Sebarkan Bahagia

Sebarkan Bahagia

Watching My Video Clip

Khamis, 16 Januari 2014

~CINTA~

Cinta lahir dalam hati dan bukan dalam bicara.
Cinta boleh melukakan sekeping hati yang tidak berdosa. Cinta pada ALLAH saja yang kekal abadi.

Cinta itu adalah satu anugerah terindah. Cinta itu Cuma satu patah perkataan, maknanya berbeza bagi setiap insan.

Ramai orang pandai mengucapkan dan menghayati cinta, tapi tidak ada sesiapa yang pandai menilai cinta kerana cinta bukannya objek yang boleh dilihat dengan mata kasar, sebaliknya cinta hanya boleh ditilik melalui hati & perasaan.

Cinta memang indah, tapi apabila cinta disertai dengan dusta & pembohongan, maka keindahan cinta itu akan hilang.

Cinta tidak boleh dipaksa. Nantikan kehadirannya dengan sabar…..cinta datang pada saat yang tak terduga. Jangan lari dari cinta kerana cinta itu indah.

Cinta tak harus saling memiliki.

Cinta sangat misteri. Punya kekuatan yang sangat luar biasa. Bukan untuk difahami., tapi dirasa. Cinta adalah mencintai dan dicintai oleh insan yang ditakdirkan untuk kita. Hanya saat kita merasakan cinta, kita akan tahu apa itu cinta.

Cinta bukan dari kata – kata, tapi dari segumpal keinginan yang diberi kepada hati yang memerlukan.

Terputus cinta memang menyedihkan. Harus diingat bahawa
perpisahan itu ditentukan oleh jarak & masa. Kalau bersedih
kerana cinta terhalang dan tidak kesampaian… Anggaplah kesedihan
itu seperti hujan.... Walau lebat atau lama sekalipun, pasti akan reda jua...... Segalanya ketentuan Allah….

Kalau kita tiba – tiba jatuh cinta pada sahabat kita sendiri, perasaan itu jangan kita tunjukkan kerana cinta akan merosakkan nilai sebuah persahabatan yang merupakan satu anugerah dari ALLAH.
‘Cinta itu adalah suatu perasaan yang dikurniakan oleh ALLAH kepada setiap insan. Islam tidak pernah menghalang sesuatu yang merupakan fitrah. Tetapi islam memberikan garis panduan agar kehidupan mereka terpelihara daripada kerosakan. Mencintai seseorang hendaklah kerana mencari keredhaan ALLAH dan menurut peraturan syarak’.


Sabda Rasulullah S.A.W : “Tidak kami dapati pada dua orang yang sedang bercinta itu lebih baik daripada nikah.”
                                                                      (Riwayat Ibn Majah)


       Intihannya, jika ada di antara kalian yang mempunyai rasa cinta terhadap seseorang, peliharalah ia dengan sebaik – baiknya. Kalau kalian merasakan bahawa kalian masih lagi mencintai seseorang meskipun hubungan cinta kalian sudah retak, muhasabah lah diri. Mungkin ada hikmah di sebalik perpisahan yang terjadi. Setiap perpisahan pasti akan ada pertemuan yang lain. Begitu juga sebaliknya. Katakan pada pasangan anda, bahawa anda masih mnyayangi dia meskipun tiada apa – apa ikatan lagi di antara kalian. Cinta itu amat indah apabila dinikmati. Apatah lagi, cinta yang dirasakan adalah cinta fitrah. Usahlah sentiasa bersulamkan air mata tatkala kita rasa kecundang dalam percintaan. Sesungguhnya, pengalaman masa lalu bisa mngajar kita erti air mata dan kekuatan mental dlm percintaan. Kejujuran & keikhlasan amatlah penting dalam perhubungan cinta. ‘CINTA’ boleh memberi kebahagiaan kepada seseorang, kesakitan dan kepedihan kerana cinta yang suci dikhianati tanpa kita sedari. Itu tak mustahil akan berlaku kerana kita ini hanyalah manusia biasa di muka Bumi ini. ‘DOA’ adalah senjata utama yang sangat ampuh bagi manusia seperti kita. Janganlah sesekali kita ‘mengkhianati’ pasangan kita sendiri. ‘Padah’ akan menimpa kita kelak.


~Wallahua’lam bissawab~



Tiada ulasan:

Catat Ulasan