

Cubalah untuk mengerti sebab ujian yang Allah datangkan kepada kita. Cukup sulit. Kerana jawapan itu hanya ada dalam sabar & kita sendiri tahu, sabar itu sendiri sudah cukup sulit. Sabar itu terkadang hanya perlu seminit dua, terkadang berbulan & terkadang hingga kita mati, perlu terus bersabar.

Kita ubah diri sendiri, kerana kita sendiri adalah sebahagian daripada dunia. Saat kita mengubah diri sendiri, kita sudah mengubah dunia & kita sudah menjadi pejuang. Saat kita sudah melihat diri kita dengan cara yang berbeza, kita sebenarnya sudah berubah. Kerana sedia mengakui silap, juga sedia melihat kekuatan sendiri. Kita sudah menjadi pejuang yang mengubah dunia. Pedulikan bagaimana manusia melihat kita, kerana yang UTAMA adalah, bagaimana Allah melihat kita. Seorang manusia yang tahu apa kesilapan & apa kekuatannya. Ia sebenarnya adalah suatu bentuk perjuangan menentang hawa nafsu & ego.

Kafarah itu adalah ujian bagi orang baik yang berbuat dosa & ia menjadi penghapus dosanya. Bala pun adalah ujian bagi orang jahat yang berbuat jahat sebelum menerima azabnya di akhirat. Dan (ibtila’) iaitu musibah yang menimpa ke atas orang yang baik, sedangkan selama ini dia melakukan kebaikan. Ia sebagai tanda Allah sayang & mahu menguji iman si penerimanya.


Dunia penulisan itu, hasil akhirnya adalah tulisan yang tahan lama & terus dibaca sehingga bertahun-tahun. Dengan iman yang nipis, betapa sukarnya mahu mempertahankan ikhlas itu. 

Benar, perempuan yang menutup aurat tidak menjanjikan dirinya selamat daripada nafsu lelaki, tidak juga menjanjikan hatinya baik & benar, ia tidak menjanjikan dirinya akan bahagia. Tetapi, perempuan yang menutup aurat sudah menjanjikan dirinya bebas daripada dosa membuka aurat.

Tinta dari penulis blog ini =>

                     Aku tahu diriku bukanlah sempurna, bukanlah seorang hafizah, bukan juga seorang ustazah mahupun pejuang muslimah yang sejati. Tapi, aku sudah nekad mahu mengajak diriku ke arah wanita yang solehah. Ternyata, ia bukan mudah. Terlalu baaaaaanyak cabaran di luar sana. Aku percaya & yakin bahawa Allah itu sentiasa ada untukku. Hanya DIA yang mampu mencintaiku tanpa jemu. Allah Maha Mengetahui segala-galanya…

                   # Ada banyak perkara yang membuatkan aku berfikir semula tentang apa yang sudah aku lakukan sebelum-sebelum ini. Rasa berdosa bertandang di segenap ruang diriku. Namun, aku tahu Allah itu Ya Ghaffar , Maha Pengampun…. J


Tiada ulasan:

Catat Ulasan