~CINTA~
Cinta
lahir dalam hati dan bukan dalam bicara.
Cinta
boleh melukakan sekeping hati yang tidak berdosa. Cinta pada ALLAH saja yang
kekal abadi.
Cinta
itu adalah satu anugerah terindah. Cinta itu Cuma satu patah perkataan,
maknanya berbeza bagi setiap insan.
Ramai
orang pandai mengucapkan dan menghayati cinta, tapi tidak ada sesiapa yang
pandai menilai cinta kerana cinta bukannya objek yang boleh dilihat dengan mata
kasar, sebaliknya cinta hanya boleh ditilik melalui hati & perasaan.
Cinta
memang indah, tapi apabila cinta disertai dengan dusta & pembohongan, maka
keindahan cinta itu akan hilang.
Cinta
tidak boleh dipaksa. Nantikan kehadirannya dengan sabar…..cinta datang pada
saat yang tak terduga. Jangan lari dari cinta kerana cinta itu indah.
Cinta
tak harus saling memiliki.
Cinta
sangat misteri. Punya kekuatan yang sangat luar biasa. Bukan untuk difahami.,
tapi dirasa. Cinta adalah mencintai dan dicintai oleh insan yang ditakdirkan
untuk kita. Hanya saat kita merasakan cinta, kita akan tahu apa itu cinta.
Cinta
bukan dari kata – kata, tapi dari segumpal keinginan yang diberi kepada hati
yang memerlukan.
Terputus cinta memang menyedihkan. Harus
diingat bahawa
perpisahan itu ditentukan oleh jarak
& masa. Kalau bersedih
kerana cinta terhalang dan tidak
kesampaian… Anggaplah kesedihan
itu seperti hujan.... Walau lebat atau
lama sekalipun, pasti akan reda jua...... Segalanya ketentuan Allah….
Kalau kita tiba – tiba jatuh cinta pada
sahabat kita sendiri, perasaan itu jangan kita tunjukkan kerana cinta akan
merosakkan nilai sebuah persahabatan yang merupakan satu anugerah dari ALLAH.
‘Cinta
itu adalah suatu perasaan yang dikurniakan oleh ALLAH kepada setiap insan.
Islam tidak pernah menghalang sesuatu yang merupakan fitrah. Tetapi islam
memberikan garis panduan agar kehidupan mereka terpelihara daripada kerosakan.
Mencintai seseorang hendaklah kerana mencari keredhaan ALLAH dan menurut
peraturan syarak’.
Sabda
Rasulullah S.A.W : “Tidak kami dapati pada dua orang yang sedang bercinta itu
lebih baik daripada nikah.”
(Riwayat Ibn Majah)
Intihannya, jika ada di antara kalian
yang mempunyai rasa cinta terhadap seseorang, peliharalah ia dengan sebaik –
baiknya. Kalau kalian merasakan bahawa kalian masih lagi mencintai seseorang
meskipun hubungan cinta kalian sudah retak, muhasabah lah diri. Mungkin ada
hikmah di sebalik perpisahan yang terjadi. Setiap perpisahan pasti akan ada
pertemuan yang lain. Begitu juga sebaliknya. Katakan pada pasangan anda, bahawa
anda masih mnyayangi dia meskipun tiada apa – apa ikatan lagi di antara kalian.
Cinta itu amat indah apabila dinikmati. Apatah lagi, cinta yang dirasakan
adalah cinta fitrah. Usahlah sentiasa bersulamkan air mata tatkala kita rasa
kecundang dalam percintaan. Sesungguhnya, pengalaman masa lalu bisa mngajar
kita erti air mata dan kekuatan mental dlm percintaan. Kejujuran &
keikhlasan amatlah penting dalam perhubungan cinta. ‘CINTA’ boleh memberi
kebahagiaan kepada seseorang, kesakitan dan kepedihan kerana cinta yang suci
dikhianati tanpa kita sedari. Itu tak mustahil akan berlaku kerana kita ini
hanyalah manusia biasa di muka Bumi ini. ‘DOA’ adalah senjata utama yang sangat
ampuh bagi manusia seperti kita. Janganlah sesekali kita ‘mengkhianati’
pasangan kita sendiri. ‘Padah’ akan menimpa kita kelak.
~Wallahua’lam
bissawab~

