Sebarkan Bahagia

Sebarkan Bahagia

Watching My Video Clip

Selasa, 14 Januari 2014

ADAKAH ITU SUATU  HADIAH ATAU PENGORBANAN ???


Pada suatu pagi, di tempat duduk yang panjang di bawah pohon yang rendang.
“Assalamualaikum. Hai, saya Marlia. Panggil sahaja Lia. Nama saudari ?”.
“Waalaikumussalam. Hai, saya Umairah”. Aku memperkenalkan diri.
         Begitulah detik – detik perkenalanku dengan Marlia. Menerusi pandangan mata kasarku, aku dapati Marlia anak orang kaya. Ini dapat ku lihat melalui perwatakan dan cara dia berpakaian. Lia kelihatan lebih ayu apabila tersenyum kerana dia memiliki sepasang lesung pipit yang menawan. “Ah, betapa manis dan bertuahnya Lia !”. Timbul pula rasa cemburu di hatiku. Persahabatan kami telah bermula apabila kami diterima masuk ke Universiti Malaya dan secara kebetulan kami menuntut dalam jurusan yang sama iaitu Undang – undang Syariah. Aku sendiri tidak faham mengapa kami boleh menjadi begitu rapat sedangkan sifat kami berbeza, seperti langit dengan bumi. Lia seorang gadis yang lincah dan peramah sedangkan aku seorang yang pendiam dan pemalu. Persahabatan kami begitu intim persis sepasang kekasih. Di mana ada Lia, di situ ada aku dan begitulah sebaliknya.
         
         Sepanjang perkenalan kami, aku dapati Lia sering kesepian. Hanya aku sahaja tempat dia mengadu. “Ira tahu tak, yang Lia selalu tinggal seorang di rumah ?”. Tanya Lia pada suatu hari. Aku menggelengkan kepala sahaja. “Lia sepi, Lia sunyi sebenarnya. Ayah dan umi selalu ke luar Negara. Yang ada di rumah hanyalah orang gaji, dan abang Lia sahaja”. Aku mendengar keluhan Lia. Aku turut bersimpati tetapi aku tidak dapat berbuat apa – apa . “Apa kerja abang Lia ?” aku cuba mengubah topik perbualan. “Doktor”, jawabnya sepatah. Perbualan kami terhenti seolah – olah telah kematian kata – kata. “Dengar sini Lia, Ira fikir, Lia mesti tabah menghadapi dugaan ini kerana segala dugaan pasti akan ada hikmahnya. Lia berdoalah banyak – banyak pada Allah. Lagipun, Lia masih ada saya,”. Aku berharap segala nasihatku akan diterima oleh Lia, kerana aku tahu aku tidak dapat hidup lebih lama lagi. Aku menghidap penyakit jantung berlubang. Setiap bulan aku harus pergi ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Menurut Dr. Akasyah, lubang yang terdapat pada jantungku sudah semakin membesar. Aku hanya akan sembuh apabila ada orang yang sudi mendermakan jantungnya.
“Selamat hari lahir Lia”, ucapan tahniah kuhadiahkan kepada Marlia.
“Eh, takkan lah tak ada hadiah ! . Tak ada tak apalah, kesudian Ira menerima Lia sebagai sahabat ialah hadiah yang tidak ternilai bagi Lia.” Aku tidak dapat berkata apa – apa dan terus memeluknya.
“Apakata Lia belanja Ira makan untuk meraikan hari lahir Lia ?” Lia mempelawaku. “Maaf Lia, tapi saya terpaksa pergi ke hospital sebab ada hal. Tapi jangan tanya apa halnya, okey ?”.
Aku amat gembira kerana penantianku selama ini akan berakhir. Aku amat bertuah kerana ada seseorang hamba Allah yang sudi memberikan jantungnya kepadaku. Aku cuba mencari siapa orang itu tetapi pihak hospital merahsiakan nama penderma itu.

2 hari kemudian…

 “Lia !!!” aku terkejut melihat Lia terbaring dikatil dengan kepala yang berbalut.
“Dia baru sahaja selesai menjalani pembedahan”, ujar Dr. Akasyah.
“Lia….” Aku menangis tersedu – sedu. Lia membuka matanya perlahan – lahan.
“Ira….. Lia nak tidur, Lia nak jumpa ayah…umi, Lia ngantuk….” nada suara Lia semakin lemah antara dengar dan tidak. Lia menutup matanya. “Lia, jangan tinggalkan Ira…..Lia !!!!!!!!!!”.
Marlia sudah selamat disemadikan, “ini surat untuk Ira”, kata Dr. Akasyah. Dengan terketar – ketar aku membukanya.

Ira…..
Ketika Ira membaca surat ini, Lia sudah pun menemui Allah. Terimalah jantung Lia sebagai hadiah atas kesudian Ira menerima Lia sebagai sahabat. Lia sanggup berkorban demi mu sahabatku. Untuk pengetahuan Ira, Lia sebenarnya menghidapi penyakit kanser otak dan umur Lia tak panjang. Lia harap agar Ira selalu mengingati detik – detik indah sewaktu kita bersama.
Kenang daku dalam doamu.
Untuk selamanya….
Salam sayang dan rindu dari sahabatmu, Marlia…..

Ya Allah, Lia !!!!! Kenapa kau lakukan semua ni…. aku merintih. Sayu kedengarannya. Aku menangis semahu – mahunya. Terlalu hiba aku rasakan. Aku meletakkan tanganku di dada lantas aku berkata, “jantung ini milik Lia. Aku akan jaga ia sebaik mungkin. Aku berjanji Lia,”. Sungguh, terdetik di sanubariku, adakah ianya hadiah atau suatu pengorbanan ???
Bagiku, ia adalah suatu hadiah yang sangat aku syukuri. Itulah pengorbanan dari seorang sahabatku, Marlia Aqilah Binti Amirulhadi. Damailah kau di sana Lia. Aku di dunia ini sentiasa mendoakan kesejahteraanmu di alam sana. Moga roh kau ditempatkan dalam kalangan orang – orang yang beriman. Aamiin ~


~TAMAT~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan