Sebarkan Bahagia

Sebarkan Bahagia

Watching My Video Clip

Rabu, 25 September 2013

~ DIA INSAN YANG TERISTIMEWA ~

Dahulu aku hanya mengenali dia sbg seorg penyelamat. Dia sudi menjadi penyelamat setia dalam hidup aku , kini dan InsyaAllah hingga ke hujung nyawaku. Bagiku dia umpama lilin yang sentiasa menerangi aku dikala aku dalam kegelapan. Dia sudi memberi aku cahaya (NUR) . aku pula umpama seorang gadis yang tersesat di tengah – tengah gurun pasir yang tandus. Lalu dia menyelamatkan aku daripada api bahang & kepanasan. Dia memberi aku perlindungan sehingga tiada siapa yang berani berbuat jahat kpdku. Dia insan yang amat aku sayangi. Pada awal perkenalan , aku hanya meminta pertolongan dari dia, aku amat berharap barang itu dapat dibaiki. Sebulan lamanya barang aku pd org yg mmbaiki barangku itu. Aku rasa malu yg tidak terhingga. Dari situlah bermulanya perkenalan antara aku dan dia. Setelah 4 bulan aku dan dia berkenalan, rupa2nya dia tinggal dalam satu kwsan dgnku. Cuma lain nama jalan sahaja. Sampai lah suatu hari tu, dia memberitahuku bhwa ayah yg dikasihinya tlh pulang ke Rahmatullah. Innalillahiwainnailaihiraji’un. Sebelum arwah meninggal , arwah tlh pun jatuh sakit akibat drpd pendarahan dalam otak yang serius. Dia kata arwah terjatuh di rumah. Aku bersimpati. Aku meletakkan diriku di tempat dia. Sbb aku juga pernah kehilangan seorang insan yg ku gelar “mak”. Mak pergi meninggalkan aku ketika usiaku baru mencecah 3 tahun. mak menderita krn penyakit yang dialaminya. Bagi aku , itu hanya alasan, tapi, sbb yang sebenarnya, tidak perlu diceritakan. Aku tidak mahu menjatuhkan keaiban org lain. Biarlah ia berlalu. Aku merana sehingga kini krn mak yang mengandungkan & menyusukan ku telah tiada di dunia ini. Tapi, aku dikurniakan seorang “ibu baru”. Ibu sudi menggantikan posisi arwah mak. Aku membesar dgn air tangan ibu dr usiaku 4 thn shgga skrg. Aku bersyukur padaMu Ya Ilahi. Aku tahu hati dia derita & merana krn kehilangan tempat bergantung hidup , seorang ayah , seorang sahabat yang setia menemani dia x kira senang mahupun susah. Manakan tidak , sudah 24 tahun dia hidup bersama arwah ayahnya itu. Sekarang , usia dia sudah pun menjangkau 26 tahun. Begitu pantas masa berlalu. Dia insan yang begitu cekal , tabah dalam menjalani hari2 yang mencabar kesabaran dia. Adakalanya dia mengeluh , tapi , dia sedar itulah lumrah kehidupan yg sebenar. Aku sering mendengar luahan rasa hati dia , dan aku telah menjadi pendengar yg setia. Kami sering kali bertukar2 cerita mahupun kisah hidup kami. Aku selalu meminta nasihat drpd dia. Sekalipun, dia tidak pernah megecewakan aku. Lazimnya, pendapat mahupun nasihat @ kata2 motivasi yang diluahkannya boleh digunapakai dan aku amalkan shngga sekarang. Seakan sudah menjadi pedoman dlm hidup aku sehari – harian. Aku amat berterima kasih kpd dia. Terima kasih yg tidak trhingga. Hanya Allah sahaja yg dapat mmbalas segala pertolongan dia. “JAZAKALLUHU KHAIRAN KHATSIRA” – SEMOGA ALLAH MMBALASMU DGN KEBAIKAN. Itu juga merupakan salah satu ungkapan yg sentiasa diberikan kpdku. Alhamdulillah , syukran Ya Rabb, krn Kau tlh mmpertemukan aku dgn insan sebaik dia. Blum pnah aku jumpa insan sprti dia. Baik , bersopan – santun , menghormati org lain , sentiasa berfikirn terbuka , sentiasa mmberi aku kata2 sokongan dll. Di mataku, dia begitu sempurna. Tapi , pd  pandangan Allah , semua manusia itu sama sahaja di sisiNya. Yang membezakan adalah sikap @ amal kebaikan atau kejahatan seseorang itu ketika hayatnya di dunia. Aku terpegun , terpesona & tertarik krn sikapnya. Tingkah laku dan kata2 dia sesuai dgn fitrah sbg seorang manusia. Aku kagum. Ada hikmah di sebalik perkenalan aku dan dia. Cuma baru sikit yg aku sedar & nampak. Ibu bapaku teringin sungguh mahu berkenalan dgn dia. Tapi , aku tahu dia seorang yg pemalu. insyaAllah , suatu hari nnti, aku akan mngajak dia btemu dgn keluargaku. Sehingga kini , aku masih setia menghubunginya. Aku mahu menghiburkan hati dia. Aku tidak mahu dia stress @ tertekan dgn pekerjaannya. Aku menyayangi dia umpama aku menyayangi arwah mak. Aku ini sifatnya ada manja. Tapi , kemanjaanku jarang aku tunjukkan. Dan aku tidak tahu bagaimana mahu dipamerkan. Sudah 16 tahun aku sunyi sebelum aku mngenali dia. Sungguh , terlalu banyak kenangan @ memori yang tlh pun tercipta & diukir indah sepanjang perkenalan kami. Ada pahit dan ada manisnya. Yg pahit , aku jadikan ia sempadan dlm hidupku. Supaya aku tidak mengulanginya lg. aku sentiasa beringat , aku ini perempuan. Aku wajib mnjaga tingkah laku , kata2 & maruah diri agar tidak brlakunya fitnah. Aku lihat dia pun mmbuat prkara yg sama dgnku. Kepada dia , aku ada lagu yg ingin disampaikan kpd dia sebentar sahaja lg. aku mahu menamatkan kisah ini dengan memohon seribu kemaafan jika aku ada brbuat sebarang kslhn. Sudilah dia memaafkan diriku ini…. Terimalah lagu nasyid ini , “      TEMAN SEJATI ~ BROTHERS ~

