RENUNGANKU TIKA DINIHARI
Adakala ku berfikir adakah aku
sempat mencapai cita-cita yg diimpikan, adakah aku sempat merasai nikmat alam
perkahwinan, adakah aku sempat membalas jasa ayahanda & bonda, adakah aku
sempat berjuang menjadi mujahidah yang menegakkan agama Allah, adakah aku
sempat untuk menambah amal ibadah kepada Allah…..Ya Rabb !!! Wallahua’lam….
Mudah-mudahan sempat. Melihat dunia sekarang, aku sangat takut. Bencana
berleluasa berlaku di sana sini. Aku percaya pada rukun iman ini, bahawa hari
kiamat pasti akan berlaku. Tapi, tiada siapa yang tahu bila ia berlaku. Ia
rahsia Allah. Tidak dapat ku bayangkan bagaimana agaknya rupa hari kiamat
nanti… Dalam Al-Quran sudah pun menyatakan bahawa hari kiamat merupakan hari
yang sungguh dahsyat. Allahurabbi !!!! Lalu, bagaimana dengan amalan kita hari
ini… Masih belum cukup lagi…. L

