Sebarkan Bahagia

Sebarkan Bahagia

Watching My Video Clip

Khamis, 28 Mei 2015

~WARKAH BERBAU HARUMAN KASTURI~







WARKAH UNTUKMU ALMARHUMAH EMAK TERCINTA


  بسم الله الرحمن الرحيم

Emak,
Selama 41 tahun emak hidup, anakanda berempat tahu emak menderita,
Tika kami melangkah ke alam dewasa ini,
Ayahanda sering bercerita mengenai dirimu.
Kami menyelusuri kisah hidupmu yang penuh dengan duka & sengsara,
Allahu,…
Emak,
Terima kasih kerana melahirkan kami dengan susah payah ke dunia nyata ini,
Jerih perih emak tanggung ketika mengandungkan kami berempat.
Emak,
Terima kasih kerana menyusukan kami,
Air susu emak telah lama mengalir di seluruh tubuh kami,
Oleh itu, kami mohon emak Halalkan air susu yang mengalir di tubuh kami.
Emak,
Besar sungguh pengorbananmu…
Andai emak masih hidup, emak boleh lihat kami 4 beradik membesar bersama-sama,
Pergi ke sekolah, salam & kucup tangan lembut emak.
3 orang anak emak yang lelaki dah bekerja & sudah pun berkeluarga,
Yang masih solo cuma anak emak yang perempuan tunggal ni,
Sebab anak emak ni masih meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu.
In shaa Allah….
Duhai emak yang kami sayang & cinta,
Kehilanganmu benar-benar meragut sebahagian kegembiraan kami semua,
Namun anakanda berempat redha di atas pemergianmu.
Emak,
Kehilanganmu sangat-sangat terkesan pada kami juga kepada ayahanda (suami emak),
Apatah lagi anak emak yang last ni,
Kerana di saat emak pergi, anakanda masih lagi memerlukan belaian kasih & sayangmu,
Dan ketika itu anakanda masih kecil lagi.
Emak yang kami sayang,
Pergimu ada pengganti,
Tapi, jauh di sudut hati kami yang paling dalam,
Emak tetap ada di hati kami termasuklah ayahanda,
Dan bagi anakanda, emak sentiasa hidup di jiwa anakanda & tak pernah mati.
Emak,
Kami teramat merinduimu, suaramu,
Yang kami dapat tatap kini cumalah album gambar kenangan emak bersama ayahanda,
Comelnya kalian berdua ketika mula-mula jadi pengantin baru …
Emak,
Anakanda berempat akan sentiasa mendoakan kesejahteraan emak di ‘sana’,
In shaa Allah, kami akan berjumpa emak di ‘sana’ suatu hari nanti,
Emak tunggu kami ya…
Doa kami anak-anak emak akan sentiasa mengiringi emak kat ‘alam sana’.
Emak yang kami sayang,
Walaupun kita tinggal di dunia yang berbeza, anakanda mohon sekali, emak doakan kejayaan kami di dunia mahupun di akhirat.
Emak, kami teramat rindu padamu,
Betapa sayunya hati kami tatkala mengingati dirimu,
Kami 4 beradik saaaaaaaaaayang yang teramat sangat pada emak,
Emak cinta hati kami selamanya,
In shaa Allah…

"Allahu Rabb, KAU tempatkanlah almarhumah emak kami yang tercinta dalam kalangan orang-orang yang beriman & beramal soleh…"

~Aamiin~

#Salam sayang nan kudus dari anakanda-anakandamu….
#LUAHAN HATI DARI SEORANG ANAK YANG RINDU AKAN BELAIANMU, SINAR MATAMU, SUARAMU….


Tiada ulasan:

Catat Ulasan