Selama ini
Kumencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Ilahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi

KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan

Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita

MA’ASSALAMA WA’ILALLIQA’
~ASSALAMUALAIKUM W.B.T~






Isnin, 16 September 2013

kepadamu wahai insan yg teristimewa dalam hatiku



Mak , knapa mak tinggalkan sy di saat sy masih lg mmrlukan mak . sy sgt merindui mak. Sgt rindu. Mak, knapa perpisahan brlaku antara kita ? Adakah ini satu ujian @ hikmah utk sy ? mak , knapa mak ??? sy begitu mncintai mak , menyayangi mak... knapa mak ??? knapa ???  Ya Allah , aku trlalu merindui arwah mak.... aku x sanggup menanggung keperitan sebegini... Sakit nya lah...

DAMAILAH MAK DI SANA... MOGA MAK DITEMPATKAN DALAM KALANGAN ORG2 YG BERIMAN... INSYAALLAH... AMIIN YA RABB...

kali terakhir ku lihat wajahmu (lirik) uji rashid

Rabu, 4 September 2013

SATU TEKAD

http://www.youtube.com/watch?v=D328F7alQX0

Berikan ku sebaris kata
Untuk ku susuri jalan gelita
Mentera keramat kata pujangga
Azimat yang bermakna
Di depan simpang bercabang tiga
Tak tahu mana satu arahnya
Kanan kiri manusia berdusta
Mungkir pada yang Esa
Mungkin ku bukan watak utama
Dalam pentas lakonan dunia
Bimbang juga ku turut sama 
Pastinya aku yang binasa
Berikan aku pedoman
Arah mana jalan kehidupan
Untukku teruskan pengembaraan
Tak rebah dan tak tersalah langkah
Tunjukkan aku kawan
Simpang mana arah kejayaan
Timur, utara juga selatan
Atau arah matahari terbenam
"Bersama menyusuri jalan
Para rasul nabi junjungan
Menuju ke puncak gemilang terbilang
Iman di dada mengiring langkah

Lagu nasyid ini bkn sekadar hiburan semata - mata , tapi , hayatilah dan renung - renungkanlah senikata lagu ni agar mnjadi pedoman dlm kehidupan kita sbg manusia di alam fana ini...

Ahad, 1 September 2013

MORAL VALUE DARIPADA FILEM ‘AYAT – AYAT CINTA’

Masih relevankah persoalan mengenai kebaikan seorang muslim @ muslimah dalam kalangan umat islam yg kian berkembang trhadap org – org kafir...? baiklah , di sini saya akan cuba mmbahaskan topik yg mnjadi perbualan hangat suatu ketika dahulu. Menurut saya , sbg seorang manusia & sbg seorang muslimah tidak salah menolong org – org yg mmrlukan prtolongan. Selagi kita mampu. Kita wajib melakukannya. Apatah lagi kpd saudara sesama islam. Katanya islam itu bersaudara. Bahkan kita disuruh untuk brbuat baik trhadap org – org kafir selagi mereka itu tidak menentang agama suci kita. Terdapat sesetengah org – org kafir yg menuduh islam itu ‘terrorist’. Itu tidak dinafikan memg wujud fahaman trsebut. Islam itu mngajar kita utk brbuat baik kpd sesiapa pun. Sbg contoh kita lihatlah penderitaan bangsa - bangsa Arab , Palestin , Iraq , Afghanistan yg didera dgn kejam oleh bangsa Yahudi. Apatah lagi Zionis yg durjana itu. Kita kasihan melihat mereka. Sebab itulah , Negara kita , Malaysia mahu menghulurkan bantuan tidak kira lah dlm bentuk wang , makanan mahupun keperluan lain.

Sebagai seorang manusia yg mmpunyai hati nurani , bantulah selagi kita mampu dan selagi org – org kafir itu tidak menentang ajaran agama islam. Kalau boleh , kita prkenalkan islam kpd mereka. Keindahan islam. Betapa islam itu amat mementingkan prsaudaraan sesama muslim. Mementingkan kedamaian , kehormatan & tatasusila. Secara tidak langsung , mereka akan fikir yg islam itu bkn terrorist. Tp, islam itu mengajar brbuat kebaikan & mnghormati sesama manusia. Kita cuba tarik prhatian mereka  mngenai islam. Sama ada mereka mahu memeluk islam atau tidak, itu terpulanglah pada mereka. Islam tidak memaksa. Tidak sama sekali. Saya tegaskan sekali lg , islam itu mnegajar kita utk brbuat baik. Maka kita prlulah mnghulurkan bantuan walaupun kpd org – org kafir selagi mereka itu tidak menentang agama Islam.

AKHIR KALAM,
ASSALAMUALAIKUM W.B.T J

Sy hanya penulis @ pengarang bagi blog ini, jika ada terdapat kesilapan. Silalah perbetulkan. Penceritaan di atas, sy petik daripada filem ‘AYAT – AYAT CINTA’.