Sebarkan Bahagia

Sebarkan Bahagia

Watching My Video Clip

Selasa, 14 Januari 2014

ANDAI ITU LUKISANNYA

Awan itu, kalaulah dapat kugapai, maka saktilah aku. Belum juga pasti aku dapat menyentuhnya selama – lamanya. Apabila Sang pelangi hilang, hati pun mula hilang sendu. Kesepian mula mencuri pesona yang hanya sebentar sahaja. Ah, bagaimanakah aku sampai terlupa pada suatu kuasa yang tiada tandingan itu. Aku cuba melakarkan lukisan sendiri, namun kau tetap satu – satunya kuasa yang memberi aku warna untuk lukisan ini. Tidak akan ku lupa sejarah hitam yang melanda diriku, hanyalah penyesalan yang hadir menyedarkan aku. Pada suatu ketika aku mendapat berita yang sangat mengecewakan aku, tiada kata yang mampu terungkap……
“Tahniah puan, puan akan menimang cahaya mata tak lama lagi. Usia kandungan puan sudah hampir tiga bulan.” Tidak tahukah doktor ini , aku belum berkahwin. Hanya air mata yang mampu menjawabnya. “Terima kasih doktor.” Aku berlalu pergi, perlu mencari ayah kepada anak yang kukandungkan ini, Zikry. “Tak, itu bukan anak aku. Entah anak siapa kau kandungkan aku pulak yang menjadi mangsa,” dengan tegas Zikry menidakkannya. “Aku mahu kau tinggalkan aku, jangan cari aku lagi, aku tak kenal siapa kau lagi.” “Sampai hati kau Zikry, ini anak kau.” Suara aku yang tersekat – sekat kerana bersulamkan tangisan. Hari berganti tahun, Zikry benar – benar meninggalkan aku, langsung tidak mahu bertanggungjawab, hanya mama yang menjadi mangsa keadaan. Benarlah kata orang tua. “Susah senang akan ibu yang kita cari.”
“Ibu, maafkan Iklima. Iklima telah memalukan ibu, ampunkan Ima ibu.” “Kenapa, kenapa kau buat begini kepada ibu,” tiada kata yang mampu aku katakan. Ruang tamu rumah banglo  yang mewah itu menjadi sunyi, hanya sendu tangis ibu dan aku yang memecah suasana. Aku kecewa, menjadi anak yang tidak berguna. “Mama, Zara lapar mama.” “Maaf sayang, mama tidak perasan,” jawabku tanpa perasaan, apa yang bermain di fikiran itu tadi. Baruku sedar, aku puas mengenang masa silamku. Aku kini hanya bertemankan seorang permata hati. Tiada yang mahu menerimaku lagi.


~TAMAT~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan