#Bismillah
Salamun Alaik J bertemu lagi kita pada hari ini, Alhamdulillah… di
sini Ainor kira inilah suatu perkongsian ilmu yang bagi saya sangat-sangat
memberi manfaat, pada saya juga in shaa Allah pada rakan-rakan saya yang lain…
6 SIFAT PARA SAHABAT
Merupakan perkara-perkara yang telah digariskan oleh para ulama, ada 6
sifat para sahabat yang sesungguhnya telah diceritakan dalam Surah Thaha iaitu
:
Ø Yakin terhadap
kalimah TOYYIBAH (LAA ILAAHA ILLALLAH
MUHAMMADURRASULULLAH)
Ø Solat khusyuk &
khudu’
Ø Ilmu & zikir
Ø Ikramul muslimin
Ø Tashibun niah
(ikhlas dalam niat)
Ø Dakwah (Khuruj Fi
Sabilillah)
Di dalam surah At-Taubah ayat 111 Allah SWT
berfirman,
maksudnya: "Sesungguhnya Allah SWT telah membeli diri dan harta mereka yang beriman, sebagai ganti bagi mereka itu syurga."
maksudnya: "Sesungguhnya Allah SWT telah membeli diri dan harta mereka yang beriman, sebagai ganti bagi mereka itu syurga."
Macam payah sungguh kita nak buat, betul tak…? J Allah faham… Islam itu adalah agama yang indah.
Tidak sesekali membebankan kita. Jikalau kita ni bukan dari kalangan agamawan
(ustazah, menyertai usrati, pendakwah dsb), tak mengapa… Sebab Allah Maha
Mengetahui siapa diri kita yang sebenar-benarnya… selagi hayat masih dikandung
badan, berusahalah cari & gali ilmu-ilmu Allah… Sungguh, terlalu banyak
ilmu Allah yang kadangkala kita terlepas pandang. Bak kata Almarhum Ahmad Ammar
Bin Ahmad Azzam, “Dunia adalah tempat untuk berjuang & berpenat. Berehatlah
bila kita mati nanti di Syurga-Nya”.
“Ainor tahu bahawa Ainor tidak dapat menjadi
seperti almarhum Ahmad Ammar, tetapi sejak Ainor menyelusuri kisah Cerita Cinta
Ahmad Ammar, hati Ainor sangat-sangat terkesan. Ainor sedar yang Ainor kena
jadi diri sendiri dengan membawa semangat & perjuangan dalam menuntut ilmu
dan in shaa Allah jika diizinkan Allah SWT, Ainor nak menjejakkan kaki di bumi
Turki Al-Fateh…”
~Aamiin~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan